Awan hitam yang menyelubungi figura seni bernama Fasha Sandha ini sudah berlalu dan kini dia mengecap bahagia bersama suami tersayang, Aidil Aziz dan anak-anak.
Raut wajah Bahagia jelas terpancar di wajah Fasha, selain dikurniakan suami penyayang dan anak-anak yang comel, pelakon Dua Takdir Cinta turut bersyukur dan berterima kasih kepada Dia Yang Satu kerana diberikan ibu mentua terbaik.
Ads
Menerusi satu perkongsian, Fasha melahirkan rasa syukur sambil memuat naik sekeping gambar bersama ibu mentuanya. Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik gambar bersama ibu mentua Rokkiah Md Noor.
Ads
Terima kasih Allah diatas Ibu Mertua yang terbaik di Dunia. I love you Ibu (ibu takde instagram mahupun FB )😊 .
Fasha yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.
Rata-rata pengikut memberikan komen beruntungnya Fasha kerana memiliki ibu mentua yang baik. Dalam masa yang sama turut memuji penampilan ibu mentua Fasha nampak muda dan lembut orangnya.
sissuee._untung nya dpat mak mertua yg baik..alhamdulilah…satu dlm seribu ni…😂😂😂😂
nurzayani_kassim ❤️ kite pon da mil terbaik … Rezeki Allah bagi pinjam kt kita. Tahun ni masuk tahun ke 6 stay dgn in law & still counting.
nuha.saffiya17 Alhamdulillah dapat ibu mertua yg menyanyangi seperti ank sendiri. Lembut wajah ibu nya. Smoga menjadi contoh kepada ibu2 lain diluar Sana Aamiin
kakechah Sejuk mata memandang ibu mertua fasha ni. Suka tgk
Baru-baru ini, penyampai radio Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera berkongsi satu video yang kononnya ingin mengubahsuai bilik air di rumahnya
Malah, dia turut memberitahu segala barang-barang untuk mendekorasi bilik air itu dibeli sendiri.
Menerusi video yang dimuatnaik pada awalnya, bilik air tersebut awalnya berwarna putih dan kelihatan biasa sahaja.
Menariknya, menerusi akaun Instagram Suria Malaysia, Shiera telah menjemput rakan sekerjanya, Pak Abu untuk melihat hasil ubah suai bilik airnya.
Sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air tersebut, kelihatan pintunya telah tertukar. Malah, tatkala masuk ke dalam, keadaan terus berubah wajah.
Awalnya kelihatan biasa sahaja tetapi selepas siap dekorasi terus berubah dan nampak serba mewah jadinya.
Malah, menerusi perkongsian bersama Pak Abu, isteri kesayangan Ijoi Azhari ini memberitahu kos yang telah dihabiskan bersamaan dengan sebulan gaji dalam menyiapkan bilik air idamannya itu.
Menjengah ke ruangan Komen, rata-rata memuji perubahan yang dilakukan Shiera. Nampak simple namun berubah lebih menarik mewah terutama pemilihan warna yang digunapakai.
Betul lah kata pepatah, air yang dicincang tidak akan pernah putus. Itulah ungkapan yang sesuai bagi adik beradik tidak kiralah yang tidak baik atau berpisah disebabkan masalah keluarga, pastinya mereka ini akan berbaik dan disatukan semula.
Contohnya seperti yang tular baru-baru ini, adik beradik yang sekian lama terpisah dek kerana masalah keluarga akhirnya bersatu semula setelah 54 tahun.
Video yang tular itu dikongsikan oleh seorang pengguna laman Tiktok menggunakan akaun @adukirana3036, yang menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai abang cik sudah 54 tahun melarikan diri dan berhijrah ke Sabah. Dia juga sudah 54 tahun tidak pulang menziarahi keluarganya di Jitra, Kedah.
Kepulangannya disambut dengan tangisan sebak si adik yang sekian lama menantikan individu yang paling dirinduinya itu.
“Hang tinggai aku lama noh abang cik noh, hang tak ingat kampung dengan aku noh,” katanya sebaik sahaja melihat abang aciknya dan terus memeluk dan menangis.
Tambahnya, “tak dak sapa dh bang cik oiii, habis..” seakan meluahkan rasa sedih kemungkinan berlaku pemergian buat selama-lamanya dalam kalangan keluarga mereka.
Bagaimanapun, si abang kelihatan memujuk si adik yang sedari tadi kelihatan bersedih dengan mengusap tangan supaya kesedihan itu dapat diredakan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai yang menonton turut rasa sebak melihat si adik menangis menahan rindu sebaik sahaja melihat abangnya. Malah ada yang berpendapat, orang yang ditinggalkan dan orang yang meninggalkan lain perasaan masing-masing.
Air mata penyanyi Ziana Zain gugur ketika menjayakan konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.
Ziana gagal menahan perasaan sebak apabila mengimbas semula pesanan dan nasihat dititipkan ibunya sebagai panduan selepas bergelar anak seni.
“Emak sering menasihatkan saya tidak mudah lupa diri dan sentiasa berpijak di bumi nyata. Apa yang dikurniakan hari ini, semuanya milik Allah,” ungkap Ziana sambil ditenangkan Anuar.
Sepanjang tiga jam beraksi, Ziana dan Anuar bukan sahaja menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu hit mereka, antaranya Ziana menyampaikan lagu Puncak Kasih, Menadah Gerimis, Anggapanmu, Madah Berhelah dan lagu yang belum pernah dinyanyikan dalam mana-mana persembahan iaitu Terlerai Kasih.
Manakala Anuar pula menghiburkan peminat dengan lagu popularnya seperti Ketulusan Hati, Mungkin, Lelaki Ini dan Keabadian Cinta.
Konsert anjuran Trumpet International Sdn Bhd itu menyaksikan kehadiran ramai rakan selebriti. Antaranya, Noryn Aziz, Misha Omar, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Shuib Sepahtu, Datuk Ziela Jalil, Datuk A Aida, Ernie Zakri, Syamel, Rozita Che Wan, Fara Fauzana dan Dafi.
Bahkan lebih bermakna apabila konsert terbabit turut dihadiri oleh ibu bapa selebriti itu iaitu Zin Abdullah dan Robiah Abdul serta anak-anak Ziana iaitu Muhammad Amar Armin Zaharin dan Muhammad Aiman.
Memetik perkongsian di portal Remaja, Ziana dan Anuar menyifatkan tiada apa yang lebih membanggakan mereka melainkan melihat rasa bangga pada raut wajah ibu bapanya yang hadir di konsert tersebut.
“Dulu abah datang semasa konsert Unplugged (1996) dan konsert Ziana Zain In The Park (2001). Dan selepas itu, sudah jarang. Sokongannya terhadap anak-anaknya amat kuat. Walaupun sekarang usianya sudah 84 tahun manakala ibu kami sudah berusia 71 tahun, kami ingin sangat mereka datang.
“Tanya beliau, ‘Boleh ke abah datang? Takut abah sudah tak terdaya.’ Kata saya, tak mengapa insyaAllah ada abah, semangat kami lebih kuat. Jadi, abah gagahkan diri untuk datang juga bersama dua orang anak saya, Muhammad Ammar dan Muhammad Aiman.
“Saya meminta mereka temani atuk mereka ke konsert. Ammar bertanya, ‘Nak tengok Mama dan Pak Ngah nyanyi ke?’. Mereka belum pernah menonton kami berdua berkerjasama. Mereka setuju, dengan pesanan usah panggil nama saya dari atas pentas (ketawa). Tapi anak kan, perlulah panggil,” seloroh Ziana.
Tidak menafikan dirinya dilanda arus sebak sewaktu berbicara mengenai sokongan ibu bapanya di hadapan ribuan penonton yang hadir, Ziana bersyukur segalanya berjalan dengan lancar.
Di penghujung konsert, mereka turut mengumumkan konsert itu bakal dibawa ke Singapura pada 24 September depan.