“Terima kasih Abang Atas Segala Kenangan Dan Memori Indah.” Kata-Kata Menyentuh Hati Seorang Isteri Setelah Pemergian Suami Tercinta

Share

Apa yang pasti, setiap yang hidup itu pasti akan merasai kematian. Cuma ia adalah rahsia Allah yang kita sebagai hambanya tidak tahu bila menjelma. Ketika ini hanya amalan dan doa anak-anak dan isteri adalah paling hampir dengan arwah.

Namun setiap pemergian hamba Allah sudah tentu ditangisi buat yang masih hidup. Begitu lah yang dilalui oleh seorang isteri yang kehilangan suami, Muhammad Hasnol Firdaus Md Amran pada  25 April 2019 lalu, Khamis malam Jumaat (11.03pm).

Melalui perkongsian ibu kepada empat orang anak ini, di laman facebooknya, Shahida Daud

arwah suaminya sangat kritikal dengan mengalami traumatic brain injury setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kata-kata isteri ini begitu menyentuh hati mengimbas pemergian suaminya. Namun, hidup harus diteruskan. Demi anak-anak, wanita ini harus redha dan tabah dengan apa yang telah ditakdirkan.

“Abg, Abg tak pernah mati. Abg sentiasa hidup dalam hati, jiwa dan fikiran Syg. Terima kasih Abg atas segala kenangan dan memori indah. Abg cinta pertama dan terakhir Syg. Semoga kita bertemu semula di Syurga Firdausi.

Abg jangan risau, Syg akan jaga QaishaRaisha, Shaddad dan Baby Tashfeen dengan sebaiknya.”

Terima kasih ALLAH pinjamkan aku Suami yang sangat baik & ayah yang sangat penyayang

“Terima kasih ALLAH pinjamkan aku Suami yang sangat baik & ayah yang sangat penyayang serta menghiburkan walau untuk seketika cuma.

Tenanglah kau di sana wahai Suamiku. Nanti kita bertemu semula di Syurga. Kita bina mahligai cinta bersama QaishaRaisha Shaddad dan Baby Tashfeen di sana.

Abg jangan risau, Syg akan jaga QaishaRaisha, Shaddad dan Baby Tashfeen dengan sebaiknya.”

Sungguh aku redha 

Kata-kata arwah suami ada makna rupanya…

“Abg. Sayang ingat lagi Syg pernah cakap kat Abg, Syg nak anak enam orang. Tapi Abg cakap, Abg taknak dah, cukup lah empat orang je…Mungkin Abg dah bagi hint awal2 lagi kat Syg, cuma Syg je yang tak perasan”

Arwah tak sempat nak bergambar dengan bayi ke empat

“Abg, kite tak sempat nak bergambar berenam sekali dengan Baby Tashfeen kan. Tapi takpela kat Syurga nanti kite selfie banyak2 ye Abg. Syg dan QRST sentiasa mencintai dan takkan pernah berhenti merindui Abg”

Sesungguhnya begitulah rasa rindu seorang isteri kepada suaminya. Namun semunya telah ditakdirkan. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.