Doktor pakar bedah, Dr. Amalina Bakri sekali lagi membuatkan rakyat Malaysia berasa bangga apabila dia telah dipilih dan dijemput untuk mewakili Malaysia menghadiri majlis resepsi Raja Britain, Raja Charless III dan Permaisuri yang berlangsung di Istana Buckingham, London.
Majlis tersebut diadakan bersempena merayakan komuniti Inggeris Timur dan Asia Tenggara di negara tersebut.
Amalina yang manis berbaju kurung moden itu berkongsi berita gembira menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Jumaat.
“Ia adalah satu penghormatan untuk bertemu Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III dan Permaisuri pada majlis resepsi di Istana Buckingham, mewakili Malaysia.
“Kali terakhir saya bertemu dengan Baginda ialah pada 2017 (beliau adalah Putera Wales ketika itu), apabila baginda datang melawat Hospital Diraja London (tempat saya bekerja) selepas serangan pengganas London Bridge. Saya adalah salah seorang doktor dalam pasukan yang merawat mangsa.
“Kami berbesar hati untuk dijemput untuk bertemu dengan ahli keluarga diraja yang bekerja dan rangkaian dengan orang lain dari pelbagai lapisan masyarakat yang telah membuat sumbangan kepada komuniti mereka sendiri di United Kingdom (UK) dan di luar negara,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rakan selebriti dan pengikutnya mengucapkan tahniah dan berbesar hati serta berbangga kerana dia dapat mewakili negara Malaysia dengan pencapaiannya yang cukup membanggakan. Malah, pemilihan pakaiannya juga menjadi tumpuan di mana Amalina mengenakan baju tradisional orang melayu, iaitu baju kurung.
Bahkan, ada yang menyifatkan Amalina sebagai contoh wanita yang patut dijadikan inspirasi semua orang.
Antara tetamu lain yang turut hadir pada majlis tersebut adalah, pelakon, Will Sharpe, Simone dan John Rocha, Huishan Zhang dan Rejina, Alexa Chung dan pengarah Louis Wain.