
Vokalis kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk. Amy menjadi satu satunya pelaku seni yang menerima pingat tersebut sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73 hari ini.
Mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tun Mohd Ali Rustam, Amy, 64, yang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato Sri Rauf Yusoh melahirkan rasa syukur di atas kurniaan yang diterimanya selepas 42 tahun menjadi anak seni.
“Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri, Tun Ali Rustam dan semua pihak yang terlibat.
“Pemberian pingat yang membawa gelaran Datuk kepada saya ini tidak akan merubah Amy Search yang semua kenali selama ini. Saya tetap Amy Search, penyanyi dan pemain industri muzik yang dikenali” ujar Amy.
Namun kata Amy, penganugerahan pingat Datuk yang dikurniakan kepadanya adalah sebuah tanggungjawab dan pengiktirafan buat seluruh karyawan hiburan
“Dengan dikurniai pingat ini, ia memberi saya lebih tanggungjawab demi menjadi teladan yang lebih baik dan pingat ini sebenarnya juga bukan untuk saya secara individu tetapi adalah mengiktiraf bahawa anak seni atau karyawan hiburan juga memainkan peranan penting dalam sosio ekonomi kita” katanya lagi.
Sangat menyukai seni bina Melaka, Amy menikah dengan Norhasliza Hassan yang dilahirkan di Melaka serta memiliki lima orang anak termasuk aktres dan hos, Nabila Huda.
Amy yang memulakan kariernya sekitar awal tahun 80-an sudah menerima banyak pengiktirafan dalam dunia muzik termasuk mencetus fenomena lewat lagu Isabella bersama kumpulan legenda, Search.
Sumber : Gempak
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Perkahwinan Itu Luar Biasa. Temukan Kesempurnaan Sebuah Kehidupan Dalam Rumahtangga Dengan Sabar Dan Berserah

Perkahwinan itu luar biasa. Bukan untuk mengukuhkan rumahtangga itu kekal harmoni sepanjang masa hingga till jannah. Tentu dalam tempoh itu sudah tentunya terdapat onak duri yang ditempuhi. Namun jika pasangan itu mengerti erti sebuah perkahwinan sudah tentu segala cabaran yang mendatang tidak sukar untuk ditangani. Dengan ini, temukan kesempurnaan sebuah kehidupan dalam rumahtangga bagi membina sebuah kebahagiaan.
Begitulah yang perkongsian oleh Firdaus Mokhtar mengenai erti sebuah perkahwinan. Bagi yang sudah berkahwin dalam tempuh yang lama, ingat kembali erti perkahwian itu kembali. Buat yang baru melangkah ke alam rumahtangga, kenalilah perkahwinan ini dengan hati yang telus.
Seingat saya, ada satu soalan yang ditanyakan kepada saya perhujung Disember tahun lalu. Tapi saya belum jawab lagi sampai hari ini.
Soalannya begini;
“Apa tujuan berkahwin?”
Sebelum saya jawab, saya tanya semula ke dia, “Kenapa terfikir soalan begini?” Dia kata dia nak buat semua perkara ada tujuan dan sebab, maka dia nak tahu.
Baik, begini;
1. Perkahwinan itu ada untuk lebih mendekatkan diri kita dengan Allah.
Kalian, alam rumahtangga indahnya tersurat dalam setiap ujian yang berlaku. Bila sebut rumahtangga, pasti akan bersama dengan ujian yang banyak.
Permulaannya sahaja semuanya sama. Apa yang suami suka, isteri juga suka. Lama-lama nanti, bila semuanya dah kenal, nampak pula perbezaan.
Perbezaan ini bukan kekurangan, tapi sebuah peluang untuk kita jadikan diri kita pelengkap kepada pasangan kita.
Contohnya kita ada kekurangan dalam mengurus waktu, yakinlah pasangan kita adalah seorang yang sangat menjaga dan mengurus masa. Tapi dalam nak mengecilkan jurang perbezaan ini yang selalukan kita bertelagah. Waktu ini ujiannya besar.
Maka, hari-hari yang penuh ujian inilah waktu untuk kita merintih dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Mengadu, bercakap, minta dibantu dan minta dipandu untuk kita betul-betul sabar membina rumahtangga.
Kata Allah, “Perkahwinan itu adalah bukti antara bukti-bukti kebesaran Allah.”
Jadi Allah ciptakan perkahwinan itu cukup indah. Sebagai jalan untuk kita selalu hampir dan dekat dengan Dia.
2. Memperbanyakkan sumber pahala.
Sebagai manusia kita lahir dengan sifat fitrah inginkan berpasangan. Iyalah, ada kawan mendengar keluhan dan cerita, ada teman ketawa dan bersama bahagia, ada pasangan untuk bermesra dan ada suami atau isteri untuk kita tunaikan tuntutan biologi kita.
Ternyata dengan perkahwinan, kita akan dapat penuhi semua itu berbanding jika kita bujang. Atau boleh saya katakan berbanding jika kita cuba untuk penuhi setiap fitrah kita itu tanpa berkahwinan.
Sungguh berpasangan yang sebelum nikah itu kan indah. Tapi banyak halangannya. Jika kita cuba juga lakukan berdosa pula.
Nak keluar jalan berdua itu dosa, makan bersama itu juga dosa, menonton wayang berdua pun berdosa. Semuanya terbatas itu dan ini. Lagi lah bersentuhan, mendekati zina. Tuhan murka.
Berbeza selepas kita berkahwin. Semuanya jadi halal. Nak bertemu di ceruk bumi mana pun boleh, nak berduaan lama mana pun terserah. Dan itu semua mendatangkan pahala.
Waktu bercinta sebelum nikah itu fikirkan hal-hal cinta ini berdosa, melihat sahaja sudah dosa dan bercakap berlebihan juga berdosa.
Tapi setelah bernikah fikirkan pasangan kita, itu pahala. Baru fikirkan sahaja. Melihat lebih lagi pahala. Bercakap dengan isteri juga pahala. Bersentuhan dan berpegangan tangan lebih daripada itu, selain dapat pahala kita dapat gugurkan dosa.
Begitulah perkahwinan memberikan cukup banyak jalan kita mengumpul pahala.
3. Perkahwinan adalah tapak untuk membina masyarakat Islam.
Untuk poin ini saya cukup ingat kata-kata guru saya;
“Mana mungkin kita dapat membina sebuah masyarakat Islam jika kita tak mampu menegakkan rumahtangga Islam dalam keluarga kita.”
Benar sungguhlah. Sebab harapan untuk membina masyarakat Islam bermula daripada keluarga kecil yang benar-benar Islam dulu. Daripada sebuah keluarga dengan sebuah keluarga yang lain, bergabung dan bersatu jadilah mereka ini sebuah masyarakat.
Perkahwinan sebenarnya adalah untuk memulakan masyarakat Islam kecil. Suaminya menjadi ketua keluarga yang menjadi pengurus kepada rumahtangga secara Islam. Isterinya pula pembantu merealisasikan impian terbentuknya kehidupan Islam dalam sebuah rumahtangga.
Bagaimana cara berpakaiannya, apa yang selalu dibicarakan dalam rumah, bagaimana jadual waktu sembahyang mereka sekeluarga.
Ingat, perkahwinan menjadi persoalan kepada keselamatan dan nasib masa depan umat Islam secara langsung.
Iya kalian, perkahwinan itu luar biasa.
Kita akan temukan kesempurnaan sebuah kehidupan dalam sebuah rumahtangga. Cuma jalannya memang perlu penuh dengan sabar dan berserah.
Untuk yang masih menanti jodoh, kalau ada yang datang membawa niat yang baik, segerakan. Tak perlu banyak persoalan, nanti ini macam mana, itu macam mana. Makin dilambatkan, makin macam-macam yang timbul.
Tapi syaratnya kalian sudah kenal secara yang izinkan Islam. Contohnya dikenalkan oleh ibu bapa. Berkenalan terus dengan ibu bapa mereka demi melihat keikhlasan mereka untuk membina sebuah hubungan kekeluargaan.
Moga rumahtangga yang kita bina mendapat redha Allah. Dan menjadi jalan untuk kita ke syurga. Amin.
Sekian.
Firdaus Mokhtar,
“Hilang Kucing Bagai Kehilangan Ahli Keluarga Sendiri, I Feel U Bro.”Netizen Kongsi Kesedihan Bersama Saiful Apek

Kucing adalah makhluk kecil namun sangat besar hatinya dengan kasih sayang. Kerana itu, hanya yang bela kucing faham bagaimana haiwan ini cukup menyayangi tuannya dan bagaimana kita sayangi mereka. kehilangan kucing peliharaan bagaikan kehilangan ahli keluarga juga.
Baru-baru ini, pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek menerusi postingnya di laman Instagram berkongsi cerita mengenai kehilangan kucing tersayang buat selama-lamanya.
Video yang memaparkan Saiful Apek bersama kucing yang diberi nama Tiger atau nama panggilannya Ager nyata menyentuh hati para netizen yang mengucapkan takziah dan meminta pelakon tersebut supaya tabah.
AGER mati pada Jumaat yang lalu kerana menghidap F.I.P yang mengakibatkan pelbagai penyakit kronik.
A post shared by SAIFUL APEK ®™ ?? (@saifulapek) on
Kehilangan kucing peliharaan bagaikan kehilangan ahli keluarga juga.
pakar_boboiSemoga diberi kekuatan kepada penjaga nya.allah LEBIH menyayangi dia…..
hellomeow_as takziah abg @saifulapek
iman_whateverhisnameisSalam takziah abg @saifulapek?
carenachairilYa allah sedihnya…tk dpt byangkn kesedihan tu klau kucing kami pun pergi suatu hari nanti …?
kaktiengokngektakziah abang saiful. saya pun pembela kucing. saya faham perasaan abang sebab kucing2 ni makluknya walaupun kecil tapi hati dan kasih sayang dia besar. hanya yang bela kucing faham bagaimana kucing menyayangi tuannya dan bagaimana kita sayangi mereka. kehilangan kucing peliharaan bagaikan kehilangan ahli keluarga juga.
I Feel U
mohdfirdausfabian?saya tau apa abg rasakan..insya Allah Ager dah tenang disana..tq bang selama menjaga kesayangan Nabi kita…
zaioliviai feel u bro.. be strong oke??
syaaafadlysaya baru hilang seekor anak kucing semalam 🙁
_sitikhairiyah94???? i feel you bang @saifulapek
farahhh_ibrahim?? sedih ya perasaan ni.. dia peneman kita tatkala kita sedang keseorangan, kesedihan.. berkongsi kegembiraan..tidur bersama.. Ager always pray for u and dan dia berterima kasih pada tuan dia kerana menjaga dia hingga akhir hayat. Lots of love .?
suqiedaul@bibi_zurainie aduiiii sedihnya
rashidi.rahim.rickTake care bang. Sayu tgk.
____ezaniesI feel u brotha.. ???
jbpurrrfecthomeFIP memang kejam… but most importantly, kucing yang masih ada di rumah,duduk bermain2 dan kongsi litter box dengan dia. Nnt ask your vet how to manage. Takziah diatas kematian Ager. Dia diberikan layanan terbaik selama 3 tahun hidup.
A post shared by SAIFUL APEK ®™ ?? (@saifulapek) on
Sumber: saifulapek
Tip Hilangkan Kesan Conteng Anak Dengan Tiga Bahan Mudah Ni. Kotoran Hilang, Dinding Kembali Berkilat!

Bagi yang mempunyai anak kecil, mungkin kesabaran sedikit teruji terutama sekali bila anak-anak menjadikan dinding sebagai ‘kanvas’ seni mereka. Jangan marah-marah dulu ye wahai ibu bapa. Itu adalah satu cara si kecil anda merangsang kreativiti mereka.
Jom admin kongsikan cara mudah untuk ibu-ibu nak hilangkan bekas-bekas contengan di dinding dengan bahan yang simple je.
Dah tak payah nak cat semula rumah Jom cuba tip yang dikongsikan olen nawal huda bagaimana cara untuk bersihkan contengan pada dinding rumah.
Tip ini dikongsikan oleh Nawal Huda menerusi laman twitternya.
Cara hilangkan contengan2 di dinding ✨
Ambil cream cif, letak kat sponge hijau tu, tonyoh dinding.
Then dah habis tonyoh, bilas sponge dengan air bersih and lap bersih.
Tadaaaaa you have a clean wall! pic.twitter.com/G9ZuVJHevt
— Nawal jual Cuckoo 🌿👑 (@nawalhudaa) May 20, 2020
Credit: sharifah hanim syed aslom on Fb 😊
— Nawal jual Cuckoo 🌿👑 (@nawalhudaa) May 20, 2020
Anda hanya memerlukan span, Cream Cif dan air sahaja untuk membersihkannya.
Apa yang perlu anda lakukan adalah, tonyoh dinding menggunakan span dengan Cream Cif sehingga kesan ‘lukisan’ tanggal.
Kemudian, lap sisa dakwat dan kotoran menggunakan air sehingga bersih.
Sumber: nawalhudaa