Tidak dinafikan ramai ibu bapa inginkan anak cerdik pandai dalam memastikan kejayaan yang cemerlang. Malah meletakkan kejayaan anak sebagai satu KPI kepada dirinya.
Namun kadang kita lupa, bahawa kita akan menjadi tua dan meninggalkan alam yang fana ini suatu hari nanti. Setiap yang hidup pasti akan mati.
Anak yang soleh dan solehah akan sentiasa mendoakan ibu bapa dan adik beradiknya walaupun akademiknya biasa-biasa. Terima anak seadanya.
Perkongsian oleh Muhammad Yusof begitu deep untuk direnungi bagi mereka yang bergelar ibu bapa. Moga kita muhasabah diri.
Tadi aku solat maghrib kat sebuah stesyen minyak. Sorang-sorang. Masuk rakaat kedua ada suara perlahan baca Allahuakbar jadikan aku imam. Habis sembahyang aku tengok rupanya sorang budak mungkin tingkatan 1 atau tingkatan 2 sembahyang belakang aku.
Lepas tu aku duduk kat kerusi luar pakai kasut. Tengah-tengah pakai kasut budak yang jadi makmum datang kat aku. Dia kata best la abang jadi imam, lepas tu dia salam aku.
Tiba-tiba dia hulur kacang rebus kat aku. Rupanya dia kata dia jual kacang rebus kat kedai makan kat kawasan situ.
‘Bang ambillah’ dia kata. Aku tanya ‘berapa ringgit dik?’
Dia kata ‘takpe bang hari ni saya belanja sebab saya happy sangat, adik saya dapat 3A UPSR, jadi saya nak bagi kat abang sebungkus la..Alhamdulillah bang..’ sambil tersenyum. Lepas tu dia hilang dengan bakul merah dia.
DOAKAN AHLI KELUARGANYA
Allah, Allah. Aku belajar sesuatu malam ni.
Ada anak yang dilahirkan pandai. Ramai mak ayah suka kerana akademiknya pandai.
Ada anak yang dilahirkan biasa-biasa, akademik biasa-biasa tapi rajin solat, rajin baca Al-Quran, rajin doakan mak ayah dunia dan akhirat.
TERIMA ANAK SEADANYA
Setiap anak ada level mereka masing-masing.
Berapapun A yang mereka dapat, hargailah kerana itu adalah usaha mereka. Peluk mereka, senyum pada mereka, bagi kata-kata semangat pada mereka. Insyaallah, satu hari nanti bila mereka matang, mereka inilah yang akan jadi anak yang membahagiakan kita, dunia dan akhirat. Percayalah
.
Semoga bermanfaat: Muhammad Yusof