kehadiran permata hati yang diberi nama El Issac Yamani menjadi pelengkap kebahagiaan Datuk Jamal Abdillah dan isteri serta tiga anaknya yang lain. Bayi yang selamat dilahirkan isterinya, Datin Zai Izzati sekitar setengah jam lalu merupakan anak keempat bagi seniman yang berusia 61 tahun itu.
Lebih istimewa lagi, bayi lelaki itu dilahirkan pada tarikh yang cukup istimewa. El Issac Yamani yang dilahirkan sempurna dan sihat itu juga sudah mempunyai panggilan timangan iaitu Zack iaitu nama karakter Jamal dalam filem Azura yang pernah memasyhurkan namanya sekitar tahun 1980-an.
Berkongsi berita gembira itu, Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali berkata, tiada apa yang mampu dizahirkan beliau selain mengucapkan rasa syukur pada Allah kerana diberikan rezeki cahaya mata.
“Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Menerima anak pada usia sebegini adalah rahmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur,” kata Jamal lagi.
Berdasarkan perkiraan tarikh yang dibuat oleh doktor sebelum ini, Jamal berkata, isterinya pada awalnya dijangka melahirkan anak mereka pada 17 November ini.
Ads
Ads
Ads
Bagaimanapun, beliau dan Zai Izzati sepakat untuk melakukan pembedahan kelahiran pada 11 November (hari ini) kerana tarikhnya sangat unik dan amat istimewa.
“Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah untuk ingat tarikh lahir Zack nanti,” cerita Jamal lagi.
Selain Zack yang dilahirkan di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak pada tarikh istimewa hari ini, anak ketiga Jamal iaitu Nur Azura Yamani juga dilahirkan pada hari yang mudah diingati iaitu pada 10.10.2019.
Sejuk perut ibu yang mengandung. Demikian ungkapan yang sesuai digambarkan kepada wanita yang bertuah ini. Memiliki anak ramai namun kesemuanya berjaya adalah satu pencapaian yang cukup hebat.
Enam dari 8 anak wanita ini berjaya bergelar hafiz dan menghafaz 30 juzuk al-Quran. Hebatnya cara didikan ibu bapa anak-anak ini.
Berkongsi tip dan rahsia anak-anaknya berjaya, akui Nor Latifah Abdul Rahman, 50, dari Teluk Kalong, Kemaman, selain menjadikan bacaan al-Quran amalan harian, pemakanan anak-anaknya juga dijaga dengan rapi.
“Saya mula perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran kepada anak-anak sejak mereka dalam kandungan, selain jaga makan bagi menguatkan daya ingatan,” demikian kata ibu kepada lapan anak ketika diminta berkongsi amalan dilakukan sehingga enam daripada lapan anaknya kini bergelar hafiz 30 juzuk al-Quran.
“Saya akan pastikan mereka ambil susu kambing dan madu. Badam pun baik untuk daya ingatan anak-anak.
“Saya juga akan pastikan mereka makan makanan yang saya masak. Kalau pergi mana-mana, memang saya bawa bekal dari rumah,” katanya lagi.
Nor Latifah berkata demikian dalam satu majlis sempena Haflah Takrimi Akademi Al-Quran Amalillah kali pertama di Taman Tamadun Islam (TTI), hari ini.
Pada majlis itu, anaknya, Engku Sofiah Engku Saharuumnizam, 14, dinobatkan sebagai pelajar cemerlang setelah berjaya menguasai 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima bulan 10 hari di Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) yang beroperasi di Bukit Payong, Marang.
Selain Engku Sofiah, lima lagi anaknya yang telah menyempurnakan hafalan 30 juzuk al-Quran ialah Solehah Radhiah, 25; Engku Mahmud Nasri, 23; Engku Muhammad Luthfi, 20; Engku Ahmad Syafiq, 17; Engku Sofiah, 14 dan Engku Daud Shauqi, 12.
Menurut Nor Latifah, dia dan suaminya yang merupakan seorang pesara, Engku Saharuumnizam Engku Abd Aziz, 57, tidak kisah berbelanja besar demi pendidikan anak-anak.
“Disebabkan memilih hantar anak-anak ke pusat pengajian swasta, secara kasar, belanja sekolah kelima-lima mereka dalam RM3,000 setiap bulan.
“Suami saya tak kisah anak-anak nak ambil jurusan apa sekalipun, asalkan ayat-ayat al-Quran tersemat di dada,” katanya yang kini berkhidmat dengan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kijal.
Sumber: Sinar Harian & Gps Bestari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di