Lelaki memang terkenal dengan sifat maskulinnya, berani, tegas dan bertanggungjawab. Tetapi, disebalik itu, lelaki ada juga terpalit sifat manja mereka! Lebih-lebih dengan orang yang mereka sayang.
Ada yang mudah pamer manjanya, malah ada juga yang ketika mereka sakit baru keluar sifat manja mereka itu.
Baru-baru ini seorang isteri memuat naik perilaku suami kesayangannya bermanja di aplikasi Tiktok. Dalam video tersebut, jelas menunjukkan sang suami bermanja minta disuap makan mestikan mereka sudah berumahtangga hampir 13 tahun.
Yang mencuit hati, sebelum suap makanan, suaminya menunjukkan perangai seakan budak-budak yang menunggu saat untuk disuap sambil ditegur gedik oleh si perakam.
Tambah isterinya di ruangan komen, suaminya yang digelar ‘baby badung’ ini memang manja orangnya walaupun sudah dikurniakan 5 orang anak.
Ads
Video yang berdurasi 7 saat mendapat lebih 280k penonton dan menjengah di ruangan komen, warganet terhibur dengan sifat suaminya yang manja itu. Malah ada juga yang berkongsi cerita suami masing-masing.
Suap makan suami isteri ni sebenarnya eratkan lagi hubungan tau dan merupakan salah satu tip kebahagian suami isteri!
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Ads
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengumuman boleh merentas negeri yang lalu sudah pastinya khabar gembira buat rakyat Malaysia.
Dengan ini, sudah tentu ada yang bercadang membawa keluarga pergi bercuti. Sudah pastinya penginapan di hotel menjadi tumpuan ramai.
Namun keseronokan itu kadang kala, ada yang alpa dengan persekitaran dalam kehidupan bermasyarakat.
Begitu yang dialami oleh lelaki ini apabila melihat gelagat sebuah keluarga melakukan pembaziran apabila mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.
Meluahkan rasa kecewa, lelaki ini berharap agar ramai cakna mengenai hal ini untuk mengelak perkara sebegitu berlaku ketika bercuti.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Pagi ni saya buffet breakfast di hotel. Biasanya saya lebih suka turun lewat dari bilik penginapan. Kalau ‘last call’ jam 10 pagi, jam 9.30 baru saya turun. Dari dulu lagi memang itulah amalan saya. Alasannya -nak elak kesesakan. Bila turun lewat sikit, keadaan lebih tenang. Makan pun senang. Lagipun saya jenis makan tak banyak. Nasi lemak, sedikit buah dengan kopi O pun dah cukup.
Nak dijadikan cerita, sedang saya minum, datang satu keluarga lima sekeluarga duduk betul-betul di depan meja saya. Suami isteri dan tiga anak. Rasanya anak yang sulung sekolah menengah dan dua lagi sekolah rendah.
Seperti biasa, masing-masing akan mula mundar mandir dapatkan makanan. Kemudian mereka kembali ke meja. Saya lihat mereka duduk bersama, angkat tangan dan si ayah mula memimpin bacaan doa makan. Baguslah begitu.
Selepas itu, kisah pun bermula. Si ayah dan anak-anak mula ulang alik ambil makanan. Lepas satu, satu pinggan penuh makanan di bawa ke meja. Si ayah belum sempat duduk menjamah makanan yang ada, terus dapatkan lagi makanan.
Anak-anak pun sama. Sehinggalah meja besar mereka penuh dengan makanan yang tidak dijamah. Penuh pinggan berisi makanan sampai ada pinggan terpaksa berlapis di atas meja.
Sambil hirup kopi pahit, saya terus lihat sahaja gelagat mereka. Lagipun meja mereka betul-betul di depan saya. Apa nak buat. Itu sahaja pandangan yang saya ada.
Saya lihat walaupun pinggan dah penuh meja, si ayah dan anak-anak terus ambil lagi makanan. Si ibu pula sebab meja dah penuh, mula menggabungkan makanan di dalam beberapa pinggan ke dalam satu pinggan. Dah mengunung jadinya makanan yang bercampur aduk di dalam pinggan.
Lebih kurang sejam kemudian, mereka seperti mula kenyang. Tapi makanan atas meja masih sangat banyak. Ada yang langsung tak bersentuh. Sebelum meninggalkan meja, saya lihat si ayah mula tindan pinggan yang kosong di atas pinggan-pinggan yang penuh makanan yang tidak disentuh tadi.
Pembaziran berlaku
Kemudian datang pekerja pembersihan untuk mengemaskini meja keluarga tadi. Saya lihat beliau menggeleng-geleng kepala bila melihat makanan yang begitu banyak dan belum terusik. Tetapi beliau tetap kena buang. Beliau lihat saya, saya hanya senyum. Beliau kata pada saya ‘sayangnya makanan ini’. Saya sekadar angguk kepala tanda setuju.
Mengapa ada antara kita jadi begini? Membazir makanan yang tidak sepatutnya kita lakukan. Apakah kerana kita telah membayar maka hak kita untuk membazirkan makanan?
Apakah kita tamak, takut makanan habis maka berlumba-lumba mengambil makanan yang akhirnya dibazirkan? Tak adakah rasa bersalah?
Mengapa sarapan pagi yang dimulakan dengan doa makan seisi keluarga tanda mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan, diakhiri dengan pembaziran makanan tanda kita kufur pada nikmat tersebut.
Saya lihat budaya ini kerap berlaku di kalangan rakyat negara ini dan juga pernah melihat pelancong dari beberapa negara melakukan perkara yang sama apabila mereka datang ke negara kita. Tapi saya kena akui belum pernah ada pengalaman lihat mat salleh buat perkara yang sama . Belum lagi. Mungkin ada.
Walaupun banyak makanan dibazirkan, hotel tak rugi sebab mereka sudah kenakan bayaran. Tetapi kita semua lah yang rugi bila pembaziran berlaku dalam skala yang besar.
Paling mudah, harga barang makanan boleh menjadi mahal bila pembaziran makanan berlaku dengan jumlah yang besar. Ini hukum permintaan dan penawaran dalam ekonomi.
Kos pengeluaran makanan juga menjadi mahal bila pembaziran berlaku. Kos pengurusan sampah dan sisa makanan juga meningkat bila pembaziran yang besar berlaku.
Kitalah- anda, saya dan rakyat seluruhnya yang terpaksa menanggung semua kos tersebut, akibat pembaziran yang dilakukan oleh mereka yang tidak tahu bersyukur ini.
Sumber: Anuar Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semasa hari raya, selain bersalam-salaman dan eratkan semula hubungan antara kekeluargaan, tak salah untuk meluangkan sedikit masa untuk bergambar sekadar untuk kenang-kenangan masa akan datang. Bukan hanya itu, gambar yang diambil juga akan dikongsikan di laman sosial masing-masing.
Tidak lepaskan peluang, pelakon Ashraf Muslim turut berkongsi gambar rayanya di laman sosial Instagramnya baru-baru ini. Yang mencuri perhatian orang ramai apabila gambar yang dimuat naik itu memaparkan kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Menerusi hantaran tersebut, keluarga itu telah mengenakan busana sedondon berwarna kelabu ketika meraikan di kampung dan turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali dirinya dan keluarga serta memohon maaf andai mempunyai salah silap.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya tumpang rasa gembira melihat kebahagiaan keluarga ini. Malah, ada juga yang mendoakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.
Terdahulu, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan difahamkan masalah rumah tangga mula tercetus kerana belum dikurniakan zuriat selepas dua tahun perkahwinan.
Bagaimanapun, selepas empat tahun bernikah, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf.
Manakala, bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi yang dinikahi di Thailand pada 7 Julai 2013, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.
Sakit melahirkan anak tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Kepayahan mengusung perut 9 bulan hanya yang bergelar ibu sahaja memahami situasi tersebut. Justeru, sebagai suami seharusnya menghargai segala pengorbanan isteri mereka dari awal sehingga lahirnya zuriat anda.
Perkongsian dari Muhammad Ahmad ini cukup bermanfaat terutama buat para suami di luar sana terutama bagi isteri yang baru bersalin.
Memang suami perlu banyak bersama isteri di awal berpantang dan penyusuan. Bukan soal luka bersalin,luka ni akan baik dengan sendiri. Tetapi suami bantu jaga isteri agar emosinya tidak tertanggu dan semakin teruk.
Bantu isteri ke tandas, Bantu isteri banyakkan berjalan, Bantu isteri susukan anak, Bantu isteri tukar lampin anak, Bantu isteri mandi,buang air, Bantu isteri makan dan masakkan untuk si dia.
Sebenarnya ini amalan mak ayah tok nenek kita dahulu. Ayah kita dulu jaga semua adik beradik 12 orang,sentiasa bantu mak sehinggakan suapkan makanan. Ini sifat kasih sayang mak ayah kita didik dan tunjuk kepada kita supaya sayang isteri lebih dari diri sendiri.
Apa perlu suami buat?
Dapatkan: -Ikan yang segar -Sayuran kampong -Ayam kampong -Telor ayam kampong -Daging lembu segar
-Pantau luka . -Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT(Darah beku disalur darah). -Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup.
Ambil tahu: -ILMU PENYUSUAN,cari posisi bayi ketika menyusu. -Amalan@Pantang larang ketika isteri berpantang -ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor -Jadual pemeriksaan bayi dan ibu diklinik -Basic urutan untuk ibu berpantang. -Cara berbedong/bekong -jamu/vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas.
Suami kena selalu peluk isteri,ucap terima kasih sayang lahirkan anak kita,terima kasih sebab sabar menahan sakit. Kucup dahi isteri. I love sayang,abang sayang sayang,lemparkan senyuman sehingga cecah telinga dan doa depan isteri.
Ya Allah ini isteri saya,berikan dia syurga,berikanlah dia ganjaran pahala,berikanlah dia kesihatan yang baik,jauhkan dia dari segala penyakit. Suami wajib doa untuk isteri,ucap kata yang baik,tanya ada apa yang boleh kita bantu isteri.
Insyaallah jika kita(suami) sering ucap perkataan yang baik-baik isteri akan seronok,isteri akan tenang.
Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis,termenung,tiba-tiba pukul anak ini perlu dirujuk ke hospital atau dapatkan nasihat doktor.
Mudahan berkat kasih sayang suami isteri lahirnya anak soleh solehah.
-EncikMatt-
gambar: Aamyrarosli & amarbaharin (Instagram)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...