Ibu muda ini memang seorang yang mementingkan penyusuan susu ibu kepada anak-anaknya. Tidak hairanlah apabila dia dilantik menjadi Ikon Penyusuan 2020. Sememangnya Memey Suhaiza sangat layak menerima pengiktirafan itu memandangkan ketiga-tiga anaknya hanya minum susu dari bayi sehingga besar.
Menurut Memey, pelantikan itu juga adalah untuk mewakili ibu-ibu lain yang berjuang memberikan susu ibu kepada anak-anak mereka.