Setiap orang miliki momen indah bersama orang tersayang. Tidak kira yang masih bernyawa atau yang sudah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Justeru, barangan milik arwah pasti meninggal memori yang cukup manis buat kita. Demikian juga dengan seorang pengguna media sosial, Ezeet Abu Bakar.
Dalam satu perkongsian, dia meluahkan rasa kagumnya apabila terjumpa barangan dapur yang sudah lama tamat tempoh tetapi masih tersimpan elok di dalam kabinet dapur milik arwah ibunya.
Antara barangan yang dijumpainya adalah serbuk koko, serbuk baking powder jenama Royal yang dikeluarkan sebelum negara mencapai kemerdekaan.
“Saya mencuba sendiri serbuk koko tersebut hari ini, serius boleh diminum lagi dan masih segar rasanya. Mereka jujur dan ikhlas menjaga kualiti produk keluaran mereka,” tulisnya di laman Facebook.
“Terkejut saya bila buka kabinet dapur ibu, ada lagi barang-barang dapur yang masih belum dibuka, masih elok seal dengan aluminium dan selepas dibuka, tiada kulat atau sebarang serangga.
“Saya amati tin-tin tersebut sambil mengenangkan arwah ibu yang membesarkan kami. Kemudian saya ternampak harga dan tarikh luputnya, yang paling saya terkejut, baking powder ibu expired pada 4 Ogos 1951,” ceritanya.
Serbuk koko dan tarikh luputnya (kanan atas) serta tarikh luput pada tin baking powder.
Menurut Ezeet, barangan tersebut ditemuinya ketika dia mengemas rumah arwah ibunya di Muar, Johor, sewaktu negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jelasnya, dia sudah hampir tujuh tahun tidak menjejakkan kaki ke rumah tersebut, iaitu setelah kematian ibunya.
Ezeet turut bercerita mengenai satu tin serbuk koko larut jenama Van Houten yang masih elok untuk digunakan walaupun tarikh luputnya adalah pada 1 May 1998, iaitu sekitar 23 tahun lalu.
Ads
“Bila saya buka serbuknya masih gebu lagi, jadi saya bancuh dengan susu pekat dan sedikit garam.
“Rasanya memang berbeza dan elok sangat lagi, terduduk saya bila minum secawan, terus saya menangis terkenangkan ibu.
“Saya mengimbau balik keadaan ibu masa tahun 1978, umur saya baru empat tahun, kemudian saya teringat bangunan lama, bazar termasuklah Muar Trade Center dan kenangan saya duduk di kerusi rotan yang diletakkan di atas palang basikal,” katanya, yang juga seorang jurutera mekanikal.
Ezeet turut menjumpai buku dekorasi milik ibunya.Menurut Ezeet, ibunya yang juga seorang doktor meninggal dunia sekitar enam tahun lepas disebabkan jangkitan kuman.
Katanya, serbuk koko dengan berat bersih 125gram serta lengkap dengan tanda harga ‘RM3’ itu mungkin digunakan ibunya untuk membuat kuih raya.
“Serbuk koko tu rasanya ibu nak guna untuk buat kuih raya tapi keadaannya bila saya jumpa masih belum dibuka, mungkin sebab waktu tu anak-anak sudah berhijrah kerja di Kuala Lumpur.
“Kalau tengok pada tahun itu, dia tinggal sendirian, tiada siapa bantu dia, mungkin sebab itu barangan tersebut tidak terusik.
“Itu yang membuatkan saya terkenang semula, kalau berpandukan pada tarikh luput tersebut mungkin dia beli pada tahun 1995 atau 1996,” katanya, sambil menambah ibu dan bapanya berpisah pada tahun 1987.
Ads
Saya menghargai kenangan. Biar tiada duit tak mengapa asalkan saya boleh simpan (barangan antik) untuk generasi yang akan datang.
Selain makanan, Ezeet yang pulang ke rumah bersama isteri dan anaknya turut menjumpai buku resepi lama serta buku dekorasi milik ibunya.
“Buku resepi ini boleh dijilidkan semula sebab masih elok lagi.
“Ia mengandungi resepi tradisi yang tidak menggunakan rempah ratus segera dan ilmu ini boleh dikongsikan dengan generasi terkini,” katanya.
Menurut Ezeet, dia sendiri sememangnya seorang yang gemar mengumpul barangan lama.
Antara koleksi barangan lama yang disimpannya termasuklah kolek atau sampan berukuran sepanjang lima kaki yang dibelinya, bekas tembakau songel, Zippo (segenis pemetik api) dan tempayan.
Kolek sepanjang lima kaki ini boleh memuatkan satu orang.
Ads
Ezeet juga ada menerima beberapa barangan lama lain yang dihadiahkan oleh pemilik asal apabila mengetahui tentang minatnya dalam mengumpul barangan lama.
Menurut Ezeet, dia tidak akan pernah menjual koleksi barangan lama yang dimilikinya.
“Jual? Saya sayang, saya menghargai kenangan.
“Biar tiada duit tak mengapa asalkan saya boleh simpan (barangan antik) untuk generasi yang akan datang,” katanya.
Bukan hanya memudahkan paling utama memberi keselesaan kepada murid-murid selepas semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta untuk memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas ini.
Pun begitu pertimbangan itu berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.
Dalam satu kenyataan semalam, KPM memaklumkan institusi pendidikan juga dinasihatkan agar sentiasa mengikuti garis panduan berkaitan fenomena cuaca negara yang telah ditetapkan.
“KPM prihatin terhadap penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan di bawah kelolaannya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca di luar jangka.
“Institusi pendidikan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mematuhi saranan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan seluruh warga institusi pendidikan,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua institusi pendidikan di bawah KPM diminta untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas dan memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.
Selain itu, pihak berkaitan juga perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri bagi yang tidak berpuasa atau murid bukan Islam.
Menurut KPM, murid juga digalakkan untuk mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan, serta pihak berkaitan perlu membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.
Semua institusi pendidikan KPM juga diminta supaya sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik serta hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.
Lazimnya apabila disahkan positif Covid-19, pesakit akan kuarantin di rumah dulu sementara tunggu ambulan datang untuk bawa ke hospital atau pusat kuarantin.
Namun ada juga beberapa kes tertentu pesakit Covid bergantung pada tahap jangkitan dan simptom yang ada boleh kuarantin di rumah saja. Samada dapat kelulusan atau sistem kesihatan kawasan itu yang tak menang tangan mengendalikan kes pesakit Covid-19 lain.
Apa yang menjadi kebimbangan kini adalah apabila kemunculan komplikasi kandungan oksigen rendah, ‘Happy Hypoxia’ dalam kalangan pesakit Covid-19 yang menjadi pembunuh senyap tidak bergejala.
Pesakit rasa pernafasan dalam keadaan normal tapi tanpa dia sedar, badannya kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus. Maknannya pesakit rasa tenang, normal dan ceria seperti biasa tapi sebenarnya oksigen berkurang.
Kes sebeginilah menjadi punca kes mangsa dibawa sudah meninggal dunia atau Brought In Dead (BID) akibat jangkitan Covid-19 semakin meningkat di negara ini.
Sumber foto: Dr Ismuni Bin Bohari
Pesakit rasa rasa tenang, normal dan ceria seperti biasa tapi sebenarnya oksigen berkurang.
Ketika masuk ke bilik isolasi, pesakit wanita ni bertanya.
“Bila saya boleh balik doktor? Saya okay je.”
Kawan saya jawab, “Belum tahu lagi. Masih kena sambung rawatan.”
Mata masih terpaku pada pesakit Covid-19 ni.
Walaupun seluruh badan berpeluh, kaki dah sakit, dia tak boleh tinggalkan pesakit ni. Bacaan oksigen pesakit semakin menurun.
Sebenarnya, pesakit ni sedang mengalami satu keadaan serius yang dipanggil sebagai “Happy Hypoxemia”.
Hypoxemia ialah keadaan di mana paras oksigen dalam darah arteri menjadi rendah.
Ia bahaya sebab walaupun paras oksigen dalam darah rendah, pesakit tu tetap kelihatan tenang dan boleh bernafas seperti biasa. Inilah “Happy Hypoxemia”.
Mereka tak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas seperti bernafas lebih laju atau tercungap-cungap.
Jika keadaan ni dibiar tanpa rawatan di rumah, ia boleh menyebabkan pesakit meninggal dunia. Kes mayat yang dibawa ke hospital (Brought-In- Dead) pun semakin meningkat.
Bagaimana nak kesan ‘Happy Hypoxemia
Macam mana nak kesan “Happy Hypoxemia”?
Jika di hospital yang cukup peralatan, paras oksigen pesakit mesti dipantau sepanjang masa.
Bagi pesakit Covid-19 yang dikuarantin dirumah, digalakkan untuk pantau paras oksigen diri sendiri menggunakan Pulse Oximeter (rujuk gambar).
Kalau bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus, boleh terus dapatkan bantuan di fasiliti kesihatan terdekat. Ini tanda oksigen dalam darah mula menurun.
Rasa Pernafasan Normal Tapi Alami ‘Happy Hypoxemia’, Pesakit Covid 19 Meninggal Dunia Di Rumah. Dr Ini Jelaskan Sebabnya.
Bantu saya kongsikan info ni dalam group whatsapp agar kes meninggal dunia di rumah disebabkan Covid-19 tak berulang lagi.
Sumber: Redza Zainol
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang suka makan kek tentu sentiasa mencari kek yang mudah cara membuatnya.
Paling penting penyediaanya menggunakan sukatan
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini. Bolej cuba cara ini pula.
Premium butter cake.
Nak share resepi buttercake ni. Simple je. Takde teknik waterbath ke, waterbirth ke takde ok. Orang selalu cakap banyak mana butter macam tu lah banyak tepung dan gula nya. Betul sangat- sangat! Alhamdulillah menjadi.
1. Pukul butter sampai bewarna sedikit cerah. (kalau pakai stand mixer tinggal je situ) 2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil pukul sehingga kembang. (penting! Kalau tak bantat la kek uols) 3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul perlahan. 4. Tambah vanilla essence and ovalette dan kacau sedikit lagi. 5. Masukkan tepung dan slowkan mixer sampai rata. 6. Letakkan dalam loyang 8 inci yang dah dilapik baking paper. 7. Bakar pada suhu 175 darjah celsius selama 50 minit. Api atas bawah. (ikut oven masing2).
Siap! Nampak simple tapi rasa dia masha Allah, kayangan! Saya pun jenis suka simple buttercake je. Taste orang lama hehe.
Sumber: Nurul Atikah Mustafa via Masak Apa Hari Ni
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.