Kehidupan yang dilalui kini kian tertekan dan mendesak, malah ramai antara kita terus  berjuang dan bertahan  untuk mendapatkan sesuap nasi bagi menyara keluarga tercinta. Ini sepertimana kisahnya seorang suami ini yang terpaksa menjual barang peribadi demi meneruskan kelangsungan hidup kesan daripada pandemik Covid-19.

Menerusi laman twitter, ia memohon bantuan untuk diulang kicau agar lebih cepat dapat menjual pakaian-pakaian tersebut untuk menyara kehidupan dan dapat membuat persiapan menanti kelahiran anak kedua tidak lama lagi.

“Assalamualaikum. Atas sebab terdesak, kami suami isteri decide untuk jual pakaian kami anak beranak. Perniagaan kami dah mati. Amat perlukan duit untuk standby kelahiran anak kedua tak lama lagi. Baju lelaki size S & M, perempuan S, baby girl 6 -12 bln. Minta bantuan semua utk RT”

Ternyata, tulisannya ini mendapat perhatian warganet dan telah 23,000 kali diulang kicau.

Terdesak! Suami Ni Terpaksa Jual Pakaian Sendiri, Isteri & Anak Demi Meneruskan Kehidupan. Tarik Perhatian Warganet!

Dia terpaksa meletakkan harga pakaian yang dijual agak tinggi harganya  sebab terpaksa jual mahal. Katanya, “Pada hari pertama, saya letak harga setinggi RM40 dan serendah RM15. Saya tahu baju-baju itu adalah second hand dan bukan saya sengaja letak semahal itu.

Ads
Terdesak! Suami Ni Terpaksa Jual Pakaian Sendiri, Isteri & Anak Demi Meneruskan Kehidupan. Tarik Perhatian Warganet!
Antara pakaian yang dijual

“Tapi saya terdesak sebab tak banyak pakaian kami yang masih elok dan sesuai dijual. Sebab itu kami terpaksa jual mahal. Maaf sangat-sangat. Tapi kalau anda teringin apa-apa, dm je ya. Boleh kurang lagi. Asalkan sama-sama puas hati”

Terdesak! Suami Ni Terpaksa Jual Pakaian Sendiri, Isteri & Anak Demi Meneruskan Kehidupan. Tarik Perhatian Warganet!
Antara pakaian yang dijual

Berkongsi cerita di Mstar, lelaki ini yang dikenali sebagai Karim sebenarnya sebelum ini pernah menguasakan gerai makan tujuh tahun lalu sebelum dikembangkan kepada kedai makan tiga tahun lalu.

Namun kedai makannya itu terpaksa ditutup berikutan perlaksanaan Peerintah Kawalan Pergerakan dan akhirnya menjejaskan perniagaannya.

“Bisnes kedai makan terjejas, tak dapat pusing modal dan tak ada duit nak bayar sewa. Saya dan isteri kemudian buka gerai minuman  di sebuah restoran, jual air batu campur dan lai chi kang.

Ads

“Namun sejak PKP 2.0 awal tahun lalu dan terbaharu PKP 3.0, bisnes restoran itu juga tidak menguntungkan, apatah lagi gerai air saya dan kami membuat keputusan untuk berhenti.”

Katanya lagi, setelah perkongsiannya itu viral di media sosial ramai yang ingin menawarkan diri untuk membantu hingga meminta untuk berkongsi no akaun.

“Saya berterima kasih, tapi minta maaf kerana terpaksa tolak. Saya tidak mahu bantuan duit. Sebagai ketua keluarga, saya mahu buktikan diri saya mampu cari duit sendiri dalamapa jua usaha yang dilakukan, termasuklah menjual pakaian kami anak beranak.”

Ads

Sumber : @babyshirt & mStar

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Terdesak! Suami Ni Terpaksa Jual Pakaian Sendiri, Isteri & Anak Demi Meneruskan Kehidupan. Tarik Perhatian Warganet!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI