Tercekik tulang walau bukanlah menjadi masalah besar, namun bila terjadi boleh menyebabkan sesiapa pun tidak selesa.
Kalau diikutkan, dalam masyarakat kita ada sahaja petua untuk menghilangkan rasa tercekik tulang ini.
Namun sebelum itu, apa kata kita dengar dulu saranan doktor ini untuk pastikan insiden tercekik tilang ini tidak memudaratkan diri.
Ini perkongsiannya.
Anda mungkin mengalami sekatan tulang ikan pada salur makanan. Duri ikan tersangkut di halkum!
Perhati tanda-tanda ini :
1. Sakit secara tiba-tiba pada tekak ketika makan ikan.
2. Rasa sakit yang mencucuk-cucuk pada kawasan tekak.
3. Ia boleh dirasakan pada satu tempat sahaja.
4. Sakit tersebut tidak langsung berkurang selepas beberapa jam
Ini adalah tanda-tanda klinikal pada kebiasaan pesakit alami.
Walaubagaimanapun, ia boleh juga hanya sekadar luka akibat duri tersebut.
Maknanya, tulang ikan tersebut telah tertelan, tetapi luka pada dinding saluran makanan yang menyebabkan rasa sakit.
Ini nasihat saya apabila ada tanda-tanda di atas :
Cuba telan makanan seperti biasa, perhatikan karakter sakit yang dialami. Sekadar tidak selesa, adakah berkurang sakitnya, atau mencucuk-cucuk pada satu tempat sahaja?
Cuba lihat di hadapan cermin. Kadang-kadang tulang ikan itu boleh saja tercucuk di bahagian tekak sahaja, terutama mereka yang mempunyai tonsil yang besar. Boleh nampak jelas.
Boleh kalau anda nak cuba keluarkan sekali dua. Tak perlu mencuba banyak kali. Ini hanya akan menyebabkan luka berlaku pada dinding salur makanan. Luka ini akan menjadi lebih besar dan akan memberi lebih sakit kepada pesakit.
Akhir sekali, jumpalah kami di hospital. Kami akan bantu keluarkan. Jangan risau.
Semoga bermanfaat!
sumber : Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Telinga, Hidung & Tekak