Pejam celik, genap setahun pemergian penyanyi terkenal tanah air, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Menurut suaminya yang juga pelawak, Shuib, pernah berhasrat untuk mengubah suai rumah bagi memberi suasana baharu.

Bagaimanapun, Shuib terpaksa melupakan perancangan itu baru-baru ini selepas mendapat mimpi sedih seakan-akan Allahyarham Sarah tidak bersetuju dengan keputusan itu.

“Selepas enam bulan arwah meninggal dunia, saya pernah terfikir nak ubah suai rumah untuk memberi suasana baharu dan sudah berbincang dengan pereka dalaman.

“Bagaimanapun, bulan lalu saya batalkan hasrat itu selepas mendapat mimpi sedih. Dalam mimpi itu, saya masuk ke rumah baharu dan tercari-cari arwah tapi dia tiada. Ketika itulah saya sedar dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui pada majlis bacaan tahlil sempena setahun pemergian Sarah, malam tadi.

Ads

Menurut Shuib, mimpi yang dialami turut mengganggu emosinya ketika itu dan membuatkan dia kuat untuk terus tinggal di rumah yang sudah mereka diami hampir empat tahun.

“Tercari-cari Arwah Tapi Tiada” Shuib Batal Niat Ubah Suai Rumah, Masih Simpan Barang Allahyarhamah Siti Sarah

Shuib berkata, walaupun sudah setahun pemergian Sarah, dia masih menyimpan barang-barang peribadi milik isterinya itu untuk dijadikan kenangan.

Ads

“Ada barang-barang arwah masih saya simpan. Kalau terkenang bolehlah lihat dan pegang. Baju terakhir yang dipakai arwah sebelum ke hospital masih elok dalam simpanan. Itu jadi pengubat kerinduan terhadap arwah,” katanya.

Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu jam 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di sini, akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

Ads

Selain Ayash, Shuib dan Sarah memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.

Sumber : Hmetro

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI