Terbuka Selera Dibuatnya Tengok Ikan Talapia Masak Pedas Thai Ni!

Share

Ikan talapia selain enak dimasak goreng berlada atau sekadar digoreng ringkas, juga sedap sekiranya dimasak dengan menu nan satu ini iaitu Talapia Masak Pedas Thai.

Resipinya dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Mohammad.


Hari tu tengok video Thailand tu masak menu ni. saya try ikut. Tapi kita adjust sendirilah, tambah apa yang patut.

RESEPI TALAPIA MASAK PEDAS THAI

Bahan:
1 ekor ikan talapia( if nak guna ikan siakap pun boleh)
1sdb sos ikan
1sdb cili kisar (ni sy tambah)
1sdb thai cili paste (ni sy tambah)
5ulas bawang putih – cincang halus2
7-8biji cili padi hijau -hiris
1biji cili merah -cincang halus2
Sedikit garam
Sedikit gula
1cwn air
Daun limau purut (saya tambah)
Halia -hiris (yg ni sy tambah)
1sudu olive oil -guna minyak masak pun boleh

Cara-cara :
Ikan talapia salut dgn kunyit dan garam lepas tu goreng..ketepikan.Bahan cincang bawang, cili merah, cili padi, halia, ditumis.

Masukkan satu sudu cili kisar, 1sudu pes cili thai, tambah sikit sos cili thai.tambah dengan air, masak hingga mendidih (kalau ikut video asal, dia x tmbah air, x ltk cili kisar @ thai cili pes, cuma gune minyak saje utk berkuah. Tpi ni sy adjust sendiri).

Seterusnya masukkan lime juice, sos ikan, daun limau purut. Masak lagi hingga kuah agak pekat. Last sekali masukkan gula n garam secukup rasa..
Siap, tutup api curah atas ikan …

Boleh tahan lah rasa dia lepas adjust sendiri kan..mcm dh lari sngt dari video asal…tak pelah kita buat dia kan, bukan dia buat kita.

Selamat mencuba!

sumber : Tengku RosElyza Raja Mohammad via MAHN