Kalau dah tertulis rezeki tu untuk kita, jadi lah apa pun insyaAllah akan kembali pada kita. Itulah yang terjadi oleh puan Rohaya apabila berdepan dengan detik cemas apabila dia terbuang beg kecil yang mengandungi sejumlah emas miliknya yang dibeli dan disimpan sejak berusia 18 tahun.
“Pada awalnya saya reda bila barang kemas tersilap buang itu tidak ditemui, namun siapa sangka Wira Oren (pekerja am Majlis Bandaraya Seberang Perai) sanggup berkorban masa dan tenaga mereka membantu menggeledah timbunan sampah untuk mencari sehingga ditemui semula,” kata Rohaya Ismail.
Rohaya yang berusia 31 tahun dan juga anggota polis di Balai Polis Telok Ayer Tawar, di sini, berkongsi mengenai perkara itu melalui Facebook (FB) miliknya sehingga tular dan mendapat perhatian warganet yang memuji tindakan mulia sekumpulan pekerja MBSP itu.
Menurutnya, kejadian bermula apabila dia yang membuang lampin pakai buang anaknya tidak menyedari turut terbuang sekali satu beg kecil tersebut.
“Barang kemas itu sangat bermakna kerana saya bukan berasal dari keluarga senang. Ayah meninggal dunia masa usia saya 14 tahun dan saya cuba mengumpul emas itu sedikit demi sedikit semasa bekerja kilang untuk kegunaan masa terdesak.
“Saya tidak tahu macam mana boleh terbuang, sebaliknya sedar beg kecil itu hilang pada 7.45 pagi semalam dan masa itu memang rasa hendak menangis sebab emas itu begitu berharga.
Ads
“Kebetulan abang saya ingin pergi buang sampah pada 9 pagi hari sama dan saya minta dia tolong cari, tetapi tidak jumpa. Abang pergi berjumpa lori MBSP tidak jauh dari kuarters yang saya didiami yang mereka (pekerja) minta pergi ke depo pembersihan di Tasek Gelugor,” katanya.
Menurutnya, dia tidak menaruh harapan tinggi sama ada barang kemas miliknya itu ditemui semula, tambahan pula bukan mudah untuk mencarinya disamping tidak boleh sewenang-wenangnya kerana perlu mengikut prosedur.
Katanya, dia reda jika tiada rezeki serta serahkan semua urusan kepada Allah.
Ads
“Saya tidak sangka MPSP dari pihak atasan sehingga bawah sanggup berkorban masa dan tenaga untuk turun mencari dalam timbunan sampah yang begitu banyak.
“Tidak lama kemudian (1.30 tengah hari) abang saya menghubungi menerusi panggilan video menunjukkan barang kemas saya ditemui semula dalam satu beg plastik hitam. Syukur dan terima kasih tidak terhingga buat sekumpulan Wira Oren dan perasaan ini tidak terungkap dengan kata-kata.
“Walaupun pekerjaan mereka (Wira Oren) ada yang pandang serong, tetapi bagi saya mereka adalah wira negara yang ikhlas serta jujur apabila sanggup berkorban mencari barang kemas saya sehingga jumpa,” katanya yang merahsiakan nilai keseluruhan barang kemas miliknya itu.
Terdahulu, hantaran wanita itu tular di media sosial dengan mendapat ribuan tanda suka dan dikongsi ratusan pengguna FB.
Ads
Menurut posting itu, wanita terbabit turut memberikan sedikit sagu hati kepada pekerja MBSP berkenaan sebagai tanda penghargaan selepas bertungkus lumus menggeledah, mengorek dan mencari emas miliknya dalam timbunan sampah sehingga ditemui.
Biasanya kalau kita sebagai ibu ayah melihat anak sedang menghafal surah-surah panjang dari Al-Quran kita akan rasa seronok dan bahagia dengan usaha mereka. Itu belum lagi membayangkan andai bila besar kelak akan menjadi seorang hafiz dan hafizah. Ia ibarat satu anugerah dan cukup luar biasa.
Memandangkan kita sendiri sedar, bukan mudah untuk menghafal 30 juzuk al Quran jika tanpa ada disiplin, usaha, dan istiqomah untuk menghafal ayat-ayat suci al Quran.
Pun begitu buat peminat sukan elektronik (e-sukan) Mobile Legends, tentu mengenali individu bernama Sharifah Alia Husna Syed Fakrurrozi ini yang punya kisah yang cukup istimewa.
Siapa sangka dia yang juga merupakan pemenang pingat gangsa acara Mobile Legends Wanita pada Sukan Sea Phnom Penh Kemboja 2023, bukan sahaja merupakan penuntut Diploma Pengajian Perniagaan Kolej Professional Mara Beranang yang memperoleh CGPA GPA 4.0 selama lima semester berturut-turut malah apa yang lebih mengujakan dia juga merupakan seorang hafiza al-Quran 30 juzuk pada usia 14 tahun!
Ikut Abang Main Mobile Legends
Memetik sepertimana yang diceritakan bersama myMetro, difahamkan Sharifah Alia Husna Syed Fakrurrozi atau mesra disapa Aria adalah bekas pelajar Maahad Tahfiz Alquran Sri Al Amin Bangi. Mula terbabit di dalam e-sukan pada usia 16 tahun selepas mengikuti abangnya bermain permainan Mobile Legends.
Selepas bakatnya berjaya dihidu, dia mendapat sokongan keluarga untuk mula melibatkan diri dengan lebih aktif apabila banyak menyertai kejohanan yang dianjurkan.
“Pada mulanya memang takut tapi saya jenis yang suka meneroka perkara baru dan saya mula melibatkan diri dengan menyertai pelbagai kejoahanan.
“Selepas beberapa kali masuk kejohanan, saya rasa macam seronok kalau boleh memang setiap minggu nak pergi masuk pertandingan walaupun kalah awal sebab kita nak cari pengalaman,” katanya lagi.
Bagi Aria, dia berpendapat tidak ada salahnya untuk anak muda melibatkan diri dalam sukan esport memandangkan ia banyak memberi manfaat kepada golongan itu.
Malah katanya, sekiranya seseorang itu membahagikan masa dengan baik, ia mampu untuk memberi impak positif kepada individu berkenaan.
“Pada pendapat saya, walaupun kita beragama tak semestinya kita boleh pandang rendah pada esports. Sebenarnya banyak manfaat bila kita bermain permainan elektronik seperti meningkatkan fokus, pengendalian masa, critical thinking, dan boleh jadi lebih disiplin.
“Sudah pasti setiap perkara ada kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Selagi kita berjaya seimbangkan agama dan bermain game, saya rasa ia tidak menjadi masalah besar selagi kita masih ingat akan Allah dan laksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Aria turut berharap akan lebih banyak golongan muda terutamanya wanita dapat menceburi bidang esports dalam memajukan lagi industri ini di Malaysia.
Lazimnya bila di rumah bersama anak-anak, kita akan luangkan masa dengan bermain bersama mereka. Cara ini sangat berkesan untuk eratkan hubungan anak-beranak dan tidak dinafikan bila sama-sama bermain menjadikan suasana di rumah cukup meriangkan dan menyeronokkan.
Tambah-tambah lagi di musim PKP ini, bila semua seakan sudah buntu, apatah lagi anak-anak seakan tidak tahu aktiviti apa lagi yang boleh dibuat bagi menggembirakan hati mereka selain bermain gajet dan menonton TV.
Lantaran itu, bagi pelakon Roy Azman dia punya caranya yang tersendiri bagi memastikan masa anaknya diisi dengan perkara yang bermanfaat. Di mana bila anak-anak buat kerja rumah, akan dapat upah dan dibayar seorang demi seorang.
Ketika memberikan gaji kepada anak-anaknya itu, Roy Azman berkongsi video di Instagramnya dan apa yang mencuri perhatian warganet adalah lagak Roy Azman persis seorang bos kepada anak-anaknya dengan kapsyen ,”BAYAR GAJI. PKP pun kena bayar gaji daa” cukup mencuit hati.
Video yang dikongsikan ini cukup menghiburkan, tambah-tambah lagi bila melihat si bongsu yang begitu teruja untuk mengambil duit gaji dari tabung yang ada di depan mata. Memang kelakar!
Menariknya lagi, setiap anak-anak perlu memaklumkan pekerjaan apa yang telah dilakukan untuk melayakkan mereka mendapat gaji. Gaji yang diberikan cukup lumayan, umpamanya untuk anak sulung yang membuat kerja mencuci gelongsor dan mengangkat barang dibayar upah RM 100 hinggalah giliran anak bongsu yang membuat kerja dibayar dengan RM2.
Sebelum mengakhiri video, Roy Azman sempat lagi mengusik isteri berkenaan gaji yang diterima hanyalah dengan penuh kasih sayang sahaja. Memang buat ramai ketawa tak kering gusi jadinya.
Menanam pokok bunga bukan sahaja buat ruang laman nampak cantik malah menjadi terapi untuk kita seisi keluarga.
Mempelbagaikan koleksi pokok-pokok yang ada ditanam, apa kata anda semai pokok dari jenis fittonia yang mudah dibiakkan ini.
Selain sekadar dicucuk menggunakan keratan batang, ada teknik lebih mudah yang boleh dipraktikkan untuk pastikan keratan batang tersebut cepat berakar.
PROPAGATING FITTONIA….
Saya nak share cara saya biakkan fittonia…Alhamdulillah fittonia ni sangat serasi dengan saya… semua sedia maklum fittonia ni cepat membiak..merimbun…atau meninggi..
Untuk potong keratan…pilih bahagian batang yang keras.
Kemudian…tanam sahaja di tanah baru yang mana kita nak.. dan siram…siram guna spray je senang bagi tanah basah…
Lepas tu masukkan pot ke dalam plastik zip lock dan zip lock sentiasa…dan letak di tempat yg tak kena cahaya matahari yg direct… boleh buka zip lock utk siram sekali sehari atau 2 hari sekali.. biar pokok dalam plastik zip lock sentiasa..
Saya buat mcm ni dalam tempoh tak sampai 2 minggu… hari ni try tengok dah berakar setiap keratan…
Cara saya jaga fittonia2 saya hanya siram sekali sehari atau 2 hari sekali guna spray je bagi tanah basah dan spray daun2 sekali.. pernah letak baja masa mula2 beli dulu je… seingatnya sekali… bila dah merimbun saya tak letak baja pun…
Sumber : Waziah Rasidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...