“Terbaik, Memang Sedap.” ‘Mat Salleh’ Berniaga Makanan Tradisi Hungary Undang Perhatian Warganet!

Share

Seorang ‘mat salleh’ yang menetap di sebuah pekan kecil di Perak mencuri perhatian warganet apabila tular di laman sosial baru-baru ini. Dikenali sebagai Adam Abdullah, dia berasal dari Hungary rupa-rupanya bukanlah orang asing bagi masyarakat di Kampung Gajah dan Bota.
MENIAGA LANGOS DI LAMBOR KANAN, PERAK


Kelibat Adam berniaga di pasar pagi dan pasar malam sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di kawasan tersebut. Adam bersama isterinya menjual Langos, sejenis makanan tradisi Hungary dan telah divariasikan mengikut citarasa rakyat Malaysia.
Setakat ini ramai yang menyenangi kehadiran Adam dan Langosnya.

Langos versi adam dan isterinya ini telah disuntik elemen tempatan mengikut citarasa rakyat Malaysia. Antara perisa langos ciptaan Adam dan isterinya ialah kaya yang dimasak sendiri, coklat, sambal bilis rangup, bawang putih minyak zaitun serta keju krim masam.

Rata-rata pengunjung menyukai Langos yang lain dari yang lain.
Terbaik langos kakak ngan abg mat saleh ni..kaya dia terbaik..sementara tunggu langos kakak ni bg mkn langos pelbagai perasa.
Terbaik mmg sedap…alhandulillah
Dah pernah makan Langos Adam & isterinya ni…sedap bagi saya

Itu antara komen pengunjung yang merasai Langor buatan Adam dan isterinya. Pasangan ini menjual setiap hari Jumaat, Sabtu dan ahad bermula jam 3 petang hingga 7 petang.
Sumber: VIRAL PERAK