Seorang ‘mat salleh’ yang menetap di sebuah pekan kecil di Perak mencuri perhatian warganet apabila tular di laman sosial baru-baru ini. Dikenali sebagai Adam Abdullah, dia berasal dari Hungary rupa-rupanya bukanlah orang asing bagi masyarakat di Kampung Gajah dan Bota. MENIAGA LANGOS DI LAMBOR KANAN, PERAK Kelibat Adam berniaga di pasar pagi dan pasar malam sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di kawasan tersebut. Adam bersama isterinya menjual Langos, sejenis makanan tradisi Hungary dan telah divariasikan mengikut citarasa rakyat Malaysia.
Setakat ini ramai yang menyenangi kehadiran Adam dan Langosnya.
Langos versi adam dan isterinya ini telah disuntik elemen tempatan mengikut citarasa rakyat Malaysia. Antara perisa langos ciptaan Adam dan isterinya ialah kaya yang dimasak sendiri, coklat, sambal bilis rangup, bawang putih minyak zaitun serta keju krim masam. Rata-rata pengunjung menyukai Langos yang lain dari yang lain. Terbaik langos kakak ngan abg mat saleh ni..kaya dia terbaik..sementara tunggu langos kakak ni bg mkn langos pelbagai perasa.
Terbaik mmg sedap…alhandulillah
Dah pernah makan Langos Adam & isterinya ni…sedap bagi saya
Ads
Itu antara komen pengunjung yang merasai Langor buatan Adam dan isterinya. Pasangan ini menjual setiap hari Jumaat, Sabtu dan ahad bermula jam 3 petang hingga 7 petang. Sumber: VIRAL PERAK
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berita tentang kemalangan melibatkan seorang peserta Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 bertempat di Pekan, Pahang dikenali sebagai Muhammad Hattem Rashdi tentunya mengejutkan peminat motosikal Tanah Air.
Memetik laporan Harian Metro, Pemuda berusia 22 tahun itu dipercayai meninggal dunia selepas 12 jam bertarung nyawa setelah motosikal yang ditunggangi terbabas sewaktu dalam perlumbaan.
Menurut ibunya, dia hanya mengetahui keadaan Hattem parah selepas adiknya yang juga bapa saudara arwah yang berada di tempat kejadian menghantar beberapa keping gambar menunjukkan keadaan anaknya berlumuran darah.
“Makcik tak pernah lepas peluang menonton setiap perlumbaan disertai Hattem yang disiar secara langsung di aplikasi Tik Tok tapi pada malam kejadian, makcik tak sedap hati apabila ternampak arwah terjatuh.
“Masa tu makcik sangka dia hanya kemalangan biasa, tetapi secara tiba-tiba siaran langsung itu ditamatkan,” kata Muniroh Ahmad, 58.
Hattem terbabit kemalangan pada 1 pagi Ahad lalu, iaitu hari pertama perlumbaan di Pekan, Pahang, selepas motosikal ditungganginya terbabas.
Katanya, mereka bergegas ke Pahang awal pagi semalam untuk melihat keadaan anaknya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
“Ketika itu, keadaan Hattem kritikal namun dia sempat menggerakkan jari tangan kanannya serta mengalirkan air mata sewaktu saya dan bapanya, Rashdi Othman, 65, membacakan Yasin di sisi arwah.
“Saya sempat bisik di telinga arwah… Mama halalkan air susu mama….Mama ampunkan semua dosa dan sayangkan adik…. Tunggu mama di syurga ya.
“Selepas itu, arwah tidak memberi tindak balas dan disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu,” katanya ketika ditemui oleh pihak Harian Metro di rumahnya di Kampung Padang Lalang.
Muniroh berkata, jenazah anak bongsu dari lima beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Alor Janggus, jam 12 tengah hari.
Menurutnya, kali terakhir melihat jenazah Hattem, dia nampak wajah anaknya bersih dan seolah-olah sedang tidur.
Katanya, kira-kira 3,000 orang menziarahi jenazah arwah termasuk pengikut akaun Tik Tok Hattem yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir.
Muniroh berkata, Hattem bertolak ke Pekan, Pahang bersama rakannya pada 4 petang Jumaat lalu dan ketika itu, dia nampak perubahan pada anaknya.
“Arwah mencium tangan saya dua kali sebelum pergi tetapi tidak lama kemudian berpatah balik untuk mengambil topi yang tertinggal.
“Saya pelik kenapa arwah tidak turun dari kereta, tetapi hanya rakannya masuk ke dalam rumah untuk mengambil topi sebelum mereka beredar. Itulah kali terakhir makcik jumpa arwah,” katanya.
Sementara, kakak arwah, Noor Amalia, 27, berkata, pada 26 Ogos lalu, arwah adiknya sempat memberi wang tunai RM1,500 kepada ibu mereka untuk membeli hadiah sempena hari lahirnya serta ibu pada 13 dan 20 Julai lalu.
“Saya tak sangka niat baiknya itu membawa petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya.
“Paling ketara, anak buah kami, Qaliff Mikael Mohd Fuzairie, 9, yang terlalu rapat dengan arwah hinggakan sering menangis apabila melihat gambar Hattem yang dipanggil ‘Achu’,” katanya.
Bekas pengetua SMKA Tun Datu Mustapha nafi dakwaan terbabit tragedi Zara Qairina- “Saya sudah bersara ketika insiden berlaku.” Bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Datin Rosnih Nasir tampil memberikan penjelasan berikutan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan tragedi melibatkan kematian pelajar sekolah tersebut, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Rosnih menegaskan bahawa beliau telah bersara dan tidak lagi memegang sebarang jawatan di sekolah berkenaan semasa kejadian itu berlaku.
“Saya terpanggil untuk memberikan penjelasan berhubung fitnah dan kekeliruan yang sedang tular di media sosial membabitkan nama saya dalam insiden menyayat hati membabitkan Allahyarham adik Zara Qairina,” katanya.
ROSNIH MEMAKLUMKAN BAHAWA TEMPOH BELIAU BERKHIDMAT SEBAGAI PENGETUA SMKA TUN DATU MUSTAPHA HANYALAH DARI 10 MAC HINGGA 22 NOVEMBER TAHUN LALU, SEBELUM BERSARA DARIPADA PERKHIDMATAN.
“Maka, saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang mengaitkan saya secara langsung atau tidak langsung dengan peristiwa tragik yang berlaku baru-baru ini.
“Perkara ini amat menyedihkan saya sebagai seorang ibu dan juga seorang pendidik,” tambahnya.
Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh pelajar itu dicucuri rahmat.
“Semoga keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini,” katanya dengan penuh simpati.
Selain itu, Rosnih menyatakan sokongan terhadap siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa dan menyeru agar masyarakat memberi ruang kepada proses keadilan.
“Saya percaya kebenaran akan terserlah apabila siasatan selesai,” katanya sambil menyertakan tanda pagar #justiceforzara di penghujung kenyataan tersebut.
Terdahulu, Zara yang merupakan pelajar tingkatan satu ditemukan dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sekitar jam 3 pagi pada 16 Julai lalu. Pelajar tersebut dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth bagi mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia pada jam 1 tengah hari keesokan harinya.
Pihak polis sebelum ini memaklumkan bahawa siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan pihak bertanggungjawab dalam kes berkenaan.
Kisah ‘Ikan Siakap’ masih berlegar-legar di media sosial yang menarik perhatian ramai netizen.
Ia termasuk perkongsian tip memilih ikan siakap, cara membuat tempahan dengan betul dan resipi hidangan ikan berkenaan.
Sudah menjadi kelaziman jika pergi bercuti ikan siakap menjadi pilihan untuk tempahan hidangan istimewa untuk keluarga menjamu selera.
Sudah tentu hidangan ini mempunyai aura tersendiri apabila sering menjadi pilihan utama keluarga ketika bercuti.
Bagi newbie yang belum pernah membuat hidangan ini, apa kata cuba dengan perkongsian ini. Katanya, rasa sedap hampir sama dengan restoran siam yang viral itu. Patutlah ramai yang mahu mencuba hingga 7 ribu share!
Jom lihat cara membuatnya.
Siakap tiga rasa ala Thai
Siakap 3 Rasa AlaThai sedap macam restoran siam tu. Anak-anak makan menambah. Korang nak resepi tak? Kalau ramai yang nak ambo bagi boleh bagi
Resepi: 1 ekor ikan siakap dilumur dengan garam halia bawang putih yg ditumbuk. Kemudian campur sedikit tepung jagung goreng dlm minyak yg banyak sesuai saiz ikan. Bahan utk kuahnya 1inci halia 7 ulas bawang putih Tumbuk pecah2 1biji bawang holland Nenas 5 keping Timun 1biji sedang Karet 1/2 biji 1biji tomato Semua diatas potong kuib 1sudu perencah tomyan 2pokok daun ketumbar 1sudu tepung jagung utk pekatkan kuah Sos tiram, cili sos, sos ikan secukupnya. 5 biji cili padi ketuk Daun salad saya tadi tak ada.
Cara membuat:
Kuali goreng ikan tadi simpan minyak yang banyak tu tinggal 1 senduk kecil panas dan tumiskan bawang putih biar naik bau masuk halia dan akar batang pokok ketumbar simpan sikit daun utk hias.
Masukkan bawang holland dan pes tom yam kacau rata biar sekejap masuk air kuah sebanyak mana yang kita nak. Masuk kesemua sos perisakan dengan garam gula serbuk perasa.
Bila dah mendidih masukkan karet nenas dan timun tomato serta cili padi ketuk. Rasalah biar secukup rasa last masuk air tepung jagung.
Biar mendidih sekejap tutup api. Saya masuk kan ikan sekejap dalam kuali ada orang terus curahkan atas ikan.
Ikut citarasa masing2 hiaskan dengan daun ketumbar tomato dan timun kalau ada daun salad lagi sedap. Tadaa dah siap semoga bermanfaat.
Sumber: Azizah Daud
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di