Mengajar anak-anak ada cabaran dan kesulitannya yang tersendiri. Apatah lagi bila diajar berkali-kali anak masih tidak mampu mengingati pelajaran yang diajar. Ketika itu, mulalah ibu ayah berasa marah-marah  dan anggap anak tidak belajar betul-betul.
Tapi tahukah anda, selain marah-marah adalah lebih baik kita belajar untuk mengurus emosi diri dan amalkan mengulang baca sepotong ayat yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat.

Cara uruskan emosi ibu ayah ketika bantu anak belajar
Terasa Sukar Ajar Anak Di Rumah, Ulang-ulang Baca Ayat Ni Agar Lebih Dipermudahkan!
1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai.
Terasa Sukar Ajar Anak Di Rumah, Ulang-ulang Baca Ayat Ni Agar Lebih Dipermudahkan!
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? .. Kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa ” Yang dikejar tak dapat.. Yang dikendong berciciran” Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool.
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat.. Berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah.. Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami.
Terasa Sukar Ajar Anak Di Rumah, Ulang-ulang Baca Ayat Ni Agar Lebih Dipermudahkan!
4. Mesti ada Komunikasi Yang baik antara ibu ayah dan guru. Cadangkan kepada orang yang tepat. Tidak akan berakhir kepenatan kita jika sekadar meluahkan secara umum di sosial media, malah menimbulkan pelbagai komen negatif dari natizen. Lain yang kita harap, lain pula yang kita dapat. Bincang elok-elok, cadang elok-elok.. Pasti Allah beri jalan keluar untuk kita.
Terasa Sukar Ajar Anak Di Rumah, Ulang-ulang Baca Ayat Ni Agar Lebih Dipermudahkan!
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI