“Terasa Nikmat Hidup Anak Depan Mata, Kita Tak Sibuk Kerja.” Hikmah COVID-19, AC Mizal Manfaat Masa Dengan Keluarga!

Share

Di sebalik apa yang berlaku dengan penularan wabak COVID-109 ini, rupa-rupanya tersembunyi seribu satu hikmah. Mungkin kita tak mampu pandang dalam mata kasar, namun percayalah ramai sudah menyedarinya.

Kalau dulu kita sibuk dengan urusan kerja sehingga alpa segalanya. Anak-anak sibuk dengan dunia mereka manakala ibu bapa pula sibuk mengejar kerjaya. Namun, memasuki seminggu Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu hingga 31 Mac ini dilaksanakan, banyak yang berubah.

Usah pandang dari sudut negatif semata-mata, tetapi lihat bagaimana dengan hubungan kekeluargaan yang kian erat. Waktu inilah ibu bapa dan anak-anak dapat meluangkan masa bersama, memasak, makan dan melakukan kerja rumah bersama-sama.

Itu antara bingkisan yang dikongsikan oleh pengacara terkenal, Datuk AC Mizal selepas dua minggu berada di rumah.

Akuinya, sebelum ini dia tidak membayangkan situasi ini akan berlaku kepada dirinya dan keluarga.

Setelah bertahun bekerja alhamdulllilah dapat berehat bersama keluarga tanpa memiirkan apa apa sbb semua mengalami nasib yang sama #juststayathome…terasa kenikmatan hidup bila anak anak ada depan mata dimana kita tidak sibuk bekerja dan anak anak tak sibuk kesekolah atau college.Ada hikmahnya covid19 ni…semua hal dunia direhatkan sementara dan peluang kita bersama keluarga menyembah Illahi.

Saya cadangkan ambil lah peluang ini untuk kita sama sama berehat dirumah bersama keluarga kerana setelah bertahun kita hidup kita diberi peluang selama 2 minggu bersama kelurga yang kita kasihi…kita belum tahu apa akan terjadi selepas ini kerana sebelum ini tak pernah termimpi pun kita terpaksa berada di rumah selama 2 minggu kerana serangan virus covid19.Mungkin keadaan akan kembali baik atau semakin teruk….

Jadi kalau inginkan KEADAAN KEMBALI PULIH sila lah ikut arahan Pihak Kerajaan kerana jika masaalah ini tidak dapat dibendung maka kita akan terus dikawal atau MUNGKIN dengan izin Allah keadaan akan kembali baik maka kita akan mulakan kembali kehidupan kita seperti biasa sibuk dengan kerja dan anak sibuk dengan hal mereka.

Kita akan kembali dengan kurang masa bersama keluarga.Jadi ambillah peluang keemasan bersama keluarga di rumah sendiri sebagai MASA REHAT YANG BERHARGA!

 

Sumber: Dato Ac Mizal Dac emyliadac