Di sebalik apa yang berlaku dengan penularan wabak COVID-109 ini, rupa-rupanya tersembunyi seribu satu hikmah. Mungkin kita tak mampu pandang dalam mata kasar, namun percayalah ramai sudah menyedarinya.
Kalau dulu kita sibuk dengan urusan kerja sehingga alpa segalanya. Anak-anak sibuk dengan dunia mereka manakala ibu bapa pula sibuk mengejar kerjaya. Namun, memasuki seminggu Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu hingga 31 Mac ini dilaksanakan, banyak yang berubah.
Usah pandang dari sudut negatif semata-mata, tetapi lihat bagaimana dengan hubungan kekeluargaan yang kian erat. Waktu inilah ibu bapa dan anak-anak dapat meluangkan masa bersama, memasak, makan dan melakukan kerja rumah bersama-sama.
Itu antara bingkisan yang dikongsikan oleh pengacara terkenal, Datuk AC Mizal selepas dua minggu berada di rumah.
Ads
Akuinya, sebelum ini dia tidak membayangkan situasi ini akan berlaku kepada dirinya dan keluarga.
Setelah bertahun bekerja alhamdulllilah dapat berehat bersama keluarga tanpa memiirkan apa apa sbb semua mengalami nasib yang sama #juststayathome…terasa kenikmatan hidup bila anak anak ada depan mata dimana kita tidak sibuk bekerja dan anak anak tak sibuk kesekolah atau college.Ada hikmahnya covid19 ni…semua hal dunia direhatkan sementara dan peluang kita bersama keluarga menyembah Illahi.
Ads
Saya cadangkan ambil lah peluang ini untuk kita sama sama berehat dirumah bersama keluarga kerana setelah bertahun kita hidup kita diberi peluang selama 2 minggu bersama kelurga yang kita kasihi…kita belum tahu apa akan terjadi selepas ini kerana sebelum ini tak pernah termimpi pun kita terpaksa berada di rumah selama 2 minggu kerana serangan virus covid19.Mungkin keadaan akan kembali baik atau semakin teruk….
Jadi kalau inginkan KEADAAN KEMBALI PULIH sila lah ikut arahan Pihak Kerajaan kerana jika masaalah ini tidak dapat dibendung maka kita akan terus dikawal atau MUNGKIN dengan izin Allah keadaan akan kembali baik maka kita akan mulakan kembali kehidupan kita seperti biasa sibuk dengan kerja dan anak sibuk dengan hal mereka.
Ads
Kita akan kembali dengan kurang masa bersama keluarga.Jadi ambillah peluang keemasan bersama keluarga di rumah sendiri sebagai MASA REHAT YANG BERHARGA!
Jika sebelum ini, kalau nak makan Nasi Arabn kena ke restoran atau kedai yang menjual. Apa tidaknya, menu yang satu ini sedikit ‘rumit’ nak buat. Malah, kena ada rempah khusus untuk membuatnya.
Tetapi kini tidak lagi, kalau ibu-ibu nak masak sendiri di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Norashikin Ismail . Cara yangh mudah tapi sedap. Tak perlu guna rempah yang jual di kedai pun. Siap suami puji sedap macam makan kat kedai. Jom kita cuba! Alhamdulillah betul² sedap resepi Nasi Arab nie .. tanpa guna rempah yang dijual pun ….resepi dari group nie jgk…Asben n ank² puji sedap & sama macam mkn kat kedai….terbaik resepi nie ….
Bahan untuk rebusan ayam & sup & Nasi
1 ekor ayam potong 4
1 biji tomato belah 4*
1 bji bawang besar belah 4@6*
1 sk jintan manis (biji)*
1 sk ketumbar (biji)*
2 sk lada hitam*
3 biji buah pelaga*
2 kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma ( saya guna 2sb )
Akar ketumbar
Garam
( Bahan² bertanda untuk rebusan ayam tak payah blend ye..masuk je macam tu .. nak kuah lebih tambah ckit bahan² ) Untuk nasi
Tumis bwg besar setgh bji mayang*
halia seinci & 3 sekwn*
2sb mentega *
Air rebusan ayam
1 cwn beras 1 1/2 cwn air ( Basmathi )
Garam
– tumis semua bahan* diatas masukkan dalam beras yg siap dicuci tambah air rebusan ayam & daun ketumbar … Ambil ayam yg direbus masukkan sekali dalam nasi . Sambal arab
Cili api & cili merah
Tomato
Bwg putih
Daun ketumbar
Garam & Gula
(Blend + jus lemon) Salatoh
Timun dadu
Tomato dadu
Bawang besar dadu
Garam & Gula
( Satukan semua perah lemon ) Ayam yg nk versi bakar ( Sya lebih suka versi msuk dlm nasi..lembut sgt isi
Serbuk kari
Serbuk cili
Sos tiram
Garam
Brown sugar / madu (saya guna madu)
Minyak masak (2 sdb)
( Perap ayam seketika & bakar dlm oven dgn suhu 150°c selama 20-30 mnit )
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian video oleh dramatis terkenal Erra Fazira mengundang perhatian ramai. Erra Fazira menyahut cabaran yang trending di laman TikTok iaitu #dayinmylifechallenge.
Di dalam video tersebut, Erra berkongsi rutin hariannya sambil di dengari anaknya, Engku Aleesya. Apa yang melucukan adalah reaksi Aleesya yang akhirnya membuat rahsia Erra Fazira terbongkar.
Video pendek berdurasi 2:05 minit itu dimuat naik menerusi Instagram Erra Fazira , menyaksikan gelagat comel dua beranak ini.
Untuk memenuhi cabaran #dayinmylifechallenge ini, Erra Fazira menceritakan rutin harian yang dilakukannya setiap hari di hadapan Engku Aleesya sehingga membuatkan anaknya itu ketawa kelucuan.
Saya bangun pukul 6 pagi. Kita solat Subuh dulu, lepas solat Subuh saya akan pergi ke pasar untuk beli barang sarapan. Lepas tu terus siapkan sarapan sebab nak siapkan makanan untuk Aleesya. Dah buat sarapan, I pergi jogging.
Aleesya dilihat cuba menahan tawa mendengar cerita tersebut. Malah, dia turut menafikan rutin harian yang dikongsikan mommynya.
Don’t do that Mom. You wake up Subuh then you sleep like 10 more minutes then go back to sleep. At 10 am, you wake up, you shower then go downstairs, you wait for me to finish class. Don’t do that mom, you so fake on camera.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.