Kehilangan insan yang tersayang ibarat separuh jiwa dibawa pergi bersama. Bukan mudah menerima kenyataan orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Apatah lagi perginya sekelip mata sahaja. Bukan tidak reda namun hati belum boleh menerima sepenuhnya. Lebih memilukan bila mana anak-anak kecil yang belum mengerti mula bertanyakan di mana ibunya.

Inilah situasi yang dialami oleh saudara Khairul Abdullah bila mana istyeri yang disayang dijemput Ilahi. Dalam perkongsian terbarunya, lelaki yang terkenal dengan gelaran Super Daddy ini memuat naik gambar arwah isterinya bersama anak bongsunya. Nukilan ini membuatkan ramai tersentuh hati.
“Terasa menunggu isteri balik outstation yang lama. Rindu.”  Mampu Urus 3 Anak Kecil Lepas Kematian Isteri, Sebak Luahan Lelaki Ni!Anak bongsu aku ni paling mirip mak dia.
Keduanya kongsi banyak ciri yang sama. Senyum dan gelak hampir sama terutamanya bila gelak besar, sebijik copy mak dia.
Budak kecik ni paling rapat dengan aku.
“Terasa menunggu isteri balik outstation yang lama. Rindu.”  Mampu Urus 3 Anak Kecil Lepas Kematian Isteri, Sebak Luahan Lelaki Ni!Dia tak punya ingatan dan memori bersama mak dia. Dia cuma kenal melalui gambar dan video. Dia tak merindu mak dia macam abang-abang dia.
Dia cuma tahu aku, ingatan dia hanya berkisar pada aku sahaja. Bila dia dah mula bercakap dan pandai mengingat, hanya aku sahaja yang ada setiap masa dengan dia. Jadi aku adalah ‘everything” buat dia.

Ads
Ads
Ads

Tapi bagi aku, dia adalah “everything” yang ditinggalkan oleh arwah mak dia untuk aku. Tengok senyum dia sudah cukup buat hilang rindu aku.
Selepa mak dia meninggal orang mula tanya, pada siapa nak aku serah bayi kecil yang baru berusia 7 bulan ini. Mana mampu aku sebagai lelaki membesarkan bayi sekecil itu.
Ohhh, tidak sama sekali aku bagi pada sesiapa pun.
“Terasa menunggu isteri balik outstation yang lama. Rindu.”  Mampu Urus 3 Anak Kecil Lepas Kematian Isteri, Sebak Luahan Lelaki Ni!Anak aku, darah daging aku, amanah aku, tanggungjawab aku. Tak sesekali aku bagi pada sesiapa walaupun mak aku sendiri apatah lagi orang lain.
Aku dah janji dengan mak dia yang aku akan jaga dengan dua tangan aku sendiri. So, I keep my word. Dah lebih 2 tahun dah pun aku besarkan dia dan abang-abang dia bersendirian.
It’s tough, but it’s ok.
“Terasa menunggu isteri balik outstation yang lama. Rindu.”  Mampu Urus 3 Anak Kecil Lepas Kematian Isteri, Sebak Luahan Lelaki Ni!Cuma sesekali aku terasa seperti sedang menunggu isteri aku belum balik dari out station yang sangat lama.
Aku rindu.
#superdaddy

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI