Terapi Sihat Dengan BUNGA, Floria Diraja Pasti Buat Isteri Hilang Stress, Suami Take Note Ya!

Share

Kes-kes kemurungan yang membelenggu wanita hari ini semakin membimbangkan. Gagal menguruskan tekanan diri antara penyebab kemurungan teruk yang melanda para isteri.

Tak perlukan wang dan modal yang banyak untuk gembirakan hati isteri. Belikan bunga sekuntum untuk isteri pun sudah memadai. Isteri rasa nak lompat bintang. Hati rasa berbunga riang. Betapa hari itu hari paling bahagia, dapat gembirakan mood dan rasa seorang isteri. Tak susah kan?

Jika isteri sukakan bunga ada baiknya suami sambung aktiviti untuk gembirakan hati isteri dengan berkunjung ke Floria Diraja yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini.

Mood wanita walau tengah sedih, bila lihat sahaja bunga-bungaan penuh warna-warni pasti buat hati isteri gembira. Jadi suami kenalah bawa isteri dan anak-anak ke sini. Barulah ceria seisi keluarga.

Apa uniknya Floria Diraja kali ni? Ni anda kena tahu.

10 Tahun Kegemilangan Floria
Diam tak diam, Floria, Festival Bunga dan Taman yang merupakan acara tahunan di Putrajaya ini sudah pun masuk tahun kali ke 10 anjurannya.

Penganjurnya, Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan sokongan Kementerian Wilayah, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta Tourism Malaysia kali ini menawarkan lebih kegembiraan buat semua pengunjung.

Bakal berlangsung pada 25 Ogos hingga 2 September ini, Floria kali ini lebih istimewa kerana bakal berlangsung sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Berlokasi di Anjung Floria Event Centre, Presint 4, Putrajaya, Floria menyenaraikan lebih 400, 000 pokok dari pelbagai jenis spesis dan kultivar bunga-bungaan.

Antara bunga yang dipamerkan adalah bunga raya, orkid, Heliconia, ros, bunga kertas, Begonia, Lily, Kekwa dan banyak lagi. Jadi dapatkan isteri dan anak-anak bergambar di sini. Mengabadikan detik indah dengan bunga-bungaan pasti buat hilang rasa stress.

Soft Launch Floria Diraja Putrajaya yang berlangsung semalam dirasmikan oleh YB Tuan Haji Khalid Abd Samad, Menteri Wilayah berlangsung dengan cukup meriah. Menurut kata beliau, Floria kali ke 10 ini tambah meriah dengan penajaan beberapa syarikat gergasi yang cukup hebat.

Floria kali ini dibahagikan kepada beberapa komponen yang antaranya seperti Wonder Garden, Miniature Garden, Disigner Boutique Garden dan banyak lagi. Paling menarik pengunjung akan berada seperti di alam ‘wonderland’ kala melepasi ‘Meadow’, hamparan bunga pelbagai warna. Hebat!