Tepung jagung tidak sekadar digunakan sebagai bahan masakan tetapi tepung jagung mempunyai pelbagai kegunaan lain. Umumnya ramai antara kita hanya terbiasa menggunakan tepung jagung untuk membuat kuih atau dijadikan ramuan gorengan agar adunan lebih ranggup.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya tepung jagung juga sesuai untuk digunakan sebagai bahan pembersih. Nak tahu lanjut, di sini ada 10 kegunaan lain yang boleh dimanfaatkan oleh kita semua.
- Hilangkan bau kasut
Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan.
2.Pudarkan kesan kotoran pada fabrik
Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air. Lapisi permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudiannya tanggalkan lapisan tepung jagung.
3.Bersihkan kesan air kencing bayi
Bersihkan kesan atau sisa air kencing bayi mahupun haiwan dengan melapisi permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung dan juga air. Biarkan ia mengering dan sental atau gunakan vakum.
4.Kilatkan kuali
Semasa anda memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.
5.Bersihkan kesan lumpur
Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.
6. Pelembut kain
Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa anda.
7.Pengilat perabot
Jika anda ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilat anda. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu anda.
8.Hilangkan kesan minyak
Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding anda, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.
9. Bahan pembersih
Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.
10. Hilangkan kesan contengan
Jika terdapat contengan krayon pada dinding anda, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.
Sumber: Petua ibu