Tepung jagung tidak sekadar digunakan sebagai bahan masakan tetapi sesuai juga untuk kegunaan lain.
Banyak cara kita boleh gunakan bahan dapur untuk tujuan pembersihan, berikut ialah dengan menggunakan tepung jagung:
1.Penyerap bau
Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan.
2. Hilangkan kotoran fabrik
Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air.
Caranya mudah : Lapiskan permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudian tanggalkan lapisan tepung jagung dan barulah dicuci seperti biasa.
Ads
3. Hilangkan bau hancing
Bersihkan kesan atau sisa air kencing haiwan dengan melapikkan permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung dan juga air.
Biarkan ia mengering dan barulah dicuci dengan air.
4. Kilatkan perkakasan memasak
Semasa memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.
Ads
5. Pembersih kulat
Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.
6. Pelembut kain
Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa anda.
7. ‘Sahabat’ perabot
Ads
Jika anda ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilap anda. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu anda.
8.Singkirkan kesan minyak
Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding anda, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.
9.Ejen scrub
Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.
10. Hilangkan kesan contengan
Jika terdapat contengan krayon pada dinding anda, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila bergelar suami isteri tentunya pelbagai perkongsian hidup dilakukan bersama. Dalam pada itu, apabila usia perkahwinan makin bertambah maka tanggungjawab juga turut bertambah dengan komitmen membesarkan anak-anak. Isteri dulunya cantik padangan mata, namun kesibukan menguruskan anak-anak membuatkan diri tidak terurus.
Perkongsian Taufiq Razif mengenai perlunya suami bersikap ringan tolong membantu isteri amat penting bagi memastikan rumahtangga makin bahagia dan hubungan ini pastinya makin sweet! Ikuti perkongsian ini.
Wajah Isteri Comot Macam Lukisan Ni?
Serius isteri saya kadang-kadang lebih comot daripada lukisan ni. Wajah berminyak, muka redup dan berkain batik lembap penuh dengan jeluak susu basi anak!
Pernah juga saya merungut dalam hati ” awat laaaa comot sangat??? Tak sayang suami ke sampai comot taraa ni “
Yang peliknya suatu hari tu semua comot isteri saya ni tiba-tiba bertukar!
Senyumnya yang dulu tawar hambar kini dah mula manis dan mekar. Kain batik yang dulunya masam kini dah bersih dan semerbak. Wajah yang dulunya redup dan kusam dan dah ceria dan penuh senyuman!
Pelik la saya kan!
Bila gali punya gali rupanya yang isteri saya berubah kerana saya yang MULA BERUBAH!
Bila saya dah mulai rajin tolong dia jaga anak, kemas rumah, rajin mendengar keluhan dan paling penting banyakkan sikit nafkah bulanan daripada kebiasaan, kepenatan yang terbeban selama ni tu mulai ringan dan menghilang.
Kita sendiri pun kalau tertekan dan kepenatan, muka jadi masam, mood tak stabil dan akhirnya jadi serabut kan?
Sama la juga dengan pasangan kita. Tu je sebenarnya rahsia nak ubah pasangan. Kita ubah je dulu benda paling mudah dan paling dekat dengan kita.
Apa tu?
DIRI KITA SENDIRI!
Isteri kita macam lukisan yang saya buat ni la. Nampak comot kalau tak berseni, bernilai ribuan ringgit pada yang pandai menghargai.
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.
Trend memilih nama malaikat juga dilihat semakin popular kini namun adakah ia boleh digunakan? Ini pandangan Mufti Wilayah Persekutuan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Mufti Wilayah Perseketuan, hukumnya adalah HARUS menamakan anak dengan mana-mana nama para malaikat.
Pun begitu, MAKRUH untuk empat nama malaikat iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
“Menamakan anak dengan nama para malaikat hukumnya adalah harus, kecuali nama-nama yang sinonim dengan nama malaikat, iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
Adapun nama-nama lain bagi malaikat yang turut biasa digunakan oleh orang ramai seperti Malik dan Ridhwan, maka tiada kemakruhan padanya.
Terdahulu, terdapat perbalahan dan pendapat seorang pengguna media sosial yang berkongsi mengenai perkara tersebut selepas seorang selebriti menamakan anaknya dengan nama Muhammad Jibril.
Mengandung seorang anak pun cukup menguji kekuatan dan emosi seorang wanita, tapi bayangkan jika ada 3 janin di dalam kandungan?
Pastinya sedikit letih membawa perut, namun begitulah rezeki terindah yang dirasai wanita bernama Puan Nur Habis Hairani ketika mengandungkan 3 bayi kembarnya.
Terdahulu melalui laman sosial TikTok, dia pernah tular setelah bergurau tentang cara jalannya sama seperti penguin gara-gara membawa perut yang besar.
Ketika membuat majlis gender reveal sekitar Julai lalu pula, ibu bapanya juga sangat teruja memandangkan keluarga mereka belum pernah mempunyai cucu perempuan.
Nervous tak tau nak habaq…Berbeza dengan bersalin anak-anak sebelum ni…Mai serah diri dengan gembiranya. 2 hari lalu, gambar perut sarat Puan Hanis dalam menunggu tempoh masa bersalin cukup mengujakan ramai.
Berbeza dengan pengalaman melahirkan 2 anak lelaki sebelum ini, dia akui sedikit gemuruh untuk mengeluarkan triplets yang dinanti-nantikan mereka sekeluarga.
Doktor on oxygen dulu sat untuk pantauan …Mommy tak dapat tengok depa lagi Disambut oleh seorang petugas kesihatan bernama Dr Nazman, wanita anggun ini akhirnya selamat melahirkan 3 bayi kembar melalui kaedah czer.
Jelasnya lagi, kembar pertama dan kedua adalah berjantina perempuan, manakala kembar ketiga adalah baby boy.
Cuti sekolah yang sudah bermula sejak Sabtu lalu memberi peluang kepada ibu bapa untuk mencipta momen bersama anak-anak. Selain merangka percutian bersama anak, ada baiknya kita pastikan anak-anak dalam keadaan baik dan sihat.