
Sekiranya anak teringin hendak makan pancake pisang dan dalam masa yang sama stok tepung habis pula di rumah. Jadi usah kecewakan keinginan anak, apa kata anda cuba menyediakan dengan resipi istimewa ini yang dikongsikan oleh Yanie Rosdi di akaun facebooknya.
Cara membuatnya cukup mudah dan yang paling penting adalah unik sebab tidak menggunakan tepung! Selamat mencuba.
RESEPI RINGKAS PANCAKE PISANG TANPA TEPUNG
Cuti sekolah ni takde idea boleh cuba resepi ringkas ni.
Anak-anak pasti sukakan pancake pisang ni. Mak-mak yang tengah diet pun boleh juga layan sebab hanya guna pisang dan telur sahaja.
Bahan-bahan :
3 biji pisang
2 biji telur
Satu sudu madu
Langkah 1 : Lenyek pisang bersama telur sehingga sebati @ boleh juga gunakan blender untuk hancurkan bahan tadi.
Langkah 2 : Masakkan dengan non-stick pan dan guna api perlahan sahaja.
Langkah 3 : Setelah siap boleh curahkan satu sudu madu. Sesuai juga dihidangkan bersama ais krim.
Selamat mencuba.
sumber : Yanie Rosdi
3 Cara Berbeza Hasilkan Nasi Impit. Boleh Pilih Mana Satu, Untuk Masak Raya Haji Ni!

Kata orang, buat sendiri nasi impit sendiri lebih puas hati. Selain rasanya lebih enak, tekstur nasi impitnya juga lembut dan lebih original dan lambat pula basinya. Jadi apa kata sempena sambutan Raya Haji kali ini, kita hidangkan nasi impit yang disediakan sendiri.
Sebelum itu, boleh lihat 3 teknik berbeza untuk menyediakannya.
“Hari ini sy nk tunjuk cara sy buat nasi impit..mcm mne nk sukat beras tu..klo buat cara ni jgn risau xkan keras…lembut gebu gebas je nasi impit korang…jom kite chekedoutt…“-Nooridura Abdul Rashid
Cara penyediaan:
1. Masukkan beras separuh dalam plastik dan lipat ye bagi lebih sikit plastik tu. Lipat plastik yg lebih tu n stapler.
2. Lubangkan plastik dengan menggunakan lidi satay.
3. Basuh beras dan kemudian masukkan setitik pandan flavor. Jika ada daun pandan pakai la, jika ada daun kelapa lagi syok.
4. Masukkan garam ikut sukatan dan rebus sampai masak.
Tip : Saya rebus 2 jam sebab nak bagi tahan lama sikit.
Manakala ini pula cara Puan Raihana Hazali untuk menyediakan nasi impit yang lembut.
Ambil 3 sudu besar beras (setakat ni saya pakai cap rambutan), kemudian masukkan ke dalam plastik berukuran 4×6 dan gamkan plastik nasi impit 1.5 cm jaraknya. Kemudian ambil jarum piniti untuk hasil kan lobang pada nasi impit depan dan belakang plastik.
Dan banyak-banyak yang dikongsikan, ini antara yang paling nostalgia sekali. Susah nak jumpa sekarang ni dan ianya telah dikongsikan oleh Fahani Nor.
Petua Goreng Ikan Tak Melekat, Meletup & Rangup Yang Mungkin Ramai Tak Tahu. Mak-Mak Patut Cuba Ni!

Ikan memang sedap bila digoreng. Tetapi ada satu masalah yang sering dialami oleh kaum ibu di dapur tatkala menggoreng ikan. Sama ada ia melekat di kuali atau meletup-letup semasa menggoreng.
Ikan goreng, tak kiralah ikan keli, kembung, siakap, bawal dan sebagainya, memang sedap apabila diratah. Namun, nak mendapatkan ikan goreng yang sempurna kalau tak tahu caranya. Lebih-lebih lagi ikan yang berlendir seperti ikan keli. Memang meletup-letup la jawabnya!
Itu belum bab kulit ikan yang digoreng akan melekat pada kuali. Bila diangkat, habis isinya hancur. Berikut dikongsikan petua goreng ikan tak melekat di kuali, tidak meletup dan tidak hancur isinya.
Petua Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali Dan Tak Meletup.
Cuci Ikan Sebelum Menggoreng
Antara punca utama ikan meletup-letup semasa menggoreng adalah kerana ia masih mempunyai banyak cairan di dalamnya, seperti ikan keli yang berlendir.
Dua cara untuk membersihkan ikan yang berlendir:
Gunakan limau nipis dan sedikit garam halus.
Gunakan tepung gandum untuk mencuci ikan. Disarankan juga untuk perap ikan dengan tepung gandum lebih kurang 15 minit.
Dengan kaedah ini bau hanyir ikan juga dapat dikurangkan selain menghilangkan lendir.
Perap Ikan Sebelum Menggoreng
Setelah dicuci bersih, disarankan untuk memerap ikan dengan asam jawa supaya isi lebih enak dan tidak melekat. Asam jawa juga dapat memejalkan isi ikan. Jadi, tidaklah ia berderai dan meletup-letup semasa menggoreng.
Perapan asam jawa ini selalunya dilakukan kepada ikan yang kurang segar atau yang sudah lama berada di freezer.
Panaskan Kuali
Terlebih dahulu, panaskan kuali sebelum menuang minyak. Setelah menuang minyak, pastikan minyak cukup panas sebelum memasukkan ikan.
Uji kepanasan minyak dengan beberapa butir beras atau keropok. Sekiranya ia menembang dengan cepat, ini bermaksud minyak dah cukup panas dan sedia untuk menggoreng.
Jangan biar terlalu lama dan minyak terlalu panas kerana ia akan membuatkan ikan garing di bahagian luar tapi tidak cukup masak di bahagian isi dalam. Minyak yang terlalu panas juga boleh membuatkan kulit ikan melekat di kuali.
Minyak Yang Banyak
Penggunaan minyak yang banyak membuatkan ikan mengembang dengan baik dan dapat mengelakkan ikan dari menyentuh dasar kuali. Ini sedikit sebanyak mengelakkan kejadian ikan melekat di kuali ketika menggoreng. Dengan itu, ikan akan masak di semua bahagian dengan sekata.
Bahan Salutan
Kepada yang suka hasil gorengan yang rangup, bolehlah gunakan tepung beras untuk meyalut ikan. Salutan membantu mengelakkan ikan melekat di kuali. Boleh juga gunakan kunyit untuk menyalut ikan.
Salah satu lagi cara untuk mendapatkan gorengan yang rangup adalah dengan mencelupkan ikan ke dalam celupan telur. Kemudian salutkan dengan tepung atau serbuk roti sebelum di goreng.
Petua Orang Lama Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali
Menurut orang-orang lama, beberapa bahan berikut boleh mengelakkan ikan dari melekat ketika menggoreng:
Asam Keping – goreng beberapa keping asam keping terlebih dahulu sebelum mesaukkan ikan.
Garam – taburkan sedikit garam ke dalam minyak panas, kemudian goreng ikan seperti biasa.
Halia – gorengkan beberapa keping halia sebelum menggoreng ikan.
Kulit bawang – Masukkan kulit bawang semasa menggoreng ikan.
Bungkus Daun Pisang
Untuk ikan yang bersaiz besar, anda boleh bungkuskan dengan daun pisang semasa menggoreng.
Caranya mudah. Terlebih dahulu bersihkan daun pisang. Balut ikan dan goreng dalam minyak panas seperti biasa. Daun pisang berfungsi untuk menyerap panas dan mengelak dari ikan meletup-letup semasa menggoreng. Bila cukup masak, daun pisang akan terlerai dengan sendirinya. Hasil masakan juga akan lebih berbau wangi.
Penutup Periuk
Sediakan penutup periuk berdekatan untuk menutup kuali jika anda bimbang minyak akan terpercik. Kecilkan api sebelum membuka penutup masa nak terbalikkan ikan.
Diingatkan supaya berwaspada ketika nak membalikkan ikan, agar ia cukup masak terlebih dahulu. Jangan terlalu awal dan terlalu lambat. Sekiranya diterbalikkan berkali-kali, ikan boleh pecah dan isinya berderai.
Selamat Menggoreng
Dengan beberapa kali percubaan, anda pastinya akan berjaya mengoreng ikan dengan baik. Semoga dengan petua ini, anda akan mahir mengoreng apa jua jenis ikan dengan baik.
Sumber: Sehinggit
Tak Mahu Kulit Wajah Bermasalah, 5 Makanan Ni Dr Sarankan Wajib Pantang!

Hakikatnya, penjagaan kecantikan dan kesihatan kulit bermula dari dalam menerusi apa yang dimakan. Pun begitu ramai antara kita mengeluh bila keadaan kulit tidak seperti yang diidamkan.
Telahan mereka dengan menggunakan produk kecantikan sudah memadai untuk mendapatkan kulit cantik sedangkan mereka lupa, anda adalah apa yang anda makan dan makanan juga sering dikaitkan dengan kesihatan dan kecantikan tubuh badan.
Bahkan Dr Rizal Abu Bakar turut berkongsi ada beberapa jenis makanan yang sebenarnya jika diambil boleh memberi kesan pada kulit dan disenaraikan ada 5 makanan yang perlu dielakkan diambil untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
5 MAKANAN PANTANG PADA KULIT
1. Gula putih – umpama baja untuk jerawat. Elakkan saka ini andai mahu kulit bebas jerawat dan jeragat.
Kill sugar before it kills your skin !
2. Minuman berkafein – kafein dehidrasikan kulit. Hilangkan air. Akibatnya kulit jadi kusam, berkedut dan gelebeh.
3. Tenusu – orang putih sebut dairy product. Ini juga punca munculnya bintik bintik merah pada wajah.
4. Processed Food – Wajib masukkan dalam kategori makanan haram makan.
Dalam processed food ada gula tersembunyi, pewarna, perasa tiruan, pelembut makanan, pengental makanan dan macam-macam ‘pe’ lagi yang sangat baik untuk burukkan kulit.
5. Shellfish – Cuba elakkan ambil makanan laut berkulit keras dan bercengkerang seperi ketam dan udang.
Bandingkan dengan zaman makan dahulu dengan selepas tidak makan. Lihat hasil.
Kecantikan terbina dari dalam. Apabila dalamnya baik, terserlah hingga ke luar.
Mahu cantikkan yang dalam, pastikan diet yang diambil sesuai dengan keperluan tubuh.
Sumber : Dr Rizal Abu Bakar
ARTIKEL MENARIK : Cara Kurangkan Air Bah Masuk Rumah, Begini Lelaki Ni Buat Bila Tiap-Tiap Tahun Hadapi Banjir!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Kereta Ditenggelami Banjir, Ada Perkara Perlu Buat Untuk Minimakan Kos Baik Pulih!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club