Mendidik anak-anak bukan satu tugas yang mudah. Apatah lgai di zaman yang serba mencabar ini. Kalau ibu bapa zaman dahulu, belum terdedah dengan teknologi seperti mana sekarang, anak-anak mudah mengikut kata.
Malah, anak-anak dahulu pantang nampak rotan, semuanya menikus. Tetapi kini sudah berbeza. Namun, tidak bermakna ibu bapa lepas tangan dalam mendidik anak-anak. Kena bijak mengambil hati mereka dan dalam masa yang sama, anak-anak tetap hormat dan mendengar kata.
Saudara Ammar Kamilinberkongsi teknik jika mahu meminta anak-anak untuk membantu kerja-kerja di rumah.
Ada satu perbuatan kecil yang jika diamalkan, ada kesan besar dalam mendidik anak-anak.
Kita mungkin sudah mengamalkannya, tetapi tak perasan itu adalah amalan yang baik.
Atau, jika belum, saya ceritakan pagi ni.
Saya panggil teknik ini, ‘sentuhan pengaruh’.
Ada dalam beberapa hadith menunjukkan Nabi Muhammad sendiri mengamalkan perbuatan ini bagi tujuan mendidik sahabat.
Apabila kita mahu meminta anak-anak untuk membantu kerja-kerja di rumah. Selalunya, kita mungkin memanggil dan memberi arahan terus kepada mereka.
Mulai hari ini, tambah baik cara itu dengan teknik ‘sentuhan pengaruh’.
1. Panggil anak.
Ads
2. Apabila dia sudah di depan kita, pegang tangannya atau tepuk dan lekat terus tangan kita di bahu mereka.
3. Pandang wajah mereka, berikan arahan, “Iman, tolong abah vakum rumah ya.”
4. Selepas mereka angguk, lepaskan sentuhan.
Teknik ‘sentuhan pengaruh’ digunakan dalam langkah ke-2.
Dalam kelam kabut, banyak perkara nak diselesaikan di rumah, biasanya arahan hanya diberi melalui jeritan jarak jauh.
Cara begitu, mudah dianggap sebagai ‘paksaan’.
*****
Sama seperti kita di pejabat.
Ads
Hari ini semakin teruk. Arahan dikeluarkan hanya melalui whatsapp. Tiada lagi ‘mutual respect’ seperti dulu.
Saya ingat, awal bekerja tahun 2000 dulu. Setiap kali ada tugas baru, pegawai atasan saya ketika itu akan panggil dan tepuk di bahu sambil berkata, “Eh, kita ada task baru ni. Awak tolong saya boleh?”
Perbuatan tepuk bahu itu mudah. Tapi, bukan semua orang boleh buat.
Bagi saya, sentuhan itu magik.
Seorang yang tinggi levelnya, sentuh kita. It’s something!
Susah sangat nak faham, bayangkan Tun M lalu depan kita dan bersalam. Tak cukup itu, tiba-tiba dia tepuk bahu kita!
Wow, imagine that. Coat yang dipakai tu, confirm masuk frame, gantung di rumah.
Ads
*****
Perasaan sama ada pada anak-anak. Apabila ibu bapa meminta bantuan, sambil sentuh mereka. Itu sangat besar.
Sentuhan seperti tepuk bahu, tekap tapak tangan ke dada, pegang pipi, itu semua magik. Perbuatan mudah, tapi impaknya besar.
*****
Ok, sikit lagi ya. Nak reveal rahsia orang berpengaruh.
Apabila kita bersalaman, mereka akan sentuh lengan atau siku kita. Cuba perhati selepas ni.
Nampak macam benda biasa.
Itu adalah tanda, dia sedang sentuh ‘butang akrab’ kita.
Jika kita rasa selesa, itu tanda dia boleh masuk atau ngam dengan kita.
Dapat sesuatu?
Jangan lupa praktis pada anak. Sebaiknya, sejak kecil ni. Insya Allah, hati mereka mudah ditakluki.
Kehadiran cahayamata menjadi penyeri buat pasangan suami isteri. Setiap hari perkembangan anak bagaikan momen yang amat manis.
Bagi pasangan yang pertama kali mempunyai cahayamata, sudah tentu teruja dengan apa jua aksi anak tersayang.
Begitulah detik manis yang dilalui pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza, yang bersama anak sulung mereka, Isaac Raees.
Menerusi perkongsian, terbaru di Instagram miliknya, Zahirah meluahkan rasa teruja apabila hari ini anaknya telah berusia tiga bulan. Lebih menarik apabila buat pertama kali anaknya mula ketawa.
Begitulah sikap wanita apabila sudah bergelar ibu.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, peminat Zahirah kelihatan juga teruja melihat perkembangan permata hati selebriti terkenal ini. Antara komen adalah;
“Pejam celik 3 bulan dah. Moga membesar dgn sihat ya isaac.”
“cheeky nya muka dia.. suka smile.”
“Wow.. Dagu dia.”
“Eeeeeeii gerammm cutee laa isaac niii 😍❤ kalau dpt kat aunty ni nak gomol ii je diaaa🤭”
“Awww…comel nyer…senyum tu tak tahan tu…mahallll”
Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu. Pada 5 Januari 2021, anak sulung dilahirkan di Perth, Australia.
Setiap ibu bapa,inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran. Tanpa mengira latar belakang keluarga itu sama ada daripada pendapatan tinggi atau rendah, masing-masing inginkan berharap anak-anak mendapat peluang pembelajaran yang sempurna untuk masa depan yang lebih cemerlang. Ia termasuk peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Baru-baru ini, syarat kemasukan SBP yang mengutamakan kepada golongan B40 ini telah memberi impak yang positif kepada warga ini. Walaupun mendapat pelbagai reaksi, namun hakikatnya ia mempunyai banyak memberi manfaat. Melalui perkongsian dilaman facebooknya sebentar tadi, Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik melahirkan rasa terharu, apabila dapat membantu mengembalikan syarat SBP kepada warga B40 dan berharap generasi ini masa akan datang dapat membantu keluarga ke arah kehidupan yang lebih baik.
Saya tidak pernah menyangka, mengembalikan SBP kepada warga B40 adalah keputusan paling penting yang pernah dibuat semenjak saya masuk ke pejabat 8 bulan yang lalu.
Bumiputera yang kurang berkemampuan akhirnya mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti, untuk membantu mengubah sosio-ekonomi keluarga mereka di masa depan.
Untuk keluarga berpendapatan kurang dari RM1000, lebih dari 800 murid yang ditawarkan pada kemasukan kali ini bakal mengubah nasib keluarga mereka, untuk 10 tahun ke hadapan. Manakala untuk keluarga berpendapatan kurang dari RM4000 pula, lebih dari 4000 murid ditawarkan tempat.
Bayangkan lebih dari 5000 keluarga, sebahagian besarnya adalah Bumiputera, bakal keluar dari kelompok B40 kerana diberikan peluang serta akses kepada pendidikan yang lebih baik dalam jangka masa 10 tahun ke hadapan.
Mereka ini, yang saya temui menjual maruku di kaki lima, yang menjual ikan di pasar, yang menoreh getah, sehinggalah yang cuma menternak ikan keli; mengucapkan terima kasih kerana membenarkan anak-anak mereka masuk ke sekolah berasrama penuh di seluruh negara. Mereka sangat bersyukur kerana anak mereka dapat masuk ke SBP.
Dan saya takkan lupakan senyuman mereka ketika bersalaman dengan saya.
Kerana saya percaya, di mata mereka, masa depan yang lebih cerah akhirnya mengetuk pintu rumah masing-masing.
Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ajal maut, jodoh pertemuan asemuanya rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa yang dapat menghalang andai kematian itu tiba. Namun, sebagai manusia biasa, kita seharusnya redha dengan ketentuan tersebut kerana itu semua adalah takdir daripada Maha Kuasa.
Kisah yang dimuat naik oleh saudara Mohd Shari Saidin cukup menyentuh hati. Dalam satu hari, keluarga ini kehilangan dua insan yang disayangi. Namun mereka redha dengan apa yang berlaku.
Ibu yang disayangi dijemput ilahi dan sejam kemudian abang pula menyusul tanpa sebarang petanda.“Hanya selepas sejam selesai kebumikan mak abg sulung kami Shuhaimi Saidin (berbaju melayu biru dlm gambar) turut dijemput pergi buat selamanya.”
Xda sebarang tanda pun abg akan pergi tnggalkan kami, tnggalkan isteri, tnggalkan 5 org cahaya mata yg masih kecil, masa kebumikan mak abglah org yg paling kuat, abglh org yg paling tenang.
Seperti tidak percaya, apa yg berlaku bagaikan mimpi, kisah yg terjadi ibarat drama tv yang telah disusun atur perjalanannya…
Kisah duka keluarga kami bermula ptg selasa 23.6.2020 apabila mak mengadu sakit dada, kami terus bawa mak ke klinik besar kangar sbab time tu dh pukul 5 lebih, klinik terdekat dh tutup. Pagi tu mak okey ja, siap boleh pi kedai, bjalan bsembang kt rumah jiran. Mak mmg dh ada darah tinggi, kencing manis & kolestrol tinggi.
Sampai di klinik kangar doktor check bacaan jantung mak xberapa cantik, mak terpaksa ditahan ward HTF Kangar. Hari pertama di ward mak jadi bselera makan, tidur pun lena, sblmni kat rumah mak x mcm tu, makan xbrpa selera, payah nk tidur.
Hari kedua rabu 24.6.2020 mak makin ceria, muka pun dh makin berseri, dh x mgadu sakit dada dah. Mak masih diberi ubat cair darah oleh doktor. Hari kedua ni ptg dlm jam 4 cmtu abg sulung kami dari manjung sampai kt hospital & terus ziarah mak, lepas ziarah tu baru abg balik ke rumah mak. Abg balik dgn menbawa isteri & 4 org anaknya, anak yg sulung form5 & tnggal dgn opahnya di Kuala Kangsar, abg xsempat utk snggah ambil dia.
Hang Kena kuat Dik
Hari ketiga khamis 25.6.2020 mak semakin pulih, ubat semua mak makan dgn baik, mak ceria sbab plan awal doktor janji harini mak dah boleh keluar ward tapi ptg doktor check semula jantung mak bacaan kembali x normal, doktor ckp saluran jantung mak ada sedikit tersumbat, doktor xbenarkan mak balik sbab nk pantau lg.
Hari keempat jumaat 26.6.2020 lebih kurang jam 5.30 ptg mak xda dalam tidur, kami anak beranak hnya tnggalkan mak sekejap, sampai jiran katil sebelah & depan mak pun xsedar mak hembuskan nafas terakhir waktu mana. Mmg dh tertulis mak nak pergi tanpa kami anak beranak disisi. Aku sangat lemah, jantung aku berdegup kencang, nafas aku bagaikan tersekat, aku terpaksa diberi bantuan oksigen oleh nurse. Masa ni abglah org yg paling tenang, dia dtg dekat aku, dia tepuk² blkg aku & ckp kt aku hang kena kuat dik, jang lemah, kuat! kuat! Xsangka kata² itu petanda yang dia akan memberikan tanggungjawab besar kt aku.
Tak tidur berjaga malam
Mak pergi di hari jumaat yg penuh keberkatan, dlm keadaan yg kami langsung xjangka, mak sangat ceria haritu, seperti xda apa yg berlaku. Jenazah mak jangka dpt dikebumikan hari itu juga selepas solat isya. Tapi apakan daya kita merancang Allah yang menentukan, jenazah mak xdpt disimpan mlmtu oleh sebab hujan. Jenazah mak dibawa pulang ke rumah diiringi hujan renyai sepanjang jalan, mlmtu rasa sangat tenang. Kami sekeluarga xdpt tidur mlmtu, smuanya silih berganti membacakan surah yaasin utk mak.
kak sempat mencium mak buat kali terakhir.
Sabtu 27.6.2020 awal² pg lagi mak dimandikan. Kami anak beranak bersama memandikan mak buat kali terakhir. Abg sulung kami dialah org yg paling kuat menguruskan jenazah mak. Masa ni ada lg seorg anak mak yg belum sampai yg bertolak balik dari kuantan. Mak dikafankan dgn cermat, selesai kafankan mak kami anak beranak mencium dahi & pipi mak buat kali terakhir, dah selesai semua muka mak nak ditutup, time ni Alhamdulillah kak yg dari pahang tu sampai, kak sempat mencium mak buat kali terakhir.
Kakak rebah, dia menangis sekuatnya, manakan tidak last dia jumpa mak setahun yang lalu, suasana hiba kembali memenuhi ruang rumah, kak terpaksa dipapah masuk ke bilik sbab masa ni dah nk solatkan mak, jenazah mak perlu disegerakan, sampaikan saat ini abg sulung kami masih xda apa² tanda, dia terus menjadi tonggak kami dlm menguruskan jenazah mak.
Mak disolatkan dirumah dalam jam 10.30pg cmtu. Selesai solat mak terus dibawa ke tanah perkuburan utk dikebumikan diiringi cuaca yg sangat baik, redup ja. Abg kami (berbaju melayu biru dalam gambar) dia org pertama yang turun ke liang lahad. Jam 11.15pg jenazah mak selesai dikebumikan, Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.
Abang mengadu kelabu mata & pedih dada
Semua org beransur pulang, aku & abg antara org terakhir yg bergerak keluar dari tanah perkuburan. Saudara mara semuanya beransur pulang ke rumah, hnya beberapa org yg masih ada. Jam 11.30pg abg yg berehat utk redakan letih tetiba mengadu kelabu mata & pedih dada, abg tetiba rebah & separuh sedar. Kami adik beradik yg masing² berehat utk redakan letih tetiba didatangi suasana kecoh. Kami cuba bagi bantuan awal kt abg, urut² seluruh badannya, sapu badan dgn kain basah. Masa ni badan abg sangat sejuk seperti direndam ais batu, kebetulan ada seorg sudara mara anggota RELA yg ada sedikit asas, dialah yg bantu sementara menunggu ambulans sampai. Abg mmg dah ada penyakit kencing manis & kolestrol tinggi
Jam 12.00 tghhari Ambulans sampai, abg terus dibawa ke HTF kangar diiringi isterinya. Masa ni abg masih separuh sedar. Kami dirumah semuanya dah gelisah, apa lagi dugaan yang akan datang. 10 minit dalam perjalanan ke hospital abg dah mula xsedarkan diri. Bantuan oksigen terus diberikan dalam ambulans. Jam 12.30 ambulans sampai ke hospital, abg terus dibawa masuk ke REDZONE, doktor sedaya upaya utk kembalikan degupan jantung abg, 30 minit berlalu jam 1tghhari abg disahkan meninggal dunia.
ALLAHUAKHBAR! Keluarga kami diuji sekali lagi
ALLAHUAKHBAR! Keluarga kami diuji sekali lagi, terasa bagaikan tidak percaya, abg pergi buat selamanya meninggalkan alam dunia mengikut emak hanya selepas sejam selesai kebumikan mak, dunia bagaikan gelap seketika, saudara mara yang tadinya masing² dah sampai rumah dikejutkan dgn satu lg berita kematian. Abg pergi dengan begitu pantas, air mata mengalir kembali membashi pipi, anak² abg yg masih kecil menangis sekuatnya, suasana hiba kembali memenuhi ruangan rumah…
Jenazah abg diuruskan terus di hospital, jam 5.30ptg jenazah abg tiba di rumah & disolatkan. Kami adik beradik & anak beranaknya mencium dahi abg, dahi ayah mereka buat kali terakhir muka abg nampak tersenyum ja, sangat bersih, masa cium pipi tu muka abg rasa sangat sejuk, sejuk seperti diletakkan ais, xtahu dari mana datangnya sejuk itu.
Anak cium dahi ayah buat kali terakhir
Tepat jam 5.50 ptg anak abg yg sulung selamat tiba & sempat mencium dahi ayahnya buat kali terakhir. Suasana hiba kembali memenuhi ruangan rumah, manakan tidak kali terakhir anak sulungnya berjumpa ayahnya masa hari rasa puasa tempoh hari.
Tepat jam 6ptg jenazah abg disolatkan & dibawa ke tanah perkuburan. Kami sekeluarga lagi sekali kembali ke sana utk menguruskan jenazah abg. Aku yg tadi kuat menguruskan jenazah mak sudah tiada daya, kaki aku lemah melangkah, aku hanya mampu duduk melihat saudara lain kebumikan abg.
Abang, kami adik beradik sangat sayangkan abg, abg adalah abg terbaik yg kami pernah ada, abg xpernah tinggi suara dgn kami, xpernah memarahi kami teruk² & sangat hormati mak ayah. Kawan² yg rapat dgn arwah abg tau cmna sifat abg yg sangat disenangi rakan taulan.
Mak, kami anak beranak sangat sayangkan mak, mak adalah ibu terbaik yang kami pernah ada. Mak membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, mak bekerja keras tulang 4 kerat dalam bembesarkan kami 6 beradik tanpa pernah mengeluh, halalkan makan minum kami, halalkan susu yang mak pernah berikan pada kami, Amin Amin ya Rabbal Alamin…
Kisah yang menjadi sejarah buat keluarga kami Kisah yang menjadi bualan buat kampung kami kerana belum ada kisah kematian yang sebegini rupa di kampung kami. Allahurabbi…
Masa awal PKP dulu aku beriya² sangat utk beli cangkul, xsangka cangkul yg aku beli & simpan tu buat ptama kalinya digunakan utk kebumikan mak & abg
Allah xkan menguji hambaNya diluar kemampuannya. Tamparan besar buat aku, dalam sekelip mata kehilangan dua insan tersayang dengan cerita yang berbeza dalam tempoh waktu yang sama. Kami 6 beradik hanya aku & abg aku shj lelaki. Kini aku terpaksa menggalas tugas sebagai waris buat keluargaku, tugas yang berat utk aku galas…
Yaaaa semua org akan merasakan kehilangan, tapi org yang tidak pernah melaluinya xkan dpt mendalamai apa yg kita rasakan, peritnya kesakitan yang kita lalui, kesakitan rindu yang tiada berpenghujung, rindu pada org yang sudah tiada…
Kini hanya doa & sedekah yang dapat aku kirimkan…. Semoga tenang disana Ibu & Abgku…
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...