Kalau dulu, anak-anak dahulu pantang nampak rotan, semuanya menikus. Tetapi kini sudah berbeza.
Namun, tidak bermakna ibu bapa lepas tangan dalam mendidik anak-anak. Kena bijak mengambil hati mereka dan dalam masa yang sama, anak-anak tetap hormat dan mendengar kata. Dalam hal meminta bantuan anak-anak membuat kerja di rumah, kena ada cara dan teknik. Bukan pakai arah je.
Saudara Ammar Kamilin berkongsi teknik jika mahu meminta anak-anak untuk membantu kerja-kerja di rumah.
Ada satu perbuatan kecil yang jika diamalkan, ada kesan besar dalam mendidik anak-anak.
Kita mungkin sudah mengamalkannya, tetapi tak perasan itu adalah amalan yang baik.
Atau, jika belum, saya ceritakan pagi ni.
Saya panggil teknik ini, ‘sentuhan pengaruh’.
Ada dalam beberapa hadith menunjukkan Nabi Muhammad sendiri mengamalkan perbuatan ini bagi tujuan mendidik sahabat.
Apabila kita mahu meminta anak-anak untuk membantu kerja-kerja di rumah. Selalunya, kita mungkin memanggil dan memberi arahan terus kepada mereka.
Mulai hari ini, tambah baik cara itu dengan teknik ‘sentuhan pengaruh’.
1. Panggil anak.
2. Apabila dia sudah di depan kita, pegang tangannya atau tepuk dan lekat terus tangan kita di bahu mereka.
3. Pandang wajah mereka, berikan arahan, “Iman, tolong abah vakum rumah ya.”
4. Selepas mereka angguk, lepaskan sentuhan.
Teknik ‘sentuhan pengaruh’ digunakan dalam langkah ke-2.
Dalam kelam kabut, banyak perkara nak diselesaikan di rumah, biasanya arahan hanya diberi melalui jeritan jarak jauh.
Cara begitu, mudah dianggap sebagai ‘paksaan’.
*****
Sama seperti kita di pejabat.
Hari ini semakin teruk. Arahan dikeluarkan hanya melalui whatsapp. Tiada lagi ‘mutual respect’ seperti dulu.
Saya ingat, awal bekerja tahun 2000 dulu. Setiap kali ada tugas baru, pegawai atasan saya ketika itu akan panggil dan tepuk di bahu sambil berkata, “Eh, kita ada task baru ni. Awak tolong saya boleh?”
Perbuatan tepuk bahu itu mudah.
Tapi, bukan semua orang boleh buat.
Bagi saya, sentuhan itu magik.
Seorang yang tinggi levelnya, sentuh kita.
It’s something!
Susah sangat nak faham, bayangkan Tun M lalu depan kita dan bersalam. Tak cukup itu, tiba-tiba dia tepuk bahu kita!
Wow, imagine that. Coat yang dipakai tu, confirm masuk frame, gantung di rumah.
*****
Perasaan sama ada pada anak-anak.
Apabila ibu bapa meminta bantuan, sambil sentuh mereka. Itu sangat besar.
Sentuhan seperti tepuk bahu, tekap tapak tangan ke dada, pegang pipi, itu semua magik. Perbuatan mudah, tapi impaknya besar.
*****
Ok, sikit lagi ya. Nak reveal rahsia orang berpengaruh.
Apabila kita bersalaman, mereka akan sentuh lengan atau siku kita. Cuba perhati selepas ni.
Nampak macam benda biasa.
Itu adalah tanda, dia sedang sentuh ‘butang akrab’ kita.
Jika kita rasa selesa, itu tanda dia boleh masuk atau ngam dengan kita.
Dapat sesuatu?
Jangan lupa praktis pada anak.
Sebaiknya, sejak kecil ni.
Insya Allah, hati mereka mudah ditakluki.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520