Hati mana yang tidak sebak dan simpati dengan situasi yang melanda penduduk Lembah Klang yang dilanda banjir.
Hujan lebat yang berlarutan selama dua hari sejak 17 hingga 18 Disember mengakibatkan kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir serta Selangor.
Ramai yang mengalami kerosakan teruk kediaman dan kenderaan.
Situasi yang berlaku ini, ramai yang menghulurkan bantuan. Terkesan melihat keadaan yang menimpa mangsa, Instafamous Cik Epal dan suami turut menghulurkan bantuan untuk meringan beban kepada mangsa.
Menerusi muat naik di istagram miliknya, kelihatan Cik Epal dan suami santuni penduduk dengan hidangan makanan mewah, daging A5 Tomahawk Wagyu Pizza dengan memasak sendiri di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, turut menghulurkan sumbangan seperti bantal dan minuman.
Biar pun menghadapi kesukaran termasuk kenderaan ATV rosak dan meredah jalan yang berlumpur untuk memasuki kawasan pendalaman, dia yang dibantu bersama teamnya tidak patah semangat untuk memastikan sumbangan diberikan kepada penduduk.
Semoga usaha pasangan suami isteri ini berkongsi rezekinya menjadi teladan untuk menghulurkan bantuan tanpa berkira wang ringgit dan tenaga.
Wagyu pizza untuk mangsa banjir. Bila tengah bagi pizza ada adik ni cakap “Murah rezeki akak”. Rasa sebak pulak dengar.
Bawa kelengkapan memasak
Tangkap layar menerusi Instastori miliknya, nyata menunjukan kesungguhan dan sikap tidak berkira belanja makan penduduk berkenaan. Siap bawa tempat bakar piza di tempat berkenaan untuk masak dan dimakan panas-panas.
Sumbangan lain
Dalam pada itu, pasangan suami isteri ini turut sediakan bekalan bantal dan minuman kepada penduduk berkenaan ini mengakui laluan ke rumah mangsa dalam keadaan yang sangat teruk dan berselut.
Malah kenderaan ATV yang digunakan turut mengalami kerosakan. Katanya, apa yang pasti, bantuan yang disediakan akan diberikan kepada penduduk.
Sampai ATV kitorang pon berasap.Tapi kitorang kezzahh kan je.Balik nanti ATV boleh repair.Janji bantuan sampai ke rumah depa yang terputus jalan ni.
Dalam pada itu netizen meluahkan rasa sebak melihat cara pasangan suami ini santuni penduduk mangsa banjir.
“Kesian tengok, alhamdulillah tengok semua happy dapat makanan.”
Sumber: cikepal06
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club