Bila terlihat puding yang cantik warna dan berlapis pula dengan buah strawberi tentu sahaja nampak begitu menyelerakan. Tidak dinafikan juga ini sangat enak jika dinikmati sejuk dan sesuai sangat jika dijadikan menu pencuci mulut ketika bulan puasa nanti.
Jadi apa kata hari ini kita cuba dahulu sediakan resipi Puding Strawberi yang dikongsikan oleh Mr Ali. Lihat sahaja hasilnya, nampak sedap bukan?
Resipi Puding Strawberry by Mr.Ali
Loyang petak 8 inci
Bahan-Bahan
LAPISAN PERTAMA
1 paket serbuk agar-agar ( 10 gram)-beli online DI SINI
3 cawan air ( 1 cawan = 250ml)
1 cawan dairy whipping cream-beli online DI SINI
* Jangan risau, kalau tiada dairy whipping cream, jangan pakai pula non dairy sebaliknya pakai saja SUSU CAIR. Sukatan sama. Saya pakai dairy untuk menaikkan rasa lemak berkrim lapisan ini
220 gram gula
1-2 titik sirap. Kalau tak ada pakai sahaja pewarna merah.
Secubit garam
Strawberry yang dipotong dadu atau kecil.
LAPISAN KEDUA
5 gram serbuk agar-agar
2 cawan air ( 1 cawan = 250ml)
1 titik pewarna sirap
60 gram gula
Strawberry yang dihiris.
Cara- Cara
LAPISAN PERTAMA:
1.Masukkan 3 cawan air dengan 1 paket serbuk agar- agar dan 220g gula. Kacau dulu sebati, setelah sebati baru hidupkan api perlahan sahaja.
2.Kacau dalam seminit, kemudian masukkan 1 cawan dairy whipping cream atau susu cair.
3.Kacau sebati sampai mendidih
4.Biarkan mendidih selama lebih kurang seminit
6.Masukkan dalam loyang 8 inci
7.Seterusnya masukkan strawberry yang dipotong dadu, masukkan perlahan-lahan.
LAPISAN KEDUA
1.Masukkan 2 cawan air bersama 5 gram serbuk agar-agar dan 60 gram gula.
2.Sebatikan baru hidupkan api. Gunakan api perlahan dan sebatikan sampai mendidih. Setelah mendidih boleh matikan api.
3.Masukkan 1-2 titik pewarna sirap. Sebatikan .
4.Tapis
JANGAN TERUS TUANG KE ATAS LAPISAN TADI
-Biasanya akan jadi tak melekat sebab tak lorek atau tak cucuk dulu.
-Lapisan yang sudah set tadi, cucuk sebanyak mungkin atasnya baru tuang sikit demi sedikit. Tuang separuh dulu, selepas itu baru letak strawberry yang dihiris tadi.
-Tuang lebihan adunan sampai tenggelam strawberry tadi..kalau ada sebiji dua yang keluar ke atas takpe je
– Kena cepat-cepat , tak boleh lambat sebab lapisan ni cepat mengeras. Sejukkan dalam peti selama 2 jam, dah boleh makan. Selamat mencuba semua!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club