Selalu kalau berhenti di lampu isyarat, mesti akan nampak orang jual jeruk mangga asam boi. Kadang beli, kena dengan selera, kadang tak mencapai keinginan tekak!
Jadinya, nak tak nak kena lah buat sendiri!
Nak membuatnya pun sangat mudah, lebih jimat dan boleh dapat dalam kuantiti yang banyak. Boleh adjust rasanya ikut selera maing-masing. Berbaloi sungguh makan hasil air tangan sendiri sambil menonton TV dengan keluarga! Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Sham Sabri ni!
Resipi Jeruk Mangga Asam Boi
Bahan-bahan:
2 biji mangga
5-6 biji cili api – boleh kurang/tambah
3-4 sudu besar gula pasir
5 biji asam boi
1/4 cawan aiskrim soda
Cara menyediakannya:
1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan
2. Masukkan ke dalam balang
3. Campurkan semua bahan-bahan lain iaitu gula, cili api, asam boi dan aiskrim soda.
4. Simpan dalam peti ais semalaman bagi pemprosesan jeruk berjalan. Lepastu siap dan boleh dimakan.
Selamat mencuba.
Sumber : Sham Sabri