Menjadi ibu atau bapa tunggal bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi.
Menerusi posting terbaru di Instagram, pelawak dan pelakon Shuib, 37, memuat naik sekeping gambar beliau bersama tiga anaknya serta sebuah katil baby jenis kayu berwarna putih.
Dengan caption meluahkan rasa teruja untuk menyambut kepulangan anak bongsunya di rumah.
“Alhamdulillah katil AYASH AFFAN dah smpi,,,Tak sabarnya nak tunggu Ayash balik,,InsyaAllah Amin ya Rab.”
Biarpan riak wajah dengan senyuman keceriaan, namun penampilan Suib serta anak-anak tetap mengundang sebak dikalangan netizen. Rata-rata menitipkan doa supaya Shuib tabah untuk membesarkan anak tanpa isteri tersayang.
Memetik laporan daripada Harian Metro, persiapan lain seperti pakaian bayi disediakan secara sederhana.
“Tak adalah berhabis beli barang sangat pun. Baju-baju abangnya pun masih simpan lagi, tapi insya-Allah selepas ini barulah akan beli-beli sedikit baju (baru).”
Bagaimana pun Shuib belum mendapat tarikh yang tepat kepulangan anaknya ke rumah lantaran doktor masih terus memantau keadaannya selepas dikeluarkan dari inkubator baru-baru ini.
Netizen sebak walaupun gambar Shuib sekeluarga riak wajah ceria
Untuk makluman pada 9 Ogos lalu, Shuib kehilangan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM. Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.
Sumber: Harian Metro & Instagram shuibsepahtu
Bacaan lanjut: Kudapan Satu Keluarga Waktu Petang, Lelaki Ini Kongsi Resipi Jagung Manis Susu Berkrim.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club