Menjadi ibu atau bapa tunggal bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi.
Menerusi posting terbaru di Instagram, pelawak dan pelakon Shuib, 37, memuat naik sekeping gambar beliau bersama tiga anaknya serta sebuah katil baby jenis kayu berwarna putih.
Dengan caption meluahkan rasa teruja untuk menyambut kepulangan anak bongsunya di rumah.
Biarpan riak wajah dengan senyuman keceriaan, namun penampilan Suib serta anak-anak tetap mengundang sebak dikalangan netizen. Rata-rata menitipkan doa supaya Shuib tabah untuk membesarkan anak tanpa isteri tersayang.
Memetik laporan daripada Harian Metro, persiapan lain seperti pakaian bayi disediakan secara sederhana.
“Tak adalah berhabis beli barang sangat pun. Baju-baju abangnya pun masih simpan lagi, tapi insya-Allah selepas ini barulah akan beli-beli sedikit baju (baru).”
Bagaimana pun Shuib belum mendapat tarikh yang tepat kepulangan anaknya ke rumah lantaran doktor masih terus memantau keadaannya selepas dikeluarkan dari inkubator baru-baru ini.
Netizen sebak walaupun gambar Shuib sekeluarga riak wajah ceria
Ads
Untuk makluman pada 9 Ogos lalu, Shuib kehilangan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM. Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang kini hamil anak keduanya mengakui berat badan badannya kini semakin bertambah secara mendadak biarpun kandungannya baru berusia lima bulan.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Ain memaklumkan beratnya naik 10kg selepas melakukan pemeriksaan bulanan.
“Saya pergi berjumpa dengan doctor, saya periksa berat badan saya daripada 55kg sekarang naik 65kg.
“Baru lima bulan lebih hamil,” katanya.
Tambah Ain lagi, dia kini lebih bijak mengawal pemakanan pada kandungan keduanya agar tidak berlebih-lebih namun katanya dia sendiri terkejut dengan kenaikan mendadak itu.
Malah kata Ain lagi, dia risau sekiranya dia sukar mendapatkan Kembali berat badan ideal selepas bersalin kelak.
“Saya dah cuba sedaya upaya kurangkan makan tapi berat semakin naik.
“Saya risaulah lepas bersalin nanti susah nak turunkan berat badan sebanyak itu,” katanya lagi.
Terdahulu, Ain berkongsi kehamilan keduanya dengan memuat naik beberapa keping gambar ketika majlis pengumuman jantina.
Ain yang mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019 dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia tiga tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan sepanjang tempoh PKP ini, walau anak-anak kita tidak ke sekolah namun sebagai ibu bapa kita tidak mahu anak-anak leka dalam pelajaran.
Lantas, kita usahakan juga untuk meluangkan masa untuk mengajar mereka. Namun, bukan mudah rupanya dan tanpa sedar kita pula asyik marah-marah dan boleh bertukar macam singa.
Tidak mahu terus berulang perkara yang sama, rupanya ada teknik yang boleh dipraktikkan sebagaimana yang dikongsikan oleh cikgu ni. Jom semak.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Ramai ibu-ibu pm aku bertanya cara yang betul untuk ajar anak di rumah terutamanya mata pelajaran Matematik.
Mereka bertanya, perlukah sediakan rotan? Kebanyakan mereka bila mengajar anak akan bertukar menjadi singa secara tiba-tiba.
Ada juga meluahkan tidak dapat menahan marah apabila benda yang sama dan diulang tapi anak tak faham-faham.
Maka cubitan adalah ‘hadiah’ yang anak mereka dapat akibat kesalahan dan ketidakfahaman mereka itu. Baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tarik nafas, dan baca perkongsian aku sampai noktah terakhir.
Mengajar ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Tekniknya ada pelbagai jenis. Teknik yang terbaik (pada aku) ialah gabungan kelembutan, ketegasan, dorongan dan juga sedikit paksaan.
Begini tuan-tuan, bila mengajar tentang sesuatu topik, kesabaran itulah paling penting. Kelembutan dalam tunjuk ajar itu perlu, memujuk mereka agar faham dengan bahasa yang lembut agar mereka bertambah minat dan suka belajar.
Bila ketegasan itu perlu?
Bila anak mula main-main dan tidak tumpu perhatian. Bila anak mula mendengar sambil mengacau adiknya atau sambil memandang kawan yang naik basikal di luar rumah.
Di sini ketegasan perlu. Perlu untuk dia menumpukan perhatian. Sebaik tumpuan dia berikan, kembali ajar dengan lembut dan sabar.
Jika dia salah, jangan dimarah. Ulanglah walau berpuluh kali. Bila dia tidak faham, jangan cepat cubit atau rotan, namun sabarlah memberi penerangan dengan cara paling mudah sesuai dengan aras pemikiran mereka.
Namun jika mereka malas, di sini kegarangan perlu. Hukuman ringan pun boleh dikenakan jika mereka malas. Kalian minta anak-anak buat 5 soalan, lepas siap satu dia mula malas dan nak main, hah, di sini perlu menjadi singa.
Menjadi singa bila mereka malas, bukan semasa memberi penerangan dan tunjuk ajar.
Bagaimana anak nak faham jika mereka belajar dalam ketakutan? Kasihan dengan mereka asyik dicubit asyik dirotan hanya kerana sesuatu perkara yang otak mereka masih tak mampu nak faham.
Apakah benar mereka tak boleh nak faham atau mereka tidak mampu faham akibat belajar di bawah tekanan?
Atau mungkin juga cara penerangan dan tunjuk ajar kita yang kurang betul membuatkan anak-anak susah nak faham.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Jangan!
Aku selalu menekankan pada murid-murid,
“Cikgu tak marah jika awak salah, namun cikgu sangat marah jika awak malas.”
Murid aku, jika 20 soalan aku beri dan mereka salah semua, tiada satu dendaan atau hukuman aku beri pada mereka.
Namun jika tidak siap kerja, nahas!
Sama juga bila aku mengajar dan memberi penerangan panjang lebar, bila ditanya mereka tak faham dan tak boleh jawab. Aku dengan lembut dan sabar akan mengulang-ulang dan ajar semula.
Namun bila aku mengajar mereka tidak tumpu perhatian, pandang luar kelas, main pemadam, bercakap dan sebagainya, nahas!
Bila masa perlu memaksa anak?
Bila tidak melibatkan pemahaman. Yakni melibatkan hafalan.
Anak tak hafal sifir dan rumus, aku sokong jika kalian dan jadi singa. Nak marah atau nak hukum sekali pun (dengan hukuman ringan sahaja).
Hat tu tak apa. Ini kerana hafalan dan kefahaman adalah dua benda berbeza. Jauh berbeza.
Hafalan memerlukan usaha untuk mengingat. Bila banyak kali diulang-ulang pasti akan ingat. Maka, murid yang tidak dapat menghafal sifir dan rumus sebenarnya bukan kerana mereka tidak boleh, tetapi kerana mereka malas.
Orang yang malas, tiada ubat di hospital bang. Ubatnya hanya rotan. Hehe.
Kefahaman pula memerlukan mereka berfikir, menghadam setiap penerangan dan tunjuk ajar. Jika mereka tidak mampu faham, mungkin saja kerana yang mengajarnya kurang bagus. Mungkin juga topik tersebut terlalu tinggi dengan akal mereka.
Tidak semestinya kerana mereka malas. Sebab itu, di sini perlunya kesabaran yang sangat tinggi. Jangan menghukum anak yang tak faham. Jangan!
Ingat ya mak-mak semua. Jangan asyik nak menyinga saja.
Ada tempat kita perlu berkeras, ada tempat kita perlu dengan lembut dan penuh sabar memberi tunjuk ajar.
Ada juga mak ayah pm aku kata mereka tidak pandai nak ajar anak-anak mereka. Silibus sekarang jauh berbeza dengan apa yang mereka belajar dulu.
Soalan yang anak tanya, mereka sendiri tak boleh jawab. Habis tu macamana nak ajar anak?
Sebab tu aku dan beberapa guru pakar yang lain bina modul Mathzier. Satu modul akan terbitkan setiap bulan selaras dengan apa yang anak-anak belajar disekolah.
Ia disertakan dengan video pengajaran dari aku sendiri. Mak ayah dan anak-anak boleh rujuk video untuk faham, kemudian terus buat modul latih tubi yang ada lebih dari 300 soalan.
Ada video, ada slide, ada modul latih tubi yang dibina oleh guru pakar berdasarkan setiap topik dalam buku teks. Padat, padu dan boleh ulang-ulang tengok video sampai faham, boleh ulang cetak modul seberapa banyak kita suka.
Pandemik Covid-19 belum berakhir dan masih ada risiko berlaku penularan mendadak sekiranya kita lalai dan alpa dalam mengamalkan norma baharu kehidupan seharian.
Walaupun Perdana Menteri telah memberi kelonggaran untuk kunjungan Hari Raya Aidilfitri iaitu hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan sahaja dengan di kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa. Namun tidak bermakna kita alpa dengan SOP (prosedur operasi standard) kesihatan.
SOP kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup hidung dan mulut, dan amalan kebersihan kendiri seperti penggunaan pensanitasi tangan sepanjang sambutan perayaan ini. Dalam pada itu, pastikan rumah sentiasa bersih seperti basuh pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk ain-lain selepas digunakan untuk menjamu tetamu yang hadir,
Biarpun, kerajaan telah memberi kelonggaran untuk meraikan hari raya pertama, namun bagi ibu kepada Datuk Rosyam Nor sebaliknya. Menerusi perkongsian di instagram miliknya, beliau telah memuat naik gambar ibunya berdiri disebelah banner yang bertulis ‘Kami keluarga Biahsudin (Wok) mengucapkan terima Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Mohon maaf tahun ini kami sekeluarga tidak terima kunjungan ‘Video Call Aje’.
Menyahut arahan Kerajaan dan KKM. Walaupun rumah mak aku dekat Kg Melayu Subang aje. 10 minit dari rumah aku. Tapi sebab mak dah umur 80 tahun,kami sekeluarga dan keluarga adik beradik yang semua ya tinggal di KL mengambil keputusan tidak balik kampung beraya tahun ni.
Sebab Gantung Banner kerana takut kami tak balik orang lain pulak datang.
Sebab kalau raya rumah mak aku jadi tumpuan beratus anak cucu,anak cucu saudara. Sebab dalam keluarga mak aku dia saja yang masih hidup. Jadi anak cucu semua akan datang bertandang.
Maafkan kami sekeluarga. Untuk kebaikan bersama
InshaAllah ada umur tahun depan kita RayaSakan okey
CARA YANG BAGUS
Malah tindakan ibunya telah menarik perhatian netizen yang menyokong tindakan sebagai langkah berhati-hati untuk mengelak sebarang jangkitan.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...