Tengok K Drama Selalu Nampak Dia Orang Makan Japchae, Rupanya Senang Sahaja Cara Masaknya!
Buat peminat masakan citarasa Korea tentu sahaja bila makan di restoran Korea tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati menu Japchae bukan? Kalau dilihat sekali imbas dalam K-Drama yang ditonton, mungkin ada yang merasakan ia adalah suhun goreng.
Tapi sebenarnya Japchea ini berbeza dan ia merupakan glass noodle khas Korea yang diperbuat dari keledek sebagai bahan utamanya dan mempunyai tekstur yang lebih kenyal.
Dikatakan suatu masa dahulu Japchae merupakan sejenis makanan untuk golongan bangsawan dan lama kelamaan Japchae mulai dinikmati oleh orang kebanyakkan dan kerap dihidangkan di dalam majlis tertentu kerana ia boleh disediakan dengan banyak dan cara penyediaannya juga amat mudah.
Namun sekiranya anda masih belum mencuba keenakan rasa hidangan ini, apa kata sediakannya hari ini untuk dinikmati bersama seisi keluarga sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini. Selamat mencuba.
Selalu orang keliru Japchae ni suhun ke?
Saya jawab bukan, Japchae ni hidangan yang menggunakan mi kaca (sweet potato glass noodles), secara fizikal lebih kurang suhun tapi dari bahan yang berbeza. Tekstur mi kaca ni lebih kenyal berbanding suhun yang sedikit halus.
Hari ni saya masak Japchae untuk bekal minum petang suami di tempat kerja. Rasa Japchae ni sedap sebab campuran sayur yang banyak.
“Kalau saya nak cuba masak Japchae, tapi guna suhun tak boleh ke?” Boleh je, guna resepi yang sama tapi pastikan suhun yang dimasak tidak terlalu kembang.
Ads
Ini mi kaca yang diambil separuh dari paket, rebus selama 5 minit. Sehingga lembut, angkat dan toskan. Letak tepi.
Kemudian campuran sayur mesti mempunyai 5 jenis warna yang pelbagai.
1. Hijau – Sayur pak choi atau bayam, rebus dan toskan.
2. Kuning – Telur ayam dimasak dadar.
3. Jingga – Lobak merah, dihiris memanjang dan sangai di atas kuali dengan secubit garam.
4. Putih – Bawang Holland, dihiris dan disangai.
5. Hitam – Cendawan shitake /kulat hitam / daging perap kicap. Hiris memanjang masak.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Untuk penyediaan sos hitam
3 sb kicap cair/masin
3 sb kicap pekat
2 sb sos tiram
2 sb minyak bijan
1 sb gula/gula perang
1 sk garam
Campurkan kesemua sekali dan masak di atas kuali sehingga sebati.
Ads
Setelah itu tuangkan sos hitam ke atas mi kaca yang direbus tadi.
Gaul sebati.
Masukkan campuran sayur tadi.
Gaul rata dan kemudian Tambah biji bijan yang telah disangai.
Ads
Ekstra Info :
Ini dia mi kaca atau nama lain, Sweet Potato Noodles. Saya beli ni di pasaraya besar (Lotus/Aeon/Shopee pun ada). Harga lebih kurang RM11 tapi boleh guna 3 kali hidangan.
Saya letakkan Mi Kaca sebelah Suhun, supaya nampak perbezaan.
Masak daging goreng kunyit walaupun ia adalah menu simple, namun tidak semua biasa menyediakannya sebagai menu untuk keluarga. Memandangkan jika digoreng lazimnya daging akan terasa liat dan tidak enak dimakan.
Namun jika makan di restoran Thai, tentu sahaja menu ini sering dijadikan pilihan. Maklumlah daging goreng kunyit yang dimasak terasa lembut dan tidak terlalu kering, diakui hidangan tersebut memang enak dan boleh buat makan berselera.
Jadi untuk pastikan daging goreng kunyit yang kita sendiri masak juga mempunyai rasa yang enak dan daging terasa lembut, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Dani J Tang.
Daging goreng kunyit cara saya
Bahan-bahan:
Daging hiris ikut suka
kacang panjang hiris
Bawang holland hiris
Cili hiris
Cara Penyediaan:
Sediakan periuk @ kuali. Letak daging. Hidupkan api. Biar air daging keluar. Masukkan sos tiram & serbuk kunyit.
Masak sampai empuk. Tambah air jika perlu. Kacau-kacau biar semua sebati dan lembut serata.
Bila daging dah lembut, air dah kering & tinggal sikit, dia akan terbit minyak dari lemak-lemak daging tu. Kalau nak tambah minyak silakan. Terpulang. Kalau saya memang tak tambah dah sebab tak suka daging jadi garing.
Masukkan bawang dan kacang panjang. Gaul sebati. Bila bawang dah layu. Masukkan cili.
Kalau saya, tak perlu garam dah sebab dah guna sos tiram. Rasa lah ye, kalau perlu garam dan gula sila tambah.
Nota : saya doakan sesapa yang nampak post ni senantiasa diberi rezeki kesihatan, rezeki anak-anak, mudah dapat kerja, hidupnya sentiasa tenang, bahagia dan bebas dari hasad dengki.
Memang tidak dinafikan nasi lemak sebagai hidangan harian dan pilihan kegemaran ramai. Dalam seminggu wajib ada menu ini untuk dimakan bersama keluarga sebagai sarapan pagi.
Nasi lemak ini pelengkapnya adalah sambal ikan bilis. Jika tak ‘kaw’ memang tak superb lah nasi lemak tu. Nampak aje sambal ikan bilis tu merah, tapi jika tak ada skill, sambal akan cair atau tidak berlemak.
Sebenarnya ada rahsia nak jadikan sambal ikan bilis tu ‘kaw’ berlemak dan pekat. Ikuti petua yang dikongsi oleh puan Liana Latif , yang menggunakan biskut cream cracker dan ikan bilis yang menjadikan rahsia masakan sambal ikan bilis ini lebih power!
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Hai semua. Saya nak share Rahsia Pikat Hati Suami. Amacam?
Buat sambal nasi lemak padu pun boleh pikat hati suami tau! Kan orang kata, kena jaga perut suami. Tak gituw?
Rahsia ni saya belajar dari kawan saya masa jual nasi lemak kat UM dulu. Zaman-zaman belajar, nak cari duit lebih la konon.
Mudah sangat! Tak perlu guna bahan mahal-mahal pun!
RAHSIA 1:
Blend ikan bilis sikit sekali dengan bawang untuk tumis. Huuu kalau buat ni, konfem sambal ada kick gitu! Takde lah rasa macam biasa je~
RAHSIA 2:
Ni rahsia termahal. Tak ramai orang tahu & buat. Blend cream cracker + air.
Nak letak banyak mana? Ikut suka hati korang la. Jangan la sambal ciput, korang p letak sepeket cream cracker, tu jadi sambal cream cracker la pulak Agak-agak la. Macam dalam video ni, saya ketak dalam 3-4 keping biskut je.
Fungsinya supaya sambal kita PEKAT & LEMAK. Tak de la sambal korang cair @ ceroi je
Sambal yang siap masak tak sempat saya tangkap gambar. Dapat kat adik-beradik, terus menambah nasi 2 pinggan. Sedar-sedar sambal & nasi seperiuk dah lesap!
Jom pikat hati suami dgn sambal nasi lemak padu. Cuma jangan pikat suami orang la. Mahu kena ketuk dgn bini orang kang! Suami sendiri tak apa.
Liana Latif, bukan adik Najwa Latif, budak-budak baru nak belajar masak.
Bagi mereka yang memasak, nama ini memang tidak asing, bahkan sentiasa dinanti-nantikan resipi darinya. Jom cuba Brownies melting air tangan suri rumah yang juga cikgu masakan di internet yang cukup terkenal iaitu saudari Azlina Ina Fans.
Mungkin ada yang fikir menu ini agak leceh dan ambil masa. Tetapi percaya atau tidak, nak buat brownies yang hanya mengambil masa yang tidak lama. Apabila dah siap pasti anda sekeluarga menyukainya.
AsalamualaikumKorg nampk post mak x? belanja mak like satu eleee.boleh la
halah2 sudah2 la mak layan perasaan dah 2020 kot.Aha ok move on cepat2 lg cepat dr tahun 2019biarkan je lah org membawang nnt penat dieorg diam la tu Harap resepi ni xsama mana2 atau dgn sapa2 amin2..
ramai suke jual brownies kan.so brownies ni agak chewwy sket tp agak pahit manis tp bg mak cukup sedap sbb ade haruman coffee dalm tu.lg satu ditambah dgn rasa peanut butter tu adui sedap nye..
Coffee brownies simple.
Bahan-bahan
400g beryls coklat patah2 kan
160g majerin atau butter
cairkan dua bahan ni dalam oven atau pengukus
bahan lain
3 biji telur
1sk emolco cofee
170g gula halus brown sugar
serbuk cofee halus 2sb
tepung self rising 100g Cara membuat:
1.satukan telur dengan gula dulu ya. kacau manja 2. masukkan serbuk cofee dan emolco dalam bahan yg kite larut kan td kacau baru masuk dalam adunan telur dan gula tadi. 3. last masuk tepung kite kacau laju-laju 4. kalau korg suke boleh tambah coffee coklat chips kat bakery ade jual.dalam 1/2 cawan kacau 5. loyang 8×8/9×9 nipis sikit. panas kan oven 170 dan masa 5 mnt turun kan suhu 150 dan bakar 45 mnt 6. yeay siap. Aalhamdulillah.semoga bermanfaat dan korang boleh gunakan untuk jualan ya 7. kalau nak wat die punye lorek tu mak ajar sebotol nutella botol kecil tu letak sket minyak kacau guna sudu dan masuk piping beg.lorek die zigzag eh
ok yg peanut tu beli peanut spread butter cair kan dalam 2 sb masuk kan dalam peanut td kacau dan masuk piping beg lorek kan atas brownies.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...