Apabila bergelar suri rumah memang kehidupan akan berubah 360 darjah. Lebih lagi apabila mempunyai anak.
Anak seorang mungkin biasa tapi jika anak lima atau lebih bukan calang-calang nak menguruskan.
Hakikatnya kerja suri rumah itu tak habis, penat yang tak terucap. Namun ia dilakukan dengan komited demi memastikan keluarga diurus dengan sempurna.
Sebagaimana seorang wanita ini yang mengakui bahawa bergelar suri rumah begitu mencabar menerusi facebook miliknya.
Ini kawan baik saya a.k.a jiran saya.. Jiran saya jauh beza umur dengan saya, lebih 10 tahun. Dia seorang suri rumah anak 5. Saya bujang tapi duduk seorang diri.. Dulu waktu saya umur 20-21 saya selalu tak faham kenapa orang kata jadi suri rumah penat, saya selalu rasa kerja lagi penat.. Sebab waktu tu masih duduk dengan family, jadi balik kerja terus tidur..
Sampailah family saya semua pindah ke negeri lain, saya duduk seorang diri.. Mula mula rasa seronok sangat tapi lama lama barulah nampak penat.. Saya duduk rumah 2 tingkat.. Macam tak pernah habis kemas. Pergi kerja awal pagi balik malam, lepastu kemas rumah.
Sampailah satu masa saya balik rumah saya ada kucing berak. Saya break down dan menangis. Waktu tu rasa penat sangat sangat. Barulah saya faham kenapa suri rumah ada yang sensitif sebab benda benda kecik. Padahal sebenarnya benda yang melelahkan dah terkumpul, jadi sampai satu tahap tu memang break down terus walaupun benda kecik.. sebab benda tu trigger.
Waktu PKP saya berhenti kerja, jadi saya di rumah sepanjang masa. Okaylah ada masa sikit untuk mengemas tapi waktu tulah baru start bergaul dengan jiran jiran… Salah sorangnya inilah, yang paling saya rapat, kak Farah..
Anak dia yang paling kecik umur 6 tahun. Paling besar 13 tahun. Dia suka datang lepak rumah saya.. Kami akan lepak 2-4 jam padahal takde benda nak borak pun, saja dia nak tenangkan diri.
Satu hari saya pergi rumah dia. Anak 5. Umur rapat jadi memang lasak lah kan, biasalah budak budak. Macam berperang. Saya tak biasa memang terkejut tapi kak Farah relax je. Dia santai sambil sapu sampah siap tanya ” Fatehah nak air?” Baru saya faham kenapa dia suka duduk rumah saya.. sebab once dia jejak kaki ke rumah dia, kerja dia akan bermula balik.
Waktu tu saya tengok rumah dia memang bersih walaupun anak dia 5.. Bakul baju dia saja ada 6-8 bakul belum dilipat.. Dia sorang saja uruskan semua tu. Seronok suami dia balik rumah dah bersih anak dah mandi homework semua dah siap.. tapi di sebalik tu diah yang uruskan semua non stop pagi sampai ke malam..
Sejak hari itu, terus pandangan saya berubah. Kerja yang paling penat di dunia ialah suri rumah.. Takda cuti, takda henti, takda gaji.. Semuanya dari sifat sabar dan ikhlas. Sebab tu saya marah bila orang kata “ala kerja suri rumah bestlah boleh tidur.” Sedangkan kerja tulah paling penat.. Tidur pun belum tentu cukup.
Sumber: Ku Nur Fatehah
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.