Tengok Harga, Fikir Dua Kali Nak Beli Sardin Tin. Buat Sendiri Je Kat Rumah, Lebih Jimat Sekali Masak Dapat Banyak!

Share

Zaman sekarang ni, semuanya harga melambung! Kalau dulu, RM50 boleh beli penuh plastik, sekarang ni berapa barang je dah menjangkau bajet tersebut. Jika dulu, nak berjimat orang akan makan nasi berlauk sardin tin, tapi sekarang nak beli sardin pun boleh fikir dua kali!

Daripada merungut dengan harga barangan, sebaiknya kita cari alternatif sendiri je pelbagaikan skill masakan. Misalnya, buat sendiri sardin di rumah! Kalau tak nak guna ikan sardin tu sendiri, nak tukar ke makerel atau ikan tamban pun boleh. Asalkan jimat dan diyakin selamat sebab buat sendiri kan?

Jom ikuti step by step cara nak buat homemade sardin yang dikongsikan oleh Norlela Abdul Lahak ini.

Sardin Homemade

Bahan-bahan:
Ikan (2kg)
Tomato puri (1 tin)
Cili kisar (2 senduk)
Bawang kisar (2 senduk)
Air asam jawa (1 cawan)
Sos cili (1 botol)
Garam
Serbuk perasa
Cuka
Minyak (untuk menumis)

Cara membuatnya

1. Tumis dahulu bawang kisar dan cili kisar sehingga minyak pecah.

2. Kemudian, masukkan air asam jawa, cili sos dan tomato puri.

3. Tambah air sehingga menutupi ikan. Lebih pun boleh kerana kuah akan cepat pekat apabila masuk dalam pressure cooker nanti.

4. Masak kira-kira dalam 60 minit, Tulang ikan akan menjadi lembut seperti sardin tin yang selalu dibeli.

Bagi yang tidak ingin menggunakan pressure cooker, anda perlu memasak selama 3 sehingga 4 jam.

Namun, hasilnya tidak begitu cantik jika dibandingkan dengan menggunakan pressure cooker.

Untuk resepi ini, ia dapat menghasilkan sebanyak 5 bekas bagi ikan seberat 2kg. Selamat mencuba!

Sumber: Norlela Abdul Lahak

Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!