Bagi yang pernah merasa kehilangan, pasti anda tahu betapa peritnya hati ini menahan kerinduan.
Kehilangan ketika masih hidup lain perasaannya dengan kehilangan sesuatu buat selama-lamanya lebih-lebih lagi insan yang paling kita sayangi.
Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Nurnaif telah berkongsikan pengalaman dan perasaannya selepas pemergian isteri tercinta akibat kanser.
Menerusi laman Twitternya, Nurnaif menjawab soalan-soalan dari pengikutnya yang ingin tahu perasaannya ketika ini dengan begitu tenang sekali.
Jawapan yang berbentuk luahan itu mengundang sebak lebih-lebih lagi yang pernah merasai kehilangan.
“Memandang isteri saya selalu membuatkan saya gembira. Dialah hadiah dari Allah kepada saya.
“Kami sudah berkahwin selama 24 tahun. Baru saja kehilangannya kerana kanser.
“Reda. Tetapi saya masih menangis di waktu pagi ketika anak saya sedang tidur. Saya sangat merinduinya,” kata Nurnaif yang kini merupakan bapa tunggal kepada 2 cahaya mata.
Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini
Apabila ditanya apa yang akan dilakukan untuk mengubat rindu yang tidak terhingga kepada arwah isteri.
“Saya tengok gambar dan video dia, rindu nak bercakap dengan dia… dengar gelak tawa dia.”
Nurnaif menjelaskan cara yang diamalkannya untuk mencari ketenangan ketika perasaan rindu membebani isi hati ialah dengan sedekahkan al-Fatihah.
“Kalau macam saya, saya akan peluk bantal kepunyaan arwah isteri. Saya akan peluk baju-baju dia.
“Tengok gambar dan video dia. Penting untuk ada video sebab boleh dengar suara dia. Saya rindu nak bercakap dengan dia, untuk dengar gelak tawa dia.
“Saya juga akan baca semula mesej WhatsApp dia,” cerita Nurnaif.
Untuk makluman, isteri Nurnaif meninggal dunia pada hujung Oktober lalu selepas hampir tiga bulan dimasukkan ke dalam wad di Hospital Pulau Pinang.
“Isteri saya baru meninggal dunia. Saya berasa sedikit terkilan sebab mungkin kami boleh bertindak dengan lebih baik untuk selamatkan dia.
“Saya menangis setiap hari terutamanya di waktu pagi. Rumah rasa sangat sunyi. Saya perlu jaga anak-anak saya.”
“Anak-anak adalah apa yang memberikan saya semangat untuk teruskan hidup,” katanya dalam satu ciapan lain.
Salah seorang pengikut Nurnaif sempat bertanya mengenai perasaannya ketika ini adalah sama seperti perasaan patah hati kerana bercinta.
“Rasa rindu pada dia tapi kita tahu dia bahagia dengan orang lain dan dia tak rindu kita pun.
“Rasa hati yang berat seperti hati ini dihiris nipis-nipis,” soal pelayar itu.
Seorang netizen telah menjawab bagi pihak Nurnaif dengan mengatakan perasaan rindu dalam dua situasi itu adalah berbeza.
“Saya jawabkan. Tak sama. Sekurang-kurangya kalau patah hati kerana cinta kita masih dapat lihat dia dan kita tahu dia masih hidup.
“Lama-kelamaan kita akan terima hakikat yang dia dah bahagia dengan orang lain.
“Tapi seorang isteri adalah teman sehidup dan semati bagi lelaki. Hidup kita harus bersama mereka dan apabila mereka dah tak ada, kita akan rasa kosong,” terangnya.
Mesti Baca :
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club