Tengok Filem Di Pawagam, Tempat Maksiat? Padu Penjelasan Ustaz Ni.

Share

Sejak filem Mat Kilau memasuki pawagam ramai yang teruja ingin melihat filem ini. Saban hari pasti ada yang memberi review memuji filem ini.

Malah ada yang belum pernah pergi pawagam seumur hidup pun teruja untuk melihat filem berkenaan.

Ekoran itu, ada suatu persoalan daripada netizen yang mengatakan keliru mengenai pawagam itu dikatakan tempat maksiat. Persoalan itu telah menarik perhatian seorang Namun dijelaskan lanjut oleh ustaz Ahmad Muzani Abd Rahman di facebooknya.

 

Gambar sekadar hiasan

Saya jawab di sini agar semua boleh baca.

Saya nak tanya tuan-tuan, rumah tuan-tuan ada TV? Pernah tengok TV? Apa beza TV dengan pawagam?

Pawagam tiada hukum kerana pawagam bukan mukallaf. Golongan yang mukallaf (yang menanggung hukum) adalah manusia dan jin.

Maka hukum pergi pawagam bergantung kepada yang pergi. Pergi berduan-duan bawak awek, berlaku pergaulan bebas, berpelukan saat tengok filem hantu, filem yang ditayang melanggar syariat maka hukumnya haram.

Kalau pergi tanpa buat maksiat, tengok pula filem yang boleh mendidik masyarakat dan patuh syariah seperti Mat Kilau maka hukumnya harus.

Bukan bermaksud menggalakkan orang ke pawagam, tapi disaat manusia rosak akibat lambakan filem yang melanggar batasan syarak tiba-tiba keluar filem yang tak langgar hukum Allah maka kita kena sokong. Perbanyakkan lagi drama, filem dan sewaktu dengannya yang boleh mendidik masyarakat. Alang-alang nak sekat filem itu mustahil, maka keluarkanlah filem yang bermanfaat.

Mat Kilau dah buktikan bahawa Filem tanpa ada adegan lucah dan pelakon seksi juga boleh untung. Bahkan memberi manfaat kepada manusia.

Bayangkan surau masjid hanya sebahagian yang pergi. Namun TV, pawagam ramai yang tonton. Maka sudah tentu kesannya lebih bagi masyarakat. Maka gunakan sebaiknya untuk sabarkan kebaikan.

Nak halang hiburan tak boleh. Maka tak cukup kita cegah manusia buat maksiat, kita juga mesti tampilkan alternatif bagaimana berhibur cara Islam. Islam itu agama fitrah yang sesuai dengan segala kehendak fitrah.

Disaat lelaki diberi fitrah nakkan perempuan lalu kita larang mereka berzina kerana haram. Lalu mereka mengahalalkannya dengan nikah pun kita haramkan maka itu bukan beragama tapi melampau (mutasyaddid).

Begitu juga pawagam jadi haram kerana isi dalam pawagam itu ada maksiat. Maka disaat sudah tiada maksiat juga kita haramkan maka itu adalah melampau dalam beragama.

 

 

Saya cadangkan dua cadangan sahaja;

1) Jangan pergi pawagam atau
2) Kalau nak pergi jangan buat perkara haram.

Kerajaan Kelantan tutup pawagam itu baik, kerajaan Terengganu tak tutup tapi ada garis panduan yang wajib diikuti di pawagam itu juga baik.

Apa yang tak baik buka pawagam tanpa peduli halal haram.

Anda tak pergi pawagam, tapi tengok TV di rumah sahaja dengan menonton filem yang ada pelakon perempuan yang tidak menutup aurat, seksi dan lain-lain perkara yang diharamkan syara’ maka itu juga haram.

Agak-agak faham tak?

Sumber: Ahmad Muzani Abd Rahman

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club