Umum mengetahui bahawa pada 20 Januari 2021 anak-anak bakal memulakan sesi persekolahan di seluruh negera secara bersemuka namun ekoran berikutan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan kes Covid-19 yang mendadak sejak akhir-akhir ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengumunkan menangguhkan sesi persekolahan tahun ini.
Bagaimanapun ia dilakukan di rumah dengan konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum. Lantaran itu, kesungguhan dan komited guru bukan calang-calang untuk menyediakan pembelajaran norma baharu ini.
Antaranya perkongsian seorang guru ini mengenai PdPR pada hari pertama bersama anak-anak muridnya.
Apa yang menarik perhatian, guru ini seakan berada di kelas! Berdiri dengan papan putih (whiteboard) di belakang umpama sedang mengajar di dalam kelas. Biarpuan waktu kelas lewat petang, tetap komited.
Kesungguhanya guru ini mendapat pujian daripada ibu bapa.
Apa pun, setiap guru mempunyai cara tersendiri untuk memastikan pembelajaran tmenarik dan tidak bosan agar memastikan pelajar tekun mendengar penerangan lantaran tidak bersemuka.
Hari pertama sekolah. Norma baharu kan..simpanlah sini buat kenangan
Kelas waktu akhir, pukul 5-6pm.
So cikgu buatlah google meet siap whiteboard bagai. Nak bagi feel ala-ala real class. Name tag je cikgu tak sempat cari.
Hahaa. Penat dah budak2 dok mengadap skrin je. Mujur lah ramai sudi bagi respond kat cikgu. Tak de lah cikgu macam cakap dengan dinding. Tq guys. SYABAS CIKGU!
Ibu bapa teruja cara guru ini mengajar, ramai memberi kata-kata semangat.
“Seronok, bertuah dan beruntungnya jika anak2 kami dpt belajar seperti ini. Ada whiteboard dan cikgu sebenar mengajar sendiri.
“Terbaik sangat.
“Tahniah cikgu mai.
“Oh my god… i really salute u. “Mcm ni la baru betul
“Haha.. Nama pun cikgu. Memang suara kuat. Good luck untuk kelas yang akan datang,” antara komen warganet.