“Tengok Aku Suap Anak, Menitik Air Mata Dia.” Tak Mahu Pembantu Rumah Sedih, Ozlynn Janji Bawa Keluarganya Datang Malaysia!

Share

Jarang kita lihat pertalian rapat antara pembantu rumah dengan majikan. Namun selebriti ini menunjukkan sebaliknya.  Ozlynn Wati, isteri kesayangan Johan Raja Lawak ada memuat naik satu video surprise sempena hari jadi pembantu rumahnya.

Surprise itu nyata membuatkan pembantu rumah yang dikenali sebagai Cora terkejut dan terharu dengan ingatan tersebut.

Di dalam kapsyennya, Ozlynn memberitahu rancangan tersebut dibuat bersama dengan anaknya Ariq.


Happy birthday Cora!! Kelam kabut dia pergi panggil ariq di luar sebab kita saja buat kelam kabut konon nak mintak tolong ariq.. sekali dia kena main la cik salmah??..okay korang mesti tertanya sapa dia nih.. ok dia nurse yang jaga baby sepanjang aku bekerja kat luar.. orang yang tegas tapi penyayang.. dah sebulan lebih jaga baby.. banyak benda aku tau tentang dia dan belajar dari dia.

Di dalam kapsyen tersebut, Ozlynn turut bercerita mengenai pembantu rumahnya yang kehilangan suami tersayang dan anaknya sedang sakit di kampung.

“kita nih bersyukur masih boleh kerja di negara sendiri, nak dengan tak nak je atau memilih dengan tak.. satu malam duk dengan dia tengok dia cerita tahan sebak.. dia cakap kat sini kekadang dia di bayar untuk jaga orang tua, baby.. sedangkan anak dia kat kampung sakit..

terpaksa dia tinggalkan sebab nak cari duit lebih kat malaysia.

“Bulan 5 hari tu suami dia meninggal.. so dia sekarang kena tanggung mak, abang dia yang dah tua dan anak dia yang tak sihat.. tabah betul dia.. kadang dia tengok aku suap anak-anak makan.. dia kat tepi menitik-nitik air mata.. aku nampak dia cuba sorok muka.. aku pon tak nak dia sedih terus cakap tapi tak pandang muka dia..

Sempat pula Ozlynn berseloroh untuk mencuri duit suami, Johan untuk membeli tikel kapal terbang

aku suruh dia kerja elok-elok.. nanti aku bawak anak kau datang sini melawat ko.. jangan risau pasal duit belanja dan tiket flight.. nanti aku curi duit laki aku sebab dia banyak duit.. tergelak dia sambil lap air mata dengar aku cakap.. dia bukan islam tau.. tapi dah selalu dengar aku cakap InsyaAllah, dia sendiri sebut.. yes maam, insyaAllah.. ? hareyyy betul aku lak yang sedih.. tak susah pon nak bahagiakan orang.. bagi kasih sayang… iyeee kasih sayang… percayalah korang akan bahagia juga..

Sumber: IG jozlynnhanania