Jarang kita lihat pertalian rapat antara pembantu rumah dengan majikan. Namun selebriti ini menunjukkan sebaliknya. Ozlynn Wati, isteri kesayangan Johan Raja Lawak ada memuat naik satu video surprise sempena hari jadi pembantu rumahnya.
Surprise itu nyata membuatkan pembantu rumah yang dikenali sebagai Cora terkejut dan terharu dengan ingatan tersebut.
Di dalam kapsyennya, Ozlynn memberitahu rancangan tersebut dibuat bersama dengan anaknya Ariq.
Ads
Happy birthday Cora!! Kelam kabut dia pergi panggil ariq di luar sebab kita saja buat kelam kabut konon nak mintak tolong ariq.. sekali dia kena main la cik salmah??..okay korang mesti tertanya sapa dia nih.. ok dia nurse yang jaga baby sepanjang aku bekerja kat luar.. orang yang tegas tapi penyayang.. dah sebulan lebih jaga baby.. banyak benda aku tau tentang dia dan belajar dari dia.
Di dalam kapsyen tersebut, Ozlynn turut bercerita mengenai pembantu rumahnya yang kehilangan suami tersayang dan anaknya sedang sakit di kampung.
“kita nih bersyukur masih boleh kerja di negara sendiri, nak dengan tak nak je atau memilih dengan tak.. satu malam duk dengan dia tengok dia cerita tahan sebak.. dia cakap kat sini kekadang dia di bayar untuk jaga orang tua, baby.. sedangkan anak dia kat kampung sakit..terpaksa dia tinggalkan sebab nak cari duit lebih kat malaysia.
Ads
“Bulan 5 hari tu suami dia meninggal.. so dia sekarang kena tanggung mak, abang dia yang dah tua dan anak dia yang tak sihat.. tabah betul dia.. kadang dia tengok aku suap anak-anak makan.. dia kat tepi menitik-nitik air mata.. aku nampak dia cuba sorok muka.. aku pon tak nak dia sedih terus cakap tapi tak pandang muka dia..
Ads
Sempat pula Ozlynn berseloroh untuk mencuri duit suami, Johan untuk membeli tikel kapal terbang
aku suruh dia kerja elok-elok.. nanti aku bawak anak kau datang sini melawat ko.. jangan risau pasal duit belanja dan tiket flight.. nanti aku curi duit laki aku sebab dia banyak duit.. tergelak dia sambil lap air mata dengar aku cakap.. dia bukan islam tau.. tapi dah selalu dengar aku cakap InsyaAllah, dia sendiri sebut.. yes maam, insyaAllah.. ? hareyyy betul aku lak yang sedih.. tak susah pon nak bahagiakan orang.. bagi kasih sayang… iyeee kasih sayang… percayalah korang akan bahagia juga..
Kehidupan sering kali penuh dengan cabaran, tetapi bagaimana kita bangkit semula selepas mengalami kegagalan mendefinisikan perjalanan kita. Tahun ini, Vincent Chan, yang mesra dipanggil Uncle Chan, berdepan dengan salah satu cabaran terberat dalam hidupnya, tetapi dia tidak membiarkannya menghentikan langkahnya.
Seorang Bapa dan Usahawan
Pada usia 50 tahun, Uncle Chan adalah seorang bapa kepada tiga orang anak yang pernah mengendalikan dua perniagaan yang berjaya; sebuah tadika dan pusat tuisyen. Namun, apabila kedua-dua perniagaan itu terpaksa ditutup, beliau sedar bahawa masa untuk bersara masih jauh.
Dengan tekad dan ketahanan, Uncle Chan mencari jalan baru yang bukan sahaja dapat menyokong keluarganya tetapi juga membawa kepuasan dalam hidupnya.
Cinta untuk Mengajar
Uncle Chan dan isterinya menghabiskan lebih satu dekad mendidik generasi muda melalui perniagaan pendidikan mereka. Mereka tidak memulakan perniagaan ini semata-mata untuk keuntungan kewangan; mereka melakukannya kerana rasa cinta untuk mengajar dan keinginan untuk lebih dekat dengan anak-anak mereka.
“Dahulu, kami bekerja dalam sektor korporat, sering pulang lewat dan terlepas waktu bersama anak-anak,” kongsi beliau. “Mengundurkan diri dari dunia korporat untuk memulakan perniagaan pendidikan adalah langkah berani, tetapi ia membolehkan kami sentiasa ada untuk anak-anak.”
Pada mulanya, mengendalikan perniagaan itu penuh cabaran. Mereka perlu menghadapi pelbagai halangan seperti mencari pelajar baru dan menguruskan kemudahan. Namun, seiring berjalannya waktu, mereka menemui rentak mereka.
Melihat pelajar-pelajar mereka berkembang dan berjaya menjadi ganjaran terbesar bagi mereka. “Apabila melihat perkembangan pelajar, ia adalah perasaan yang sukar digambarkan dan setiap guru pasti menghargainya,” kata Uncle Chan.
Terpaksa Tutup Perniagaan
Namun dua bulan lalu, Uncle Chan terpaksa membuat keputusan sukar. Selepas satu dekad beroperasi, dia terpaksa menutup kedua-dua perniagaan tersebut.
“Dalam situasi ekonomi yang mencabar ini, kami berdepan dengan penurunan jumlah pelajar. Setiap perniagaan memerlukan jumlah tertentu untuk bertahan, dan apabila bilangan pelajar semakin berkurangan, isteri saya menjadi letih dengan cabaran yang tidak henti-henti,” jelasnya.
Menutup perniagaan itu mungkin keputusan yang tepat dari segi kewangan, tetapi ia tetap menyakitkan.
Kehidupan Sebagai Pemandu Lalamove
Peralihan dari pendidikan ke logistik adalah pengalaman baru bagi Uncle Chan. “Dalam perniagaan saya sebelum ini, saya sentiasa berada di pusat pembelajaran. Sekarang, saya keluar dan berjumpa dengan orang baru setiap hari,” katanya.
Hari pertamanya sebagai pemandu Lalamove penuh debaran. Tanpa pengalaman sebelumnya dalam logistik, dia bersyukur kerana menerima latihan asas dari Lalamove di Pusat Pemandu di Bandar Kinrara.
“Latihan itu sangat berguna, tetapi menerapkannya dalam praktikal adalah cerita yang berbeza.”
Penghantaran pertamanya adalah sebuah generator, dan walaupun dia berasa gementar, dia gembira kerana ia berjalan lancar. Uncle Chan juga menghargai fleksibiliti yang ditawarkan Lalamove.
Dia boleh memilih pekerjaan yang sesuai dengan jadualnya, yang sangat penting kerana dia perlu mengambil anak-anaknya dari sekolah pada waktu petang.
Pada usianya, Uncle Chan mengehadkan diri kepada tujuh pesanan sehari; cukup untuk menyara hidupnya sambil mempertimbangkan kemampuannya. “Saya ambil sebanyak mana pesanan yang saya boleh urus sahaja,” ujarnya.
Mahu Hidup Bahagia & Harmoni Bersama Keluarga
Matlamat utama Uncle Chan dalam hidup adalah sederhana: untuk hidup bahagia dan harmoni bersama keluarganya. “Adalah penting bagi saya untuk mencari pekerjaan yang membuatkan saya bahagia, bukan hanya dari segi kewangan tetapi juga emosi,” tegas lelaki hebat ini.
Lalamove menyambut individu dari pelbagai latar belakang untuk menyertai sebagai rakan pemandu. Jika anda sedang mencari pekerjaan yang menawarkan fleksibiliti yang tiada tandingan, mungkin inilah masa yang tepat untuk mempertimbangkan Lalamove.
Uncle Chan adalah contoh nyata bagaimana semangat dan ketahanan dapat mengubah haluan hidup, memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus berusaha meskipun dalam keadaan yang sukar.
Ingatlah, kehidupan belum berakhir jika ditakdirkan kita gagal untuk kali pertama. Terus bangkit dan berusaha untuk menjadi lebih baik selepas itu. Bagi anda yang terinspirasi dengan kisah Uncle Chan dan mahu cuba mencari rezeki bersama Lalamove, sila layari https://www.lalamove.com/ms-my/driver untuk maklumat lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tekanan darah (blood pressure – BP) tinggi dikenali sebagai pembunuh senyap kerana simptom-simptomnya jarang dijumpai pada peringkat awal. Oleh yang demikian, satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada ahli keluarga kita menghidap tekanan darah tinggi atau tidak adalah dengan mengukur tekanan darah menggunakan alatan khusus yang boleh dibeli di farmasi atau pun pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan kesihatan.
Menyentuh tentang rawatan atau kaedah untuk mengawal tekanan darah, selain dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa mengambil ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor, anda juga boleh usahakan seperti yang dipraktikkan oleh wanita ini dalam mengawal masalah darah tingginya. Terbukti menurutnya, bacaan darah dapat dikawal dengan baik.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Stabilkan Bacaan Tekanan Darah
Darah Tinggi Kena kawal pemakanan jangan bergantung pada petua sahaja supaya stabil selalu. Dah 3 bulan saya diet dan kekalkan bacaan darah seperti ini 70-80/125
Cara nak bagi darah cantik bergantung pada pemakanan harian kita. Saya cuma makan ikan, ayam dan daging sebulan sekali saja.
Banyakkan minum sayur dan jus. Makan nasi beras BROWN RICE sahaja. Setiap hari minum jus timun dan epal hijau.
Jus cincau minum hanya bila bacaan tekanan darah tinggi saja. Bila dah normal
Cepat cepat berhenti minum cincau sebab takut merudum turun ‘ bahaya’. Jadi untuk kebaikkan dan keselamatan kena ada BLOOD PRESSURE MONITOR dirumah…beli satu
Cincau tak boleh makan untuk jangka masa yang lama dan ada sukatannya. Saya minum jus cincau 8 hari saja kemudian terus stop bila darah dah normal. Sekali minum 200gram cincau. 2 kali sehari.
Jika darah anda tidak terlalu tinggi cukup sehari sekali saja – 250gram
Cincau hendaklah dikisar campur air 1 gelas supaya cepat berkesan ( jangan tambah apa apa terutama GULA) dan cincau mestilah guna cincau TANPA GULA dan PERASA sahaja.
Untuk maintainkannya bergantung kepada pengambilan makanan harian kita dan minum jus TIMUN 1 biji setiap hari. Untuk lebih baik campur epal hijau sebiji.
Jangan makan macam macam..kena kawal pemakanan…langkah paling baik untuk kesihatan yang baik.
Kalau nak buat cincau sendiri paling mudah pergi beli daun cincau kering di
Kedai sinsei cina’…tanya dia cara cara nak buat atau masak. Dalam google pun banyak resepi buat cincau. Cincau dibuat dari daun. Ada pokoknya. Beli pokok dalam shopee lazada pun ada dijual. Tanam nanti boleh buat cincau sendiri dan boleh jual pada jiran jiran.
Selalu juga kita mendengar keluhan orang lain tentang pasangan mereka, ada sahaja yang tidak kena.
“Dia tak suka masak…”, “Balik-balik rumah masih tak kemas…” dan macam-macam lagi.
Walaupun keluhan itu seakan melepaskan rasa tidak puas hati, namun sedarlah setiap antara kita tidak ‘perfect’.
Bahkan perkahwinan itu adalah melengkapkan antara satu sama lain dan perlu ingat bahawa kita berkahwin dengan manusia biasa dan bukannya malaikat. Ini sebagaimana perkongsian Ahmad Affzan Abdullah.
Pasangan Kita Juga Manusia Biasa
Untuk adik-adik yang merancang untuk berkahwin, sedang berkahwin atau dah lama kahwin, ingin aku berkongsi sedikit petua.
Antara perkara yang kita selalu kena peringatkan diri, ialah kenyataan bahawa pasangan kita ini manusia biasa.
Kita berkahwin dengan manusia.
Ada kalanya dia sedih, adakalanya dia malas, adakalanya dia rasa down, adakalanya stress. Semua ni sifat manusia.
Kalau pasangan kita itu sepanjang masa memang bertanggungjawab, selalu tolong kita, tapi ada satu dua masa dia rasa down dan buat perkara yang tak kena pada pandangan kita, kita maafkanlah.
Kita bukan kahwin dengan malaikat.
Isteri kita memang rajin buat kerja untuk keluarga, rajin masak. Kalau satu hari kita balik kerja tengok tak ada makanan terhidang, janganlah bagi komen sarkastik “Hai, makan angin je ke kita malam ni?”
Mungkin isteri kita penat, mungkin dia tengah sedih kena marah dekat ofis. Komen sarkastik kita tak membantu.
Apa kata kita terus cakap, “Jom kita makan luar malam ni. Abang belanja.”
Bukankah itu lebih baik? Terubat sikit hati isteri yang luka.
Suami kita juga biasanya memang rajin mengemas, rajin basuh pinggan basuh baju. Tapi ada satu hari dia tinggalkan kain pelikat bergulung atas lantai, janganlah kita terus membebel tak berhenti-henti.
Pejam sebelah mata, dan angkat sajalah kain itu masuk ke tempat baju kotor.
Pasangan kita manusia. Ada hari dia malas, ada hari dia terlupa, ada hari dia nak cepat lalu tak sempat buat rutin kebiasaan.
Ini kita kena faham dan kena selalu ingatkan diri.
Lainlah kalau pasangan kita memang bermasalah, memang pemalas setiap hari, memang tak bertanggungjawab. Kalau ini, memang perlu sesi kaunseling, tak boleh berdiam diri.
Namun jika pasangan kita dalam kebanyakan masanya memang terbaik, bertimbang rasalah. Jangan sampai tidak ada ruang untuk pasangan kita bersifat dengan sifat manusiawi.
Sekali-sekala terlupa, alpa, malas, penat, rasa down, ‘slack off’, kita yang okey ini tampunglah mereka. Bukan tinggalkan mereka keseorangan apatah lagi membebel dan menyindir yang tak mendatangkan sebarang solusi positif.
Kita terima pasangan kita sebagai manusia yang ada cacat celanya.
Kita terima kekuatan dia, kita juga terima kelemahan pasangan kita.
Waktu dia kuat, waktu dia lemah, kita sentiasa ada di sisi, memberi sokongan dan bantuan tanpa mengira waktu.
Itulah hakikat rumahtangga, berkongsi hidup bersama-sama.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.