
Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan pasangan, Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansso mengumumkan bakal menerima cahaya mata sulung pada Julai nanti.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu hantaran di Instagram kira-kira satu jam lalu pada Sabtu.
Melalui akaun yang dikenali sebagai Ijo_ baginda bertitah:
“Mac 2023, saya dan suami dengan gembira ingin mengumumkan kami bakal menerima cahaya mata pertama. Kelahiran tersebut dijangka pada Julai 2023.”
Berita gembira tersebut telah mendapat tanda gembira lebih 13,000 pengikutnya serta lebih 1,000 komen di Instagram.
Pasangan diraja tersebut telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 April 2019.
Sumber : Instagram Sofie Louise Johansson Petra
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
“Percaya Jodoh Ini Ketentuan & Takdir Yang Tertulis.” Lepas 9 Bulan Solo, Saida Pilih Teman Lama Sebagai Suami

Kakak kepada Penyanyi nombor satu Negara, Saida selamat mendirikan rumah tangga buat kali ketiga pada 12 Disember lalu.
Memilih teman lama Mohd Nooraizal Rasip sebagai suami, pasangan ini mula serius selepas lima bulan menjalinkan hubungan.
Menurut Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin, dia sudah pun berpisah dengan bekas suami sejak Mac lalu dan perkahwinan mereka bertahan empat tahun.
“Saya memang sudah berpisah dengan bekas suami cuma memilih untuk tidak menggembar-gemburkannya. Saya anggap jodoh tak panjang antara kami.
“Dalam tempoh kembali solo, saya tidak menduga insan yang sudah lama dikenali atas kawan itu kini bergelar suami.
“Saya percaya jodoh baru ini juga ketentuan dan takdir yang tertulis. Di saat sedikit demi sedikit tertutup hati, saya membukanya semula tanpa diduga,” katanya.
Saida yang kini berusia 45 tahun pada 13 Disember lalu memaklumkan suaminya bertugas sebagai pengurus kanan bahagian operasi di sebuah syarikat dan usia mereka juga sebaya.
“Dia masih bujang. Kehadirannya memberi cahaya dalam hidup saya. Dia menerima saya dan anak seadanya. Saya tertarik dengan kedewasaan, kejujuran dan keikhlasan hati dia.
“Usianya sendiri juga sudah molek untuk berumah tangga. Dia sendiri memikul tanggungjawab menjaga lima orang adik perempuannya. Itu juga yang buat saya yakin dia boleh menjaga saya dengan baik.
“Segala-galanya turut dipermudahkan dan restu keluarga masing masing cukup penting hingga menyaksikan ikatan serta bahtera perkahwinan ini terpateri.
“Kami bernikah dan bersanding pada hari sama. Insya-Allah berkemungkinan ada lagi sebuah majlis untuk sanak saudara sebelah suami sedang dirancang,” katanya lagi.
Dia dalam pada itu memberitahu anak bongsunya, Siti Nurul Mashitah tinggal bersama sementara tiga lagi anaknya tinggal bersama bapa mereka.
Terdahulu, Saida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.
Kemudian Saida berkahwin untuk kali kedua pada 2016 bersama ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat.
Sumber: sitinorsaidatarudin
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Terima ‘Surat I Love You’ Rakan Sekelas, Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Anak Tak Mahu Ke Sekolah!

Perkongsian Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang bercerita mengenai anak lelakinya yang menerima ‘surat cinta’ dari rakan perempuannya menyorot perhatian ramai.
Kongsi bapa kepada tujuh orang cahaya mata, anak kembarnya, Noah berhadapan situasi cemas apabila menerima sepucuk surat daripada rakan perempuannya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Dr Sheikh Muszaphar berkongsi momen Noah meminta izin untuk tidak hadir ke sekolah kerana malu untuk berhadapan rakan sekelasnya itu.
“Noah mesej saya semalam semasa saya masih lagi di Sibu.
“Dia panik sebab ada seorang rakan perempuan yang menulis surat kepadanya.
“Surat itu mengandungi mesej ‘I Love You‘.
“Sekarang Noah tidak mahu ke sekolah kerana dia malu dan takut. Mereka baru darjah dua,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar dilihat turut terhibur dengan kereneh anak lelakinya yang berhadapan situasi tersebut pada usianya lapan tahun.
Meninjau diruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan kerenah Noah namun memuji sikap anak kembar itu yang bersikap terbuka dengan ibu bapanya.
Sumber: Instagram @drsheikhmuszaphar
Kembar Menangis Ditinggalkan Dalam Kereta, Hanya Buka Tingkap! Mak, Ayah, Atuk Dan Nenek Seronok Pergi Open House

Hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi, bulan Syawal akan meninggalkan kita. Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk membuat rumah terbuka bagi mengeratkan silaturahim di antara kita.
Namun kejadian yang berlaku baru-baru ini agak mengecewakan apabila seorang wanita terjumpa sepasang kembar yang sedang menangis di dalam sebuah kereta Perodua Aruz.
Kisah ini dikongsikan oleh Nana Nados di akaun Facebook miliknya, di mana beliau memaklumkan mendengar tangisan dua kanak-kanak yang didakwa kembar di dalam sebuah kereta Perodua Aruz di Taman Kajang Impian.
Setibanya beliau ke kereta tersebut, beliau memaklumkan sempat memberikan air kotak untuk menenangkan dua kanak-kanak ini.
Wanita ini terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk bertemu ibu bapa, datuk dan nenek mereka kembali semula ke kereta selepas beraya ke rumah terbuka berdekatan.
Dimaklumkan penjaga kepada dua kanak-kanak ini sekadar mengangkat tangan dan senyum kepada wanita ini kerana membantu. Walau bagaimanapun, reaksi berbeza daripada ibu kanak-kanak ini yang didakwa seolah tidak mengendah perkara yang berlaku.
Perkongsian yang dibuat wanita ini telah mendapat perhatian para netizen di mana rata-ratanya menyelar tindakan penjaga dua kanak-kanak ini.
Malah, terdapat netizen yang mencadangkan agar wanita ini membuat laporan isu pengabaian kanak-kanak pada pihak yang bertanggungjawab.
Di ruang komen, ramai yang berharap agar ibu bapa serta penjaga kanak-kanak agar lebih mengambil serius berkenaan perkara ini kerana apa sahaja boleh berlaku lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut bertindak di luar kawalan.
Semoga kisah ini menjadi ikhtibar kepada masyarakat agar lebih peka dan bertanggungjawab.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club