Tengah Top Ustaz Nazrey Dapat Panggilan Dari Pendakwah Beritahu Hanya 2,3 Orang Je Solat. Legend Raihan Tetap Menyinar!

Share

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan Raihan yang merupakan kumpulan nasyid yang popular dalam sejarah muzik negara. Kumpulan ini juga pernah mencatat hasil penjualan album tertinggi di Malaysia, iaitu melebihi 600,000 unit jualan.

Hal ini adalah sesuatu yang menjadi kebanggaan arena nasyid tanah air dengan kejayaan kumpulan nasyid ulung ini yang tercatat dalam “Malaysia Book of Record”. Hasil penjualan keseluruhan album Raihan kini telahpun menghampiri angka 2 juta unit.

Lebih istimewa kumpulan ini Kumpulan ini berjaya membuat persembahan di hadapan Ratu England – HRH Elizabeth II suatu waktu dahulu pada zaman kegemilangan mereka. Selain daripada kejayaan ini, Raihan juga adalah antara artis Malaysia yang pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall, London

Untuk rekod, Raihan adalah sebuah kumpulan muzik yang merupakan perintis kepada nasyid modern. Kumpulan Raihan yang pada asalnya dianggotai oleh Zarie Ahmad, Abu Bakar, Nazrey Johani, Amran Ibrahim, dan Che Amran Idris ini.

Bagaimana pun, salah seorang ahlinya yang juga vokalis bersuara lunak merdu, Nazrey Johani telah mengambil keputusan untuk berhenti dari dunia hiburan.

Ramai peminat nasyid terkilan dengan pengumuman itu suatu ketika dulu. Terkini baru-baru ini menerusi perkongsian saudara Taufiq Razif  sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada penyanyi legend ini.

“Masa tengah top tu lah tiba tiba Ustaz Nazrey dapat satu panggilan daripada pendakwah di Sabah yang juga guru agamanya.”

Ikuti sebuah perkongsian yang sungguh inspirasi ini.

Ustaz, kenapa Ustaz berhenti Raihan?

Fuh. Leganya bila boleh tanya sendiri pada bekas vokalis Raihan ni. Rasanya dah berpuluh tahun saya pendam persoalan ini.

Masa tengah top tu lah tiba tiba Ustaz Nazrey dapat satu panggilan daripada pendakwah di Sabah yang juga guru agamanya.

“Bila nak datang Sabah? Sini ada 2,3 orang je solat jemaah kalau awak datang sini sekurang kurangnya bertambah la juga bilangan jemaah”

Beberapa hari juga Ustaz Nazrey ambil masa untuk berfikir dan akhirnya dia bulatkan hati untuk turun dakwah ke Sabah.

Masa berganti masa. 10 hari lamanya Ustaz Nazrey sudah di Sabah. “Saya tak boleh tinggalkan dakwah di Sabah ni” Ustaz Nazrey tekad!

Akhirnya setelah menimbang baik buruk dan kerana sayangkan agama maka Ustaz Nazrey ambil keputusan untuk fokus 100% dakwah di Sabah.

 

Ustaz Nazrey bagitahu saya tak mudah nak buat keputusan tu. Bayangkan masa tu dia antara artis paling terkenal di Malaysia dengan jualan album dia sahaja lebih daripada 800,000 unit! Sampai sekarang pun tak ada mana mana artis di Malaysia boleh pecahkan rekod tu.

Ustaz Nazrey juga kata masa tu dia dah biasa tidur hotel 5 bintang dan dihormati oleh ramai orang tapi tiba tiba je bila datang Sabah kena jadi orang kampung biasa dan kena bersusah payah buat kerja dakwah.

Begitulah kawan kawan, kehebatan seseorang kadangkala bukan dilihat pada kejayaan dan pencapaian dirinya.

Tetapi kehebatan seseorang juga dilihat pada seberapa banyak dan seberapa sanggup dia berkorban

Ibu yang hebat adalah ibu yang paling banyak berkorban. Ayah yang hebat adalah ayah yang paling banyak berkorban. Begitu juga dengan yang lainnya.

Mereka mungkin tak dapat pingat atau balasan di dunia tetapi percayalah pengorbanan mereka nanti akan sangat bernilai ketika di alam sana nanti. Sebak.

 

 

 

Sumber: FB Taufiq Razif dan budiey.com

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club