Sesetengah mak-mak happy kalau gas habis, maknanya tak perlu masak. Makan kat luar je! Tapi… Kalau habis tengah syok memasak, ‘potong’ mood juga kan?
Nak-nak lagi kalau masak waktu malam, siapa je nak layan kita hantar gas ke rumah. Betul tak?
Setuju tak kalau kata orang Malaysia ni ramai yang cerdik? Kalau plan A tak berjaya, ada je idea mereka mengolah ke plan B!
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang wanita berkongsi ‘backup plan’ untuk memasak kalau gas tiba-tiba habis. Menerusi video yang dimuat naik oleh @miss_donyaa, kelihatan dia sedang menunjukkan cara memasak apabila gas habis dengan menggunakan beberapa barangan yang ada di rumah.
Apa yang anda perlukan adalah loyang, kain dan minyak masak terpakai. Pertama sekali, gumpalkan kain sehingga menjadi bentuk bulat dan masukkannya ke dalam loyang. Kemudian, isi loyang tersebut dengan minyak masak terpakai. Hidupkan api dan siap!
Pada akhir video itu, kelihatan wanita itu sedang memasak steamboat bersama keluarganya dengan menggunakan teknik tersebut. Dia juga berpesan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan kerana teknik ini melibatkan penggunaan api.
@miss_donyaa Reply to @kambingchomel85 penyelamat di kala gas kat rumah tiba-tiba habis… #gashabis #blackout #emergency #minyakterpakai #reusablecookingoil #banjir ♬ Ting Ting Ting – 𝕽𝖎𝖆𝖓..𝓐
Perkongsiannya menarik perhatian ramai orang dengan meraih 1.7 juta penonton di Tiktok. Malah bukan sahaja berkongsi cara menghidupkan api, pemilik akaun Tiktok tersebut juga menunjukkan teknik untuk memadamkan api tersebut di video lain yang dimuat naik.
@miss_donyaa Ok,ni cara2 nak padamkan api yg penting korang sediakan dulu semua bahan dan jangan panik! Kalau panik biar akak sorang je buat korang takyah ok. #utamakankeselamatan #tiktokguru_malaysia #learnontiktok ♬ Panik ngga – Ragil
Menjengah di ruangan komen, masing-masing memberi pelbagai reaksi tentang perkongsian tersebut.
Sumber : @miss_donyaa
Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Jom sertai E-Keluargagader https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/