Tengah Solat Tetiba Mak Panggil. Pu Azman Beri Pencerahan Apa Nak Kena Buat

Share

Penjelasan daripada Pu Azman atau lebih mesra disapa Cik Man ini bermanfaat untuk dikongsikan bersama. Ianya tentang delima seorang anak berdepan dengan situasi apabila dipanggil oleh orang tuanya, sama perlu sahut atau sebaliknya.

Nyata perkongsian ilmu ini mendapat like yang banyak. Malah tidak kurang juga ada yang berkongsi pendapat tentang cara mereka memberi reaksi bila dipanggil oleh ibu ayah ketika solat. Pun begitu, andai masih ada yang belum tahu tentang perkara ini, jom baca perkongsian penuh Pu Azman.

Ulama berbeza pendapat, kalau mak ayah panggil masa tengah solat, nak sahut (keluar solat) atau tak? 

Ada yang melihat dari sudut jenis solat. Kalau solat sunat, maka sahut. Kalau fardhu, tak perlu sahut. Ini berdasarkan hadis kisah Juraij.

Juraij sedang solat, mak dia panggil tapi dia tak sahut. Lalu maknya doakan yang tak indah. Dia ditimpa musibah. Imam Nawawi yang mensyarahkan sohih Muslim meletakkan hadis ni dalam bab “MENDAHULUKAN BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA DARIPADA SOLAT SUNAT”.

Ada pendapat berdasarkan situasi ibu bapa. Boleh sahut kalau ibu bapa panggil kerana kecemasan.

Ada yang melihat dari sudut waktu. Kalau solat dekat nak habis waktu, maka tak perlu sahut. Kalau masih panjang lagi, maka boleh sahut.

Ada di kalangan ulama yang menyarankan tak perlu berhenti solat, tapi bagi sebarang isyarat untuk menunjukkan sedang solat, seperti berdehem, tasbih atau dengan isyarat tangan.

Kena faham, isu ini adalah isu perbezaan pendapat. Maka pilihlah dengan ilmu, situasi dan kejujuran. Yang penting, tak perlu sahut kalau MAKlaikat Izrail dah “panggil”.

sumber : ig pu_azman