“Arrgghh… Stresnya aku tengok anak-anak lipas yang berkeliaran dalam kereta ni. Manalah agaknya sarang dia. Tak boleh jadi, nanti dibiarkan makin seronok dia beranak-pinak. Apa cara halau lipas dan kaum kerabat dia semua sekaligus ya?”
Bila anak-anak duduk dalam kereta, biasanya mesti ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal, bukan? Jadi, tak hairanlah kereta mudah menjadi tempat pembiakan lipas.
Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah kereta yang bersih dan masih menjadi kegemaran lipas. Puas kita halau, masih muncul lagi lepas beberapa hari.
Tapi, kalau asyik ‘spray’ berkali-kali, takut kita pula yang pening. Kesan bahan kimianya pula dikhuatiri membahayakan anak kecil. Jadi, apa yang patut buat?
Jangan risau, di sini kami senaraikan 9 petua menghalau lipas secara semulajadi. Tentu selamat dan sesuai bagi anda yang ada anak kecil.
9 CARA HALAU LIPAS DALAM KERETA GUNA BAHAN SEMULAJADI
Berikut adalah 9 petua dan cara halau lipas dengan menggunakan bahan semulajadi. Mudah, tapi amat berkesan!
1. DAUN PANDAN
Salah satu cara paling mudah dan berkesan adalah menggunakan daun pandan. Baunya yang kuat dan wangi ini amat dibenci oleh lipas.
Caranya mudah, cuci terlebih dahulu dan hiriskan daun ini untuk mengeluarkan baunya. Kemudian, isikan dalam beg kain yang berjaring halus.
Kalau nak ikatkan dan letak terus dalam kereta pun boleh, tapi jangan biarkan sampai terlalu kering dan reput kerana nanti susah mencucinya. Malah, mungkin boleh menarik serangga lain pula.
Ads
2. DAUN DURIAN BELANDA
Daun durian belanda juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Caranya hampir sama dengan daun pandan di atas. Tapi, ada yang mengatakan ianya lebih berkesan apabila digunakan apabila daunnya telah kering.
Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda, anda boleh cuba meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta.
3. SEMBURAN SERAI WANGI
Semburan serai wangi adalah salah satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang dalam kereta anda.
Patinya boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan di seluruh kereta, terutamanya pada bahagian karpet.
Ada juga yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan.
4. BAKING SODA
Salah satu petua menghalau lipas yang berkesan adalah menggunakan baking soda. Ia bukan saja toksik terhadap lipas, tetapi ia boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda.
Taburkan selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda memvakumkannya semula.
Ads
5. ‘GLUE TRAP’
Perangkap gam atau ‘glue trap’ banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Seeloknya, cari yang berlabel anti-toksik atau semulajadi.
Letakkan perangkap ini pada waktu malam kerana waktu inilah lipas-lipas sedang aktif. Ia perlu digunakan dan ditukar dengan kerap sehinggalah lipas-lipas ini hilang sepenuhnya.
6. PERANGKAP BOTOL MINUMAN
Salah satu perangkap yang paling mudah dibuat adalah perangkap botol minuman seperti yang dibuat oleh Puan Sharifah.
Ambil botol air minuman dan tinggalkan sedikit sisa di dalamnya. Kemudian, biarkan botolnya terbuka dan selitkan botol pada tepi seat kereta dalam keadaan menegak. Dalam posisi ini, barulah lipas akan susah untuk memanjat keluar.
Biarkan semalaman atau 2-3 hari dan anda pasti akan mendapati ada banyak lipas yang terperangkap di dalamnya.
Anda juga boleh mencampurkan sisa makanan dengan sedikit larutan baking soda untuk membunuh lipas tersebut.
7. LISTERINE
Salah satu petua menghalau lipas yang boleh anda cuba adalah menggunakan Listerine.
Ads
Penyegar mulut dan nafas ini boleh digunakan sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Sebaiknya, pilih bau pudina yang paling kuat. Semburkan dalam kereta anda termasuklah di bahagian tersembunyi.
8. MINYAK AROMATERAPI
Bagi anda yang mempunyai koleksi minyak aromaterapi, bolehlah menggunakan wangian tea tree oil, peppermint atau lemongrass untuk menghalau lipas-lipas ini daripada terus bersarang dalam kereta anda.
Namun, jika masih ada telur-telurnya, mungkin ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan berkesan.
9. VAKUM BAWAH KARPET
Kebanyakan lipas ini bersarang di dalam rangka kereta kerana ianya sukar dicapai oleh manusia. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan semakin teruk, cuba bawa kereta anda ke carwash untuk cuci bahagian karpet kereta atau bahagian-bahagian tersorok di bawahnya.
Mereka juga mungkin mempunyai solusi lain dan teknik tersendiri untuk membunuh lipas ini dengan pantas dan berkesan.
JAGA KEBERSIHAN DALAM KERETA JUGA OK!
Dalam tempoh membunuh dan menghalau lipas ini, cuba elakkan daripada makan di dalam kereta. Jika ada sisa makanan, cepat-cepat bersihkan dan jangan tinggalkannya semalaman kerana lipas-lipas kereta ini dapat membiak dengan cepat ya.
Tiada istilah sudah terlewat untuk belajar asalkan ada keinginan untuk melakukannya. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Bagi vokalis Kumpulan Amuk, Bandi yang berkongsi kisah mengikuti kelas al-Quran dengan bermula dari Iqa.
Tidak malu berbuat demikian walaupun usianya sudah menjangkau 55 tahun, akui Bandi buat apa nak malu kerana itu adalah benda baik.
“Ketika mula menyertai kelas itu, mereka tanya saya nak bermula dari mana? Saya jawab nak mula dari Iqra semula. Dulu waktu belajar, makcik yang mengajar itu hanya menyapu sampah sambil mendengar kita membacanya. Kemudian dia tegur kita salah baca. Dia boleh tahu yang tajwid saya salah. Itu buat saya ambil keputusan belajar semula.
“Saya boleh membaca al-Quran, cuma dulu belajar tak habis. Saya penat apabila orang asyik bercerita hal dunia kerana dari dulu sehinggalah usia saya sekarang, saya belum khatam al-Quran,” kata Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat berkata, dia kini mengikuti kelas al-Quran tiga kali seminggu bermula dari Iqra.
Bandi Amuk (Tengah) ketika mengikuti program keagamaan.
Menurut Bandi lagi, dia mula belajar al-Quran setahun lalu namun kadang-kadang proses pembelajarannya terhenti apabila dia mendapat tawaran mengadakan persembahan di luar Johor Bahru.
“Kadang-kadang saya terfikir perlu menghabiskannya. Baru-baru ini sebaik tiba di rumah selepas balik dari menjayakan persembahan di Sabah, saya segera bersiap-siap dan pergi belajar kerana ia tanggungjawab.
“Saya ada juga mengajak rakan-rakan lain turut serta. Kalau bolehlah dalam usia begini, kita kurangkan cerita hal dunia,” katanya.
Dalam pada itu, Bandi turut bersyukur kerana anak keempatnya, Muhammad Saiful Affique, 22, sudah pulih daripada masalah ketumbuhan di bahagian belakang paru-paru.
Alhamdulillah Affique makin sihat. Saya tidak dapat melupakan insiden cemas itu. Macam tak percaya dia ada ketumbuhan sepanjang 9 sentimeter (sm) dan selebar 15sm kerana nampak sihat. Saya sendiri tak pasti macam mana dia boleh kena penyakit ini.
“Mungkin disebabkan faktor pemakanan dan saya anggap ini dugaan buat kami. Apa yang penting, dia kembali cergas dan menunjukkan perubahan ketara dalam hidupnya.
“Dia semakin rajin ke masjid dan membaca al-Quran. Sebagai bapa, saya sangat terharu dengan perubahan ini dan sering berdoa untuk kebaikannya.
“Alhamdulillah Tuhan permudahkan urusannya dan dia baru selesai belajar di UiTM (Universiti Teknologi Mara) dalam jurusan Komunikasi Massa dan sedang tunggu keputusan diploma.
“Dia berhasrat untuk sambung ambil ijazah sarjana muda dan kini belajar sementara. Berkat doa kawan-kawan dan semua, syukurlah kesihatannya makin baik.
“Saya sekarang jaga pemakanan serta minumannya. Begitu juga makanan tambahan kerana ia perlu diambil oleh anak saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro & Ohbulan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rasa susah diawal perkahwinan merupakan lumrah bagi pasangan suami isteri. Walaupun hidup di dalam rumah yang serba kekurangan, namun itulah syurga buat kita anak beranak.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Shamira Mira yang mencuri perhatian warganet apabila berkongsi gambar transformasi kediaman yang dihuni oleh mereka anak beranak.
Dia sedikit pun tidak berasa malu malah bersyukur dengan hasil titik peluh suaminya. Bermula daripada rumah tersebut dapat mereka anak beranak berteduh daripada hujan dan panas.
Difahamkan juga, pondok tersebut dibina menggunakan kayu-kayu terpakai dan itu sedikit pun tidak menghalang Puan Shamira untuk mempastikan rumah yang dihuni tetap selesa dan cantik mata memandang.
“Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Titik permulaan kami suami isteri. Memang nekad sungguh-sungguh, apa orang kata pekakkan telinga sahaja. Cara kita hidup kita.
“Tak sedih pon, tak malu pun nak share awal-awal kejadian rumah kami, mungkin masa ni layak dipanggil pondok.” tulisnya berkongsi kisah.
Turut dikongsikan juga bahawa suaminya begitu gigih menyiapkan rumah tersebut dengan bertukang siang hingga ke malam.
Masa ni lah plan dari pondok bertukar rumah. Buat sikit-sikit.
Saban hari, kes jangkitan meningkat Covid-19 meningkat begitu juga dengan kematian memberi khabar duka buat seluruh rakyat Malaysia.
Dalam kebimbangan terhadap penularan wabak bahaya ini, sudah pastinya para frontliner bagaikan wira yang sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan tanpa kira masa.
Namun salah satu peranan yang jarang didendangkan adalah penggali kubur. Mereka sebenarnya adalah individu yang memainkan peranan besar dalam mengendalikan jenazah terutama jenazah Covid-19.
Bagaimana pun hari ini, sempena ambutan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H, hari ini, peranan penggali kubur dinobatkan dalam senarai barisan hadapan.
Ini terbukti apabila Penggali kubur, Roslee Ali, 63, dipilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Tokoh Frontliner pada sambutan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021H.
Memetik Harian Metro, Roslee berkhidmat sebagai penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak Taman Selaseh sejak tahun 2011.
Pemilihan Roslee dibuat atas sumbangan beliau dalam pengebumian jenazah Covid-19 sejak pandemik melanda negara serta pernah menyediakan sekitar 40 liang lahad dalam sehari.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail, Jawatankuasa Panel Pemilihan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021M memuktamadkan pemilihan pemenang pada 26 Julai lalu dengan mengambil kira sumbangan individu terbabit dalam bidang masing-masing ke arah memperkukuhkan syiar dan syariat Islam di negara ini.
Serta termasuk sumbangan mereka khususnya di Wilayah Persekutuan berdasarkan beberapa kriteria termasuk daya kepimpinan dan teladan, sumbangan kepada masyarakat serta sumbangan kepada organisasi dan sumbangan peringkat negeri. Kesemua pemenang anugerah menerima hadiah wang tunai, sijil dan plak.
Penerima anugerah.
Anugerah Tokoh Utama Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H: Mantan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat.
Anugerah Tokoh Frontliner: Penggali kubur, Roslee Ali di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak Taman Selaseh.
Anugerah Tokoh Frontliner: Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Ismuni Bohari
Anugerah Tokoh Korporat: pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn. Bhd, Datuk Ramly Mokni
Anugerah Tokoh Pendakwah Kreatif: Pengacara dan Personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya.
Anugerah Tokoh Mualaf: Nur Maisarah Leong Yoke Keen yang merupakan Pembantu Mubaligh, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...