
Sejak Isnin lalu, telah bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi anak-anak tingkatan lima seluruh negara. Ketika ini segala rasa takut, cemas, gementar ada dalam jiwa anak-anak dan juga ibu bapa kerana peperiksaan inilah sebagai penentu untuk masa depan pendidikan mereka.
Bagi mengelakkan rasa cemas dan buntu ketika memikirkan jawapan sepanjang peperiksaan berlangsung, Pendakwah Selebriti, Ustaz Don telah memberi tip untuk adik-adik calon SPM di laman Instagramnya. Dia yang ketika itu sedang dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah sempat ‘belanja’ gambar lama ketika tahun 2014, iaitu 13 tahun selepas habis menduduki peperiksaan tersebut.
“Berpesan para Ulama’ dan orang-orang soleh, ketika menduduki peperiksaan, banyakkan berselawat terutamanya ketika kita buntu tak dapat jawapan, letakkan pen ataupun pensil seketika, luangkan masa 5 minit untuk berselawat hanya 5 minit jaa. InshaaAllah berkat selawat yang kita baca tadi, Allah akan membuka Futuhat (pintu2 kefahaman) supaya kita memahami dan ada idea untuk kita menjawab soalan yang kita buntu tadi. Berkat nama Nabi Muhammad SAW. Wallahu’alam” tulisnya.
Dalam pada itu, Ustaz Don berharap tip ini dapat membantu adik-adik yang menduduki SPM.
.
“Semoga tips ini membantu abang-abang dan kakak-kakak yang sedang menduduki SPM yang dalam keadaan cemas dan sebagainya yang hanya tinggai diri dia dengan Allah ta’ala sahaja ketika peperiksaan itu, membantu. Wallahu’alam.” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, ada beberapa pengikut di laman Instagram ustaz mengakui keberkesanan mengamalkan selawat ketika buntu dan panik semasa peperiksaan berlangsung. Malah ada yang turut mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi tip untuk anak-anak SPM
Sumber : Instagram Ustaz Don Daniyal
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Gaji Puluh Ribu, Pilot Ini Kongsi Syarat Wajib Kena Ada

Ramai yang mempunyai impian untuk bergelar ‘Pilot’ atau Juruterbang. Populariti kerjaya ini sungguhnya menjadi idaman semua orang.
Ikuti perkongsian bekas Kapten pesawat dan Jurulatih Kapal Terbang pesawat PDRM, Mohd Ezairol Rezan Zainol yang menceritakan lebih jelas kerjaya ini.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
DISEBALIK KERJAYA MR PILOT, SYARAT WAJIB MESTI ADA ‘3K’
Mengejar Impian Di Awan Biru – Inspirasi Filem Top Gun 1986
Relax… Tak Panjang Pun ✈
” Tidaklah penting dari mana kita berasal, yang lebih penting adalah ke manakah kita akan melangkah”.
Aku percaya semua orang punyai impian. Impian itulah pemberi semangat dan motivasi untuk kita berjaya.
Cubalah untuk mencapai setinggi mana pun impian kita. Kalau gagal, paling tidak kita dah mencuba.
Belum cuba, belum tahu… Kata Sudin kepada Aziz dalam cerita “Seniman Bujang Lapok”Betul tak.
Aku sendiri tidak pernah menyesal atau malu mengaku dilahirkan dalam keluarga kurang berkemampuan.
Malah aku rasa bersyukur kerana kehidupan aku sebagai anak kampung punya kisah yang berwarna-warni.
Pendek kata, macam-macam fasa kehidupan telah aku lalui dan kerana kemiskinan itulah menjadikan aku kuat dalam mengharungi dugaan kehidupan.
Aku masih teringat saat susahnya hidup masa aku kecil dulu. Sebiji telur goreng dipotong dua, setengah buat makan tengahari, setengah lagi buat makan malam.
Aduh, ter flashback pulok cerita sedih dulu.
Ok, lets back to the main story..
Berbalik kepada cerita mengejar impian, jarang impian dikaitkan dengan benda yang kita tak suka.
Masa aku sekolah dulu, cerita “Top Gun” lakonan “Tom Cruise” aka “Maverick” menjadi pujaan dan kegilaan ramai.
Aku pun tak tahu tang mana yang bestnya filem tersebut. Mungkin kerana ketampanan pelakonnya yang kelihatan macho serta kehebatan jet pejuang beraksi di udara menjadi tarikan utama filem tersebut.
Akibat dari filem itu, maka ramailah anak muda yang mula bercita-cita menyimpan impian untuk menjadi seorang juruterbang termasuklah aku…
Konon nak jadi macho cam “Maverick”. Pakai spec mata hitam “rayban” sambil bawa motor tak pakai helmet.
SYARAT WAJIB MESTI ADA ‘3K’
Nak jadi pilot dekat M’sia ni mesti ada 3K:
1. Kepandaian: Wajib dapat 5 kredit dalam SPM (Subjek English,Math,Fizik dan 2 subjek lain).
2. Kesihatan: Wajib sihat, tinggi yang mencukupi, tidak buta warna dan BMI dibawah 35. Medical Certificate Class 1 atau 2.
3. Kemampuan: Mampu membayar yuran lesen RM430K ke RM460K.
Jika kita tidak mampu untuk bayar dengan duit sendiri, bolehlah cuba memohon menyertai Tentera Udara, Pasukan Gerakan Udara PDRM, APMM, Bomba atau kadet pilot airlines seperti MAS dan AirAsia.
Tapi perlulah diingat, peluang adalah sangat terhad. “Only the best among the best” saja yang akan dipilih dan terpilih.
Agensi seperti Mara dan Yayasan negeri juga ada menyediakan pinjaman. Berdoalah, jika rezeki Allah dah tertulis, Insyallah pasti ada rezeki kita.
Alhamdulillah, aku adalah antara insan terpilih yang bernasib baik dipilih olehNya diberikan kesempatan untuk mengapai cita-cita dan impian.
Moral Of The Story, apabila mendapat peluang, buatlah yang terbaik, “Do your best”. Kadangkala peluang hanya terhidang sekali sahaja untuk kita mencapai impian kita.
Di saat kita merasa ingin berhenti, fikirkan tentang mengapa kita memulakannya. Think about your “dream” and your “Big Why”.
Kejayaan memburu impian tidak akan datang tanpa usaha, tidak akan datang tanpa doa dan tidak akan datang tanpa tawakal.
Terima kasih pada yang sudi baca hingga habis coretan kali ini. Semoga coretan ini dapat memberikan manfaat kepada semua…
Selamat memburu impian.
ANTARA ANUGERAH YANG DIPEROLEHI
GAJI LUMAYAN
Sebelum ni ramai yang tanya Aku berapa gaji Pilot kat Malaysia ni kan.
Oklah hari ni Aku share gaji Pilot kat MYAirline yang terkini di kongsikan oleh mereka. Syarikat penerbangan ini khabarnya sedang mencari pilot bagi mengisi kekosongan di syarikat tersebut.
Gaji pilot adalah berbeza-beza mengikut “seniority” dan juga berbeza bagi setiap syarikat penerbangan. Jangan ingat semua sama saja ye.
Pilot yang kerja di luar negara tu tak payah tanyalah ye… Malas Aku nak cerita. Buat ramai pilot marah kat Aku je nanti.
Sebenarnya Aku dan rakan-rakan pilot tak berapa suka nak cerita pasal gaji ni tapi kita ambil yang positiflah…Niat untuk menggalakkan lebih ramai anak-anak muda kita menceburi bidang ini.
Moga sharing ini dapat menggalakkan lebih ramai anak-anak golongan marhaen cam Aku ni yang bersemangat menjadi pilot suatu hari nanti.
Ingatlah, ilmu itu pelita kehidupan. Hanya dengan ilmu yang dapat membawa keluarga kita keluar dari kepompong kemiskinan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Sayangnya Kawan. Rindu Sangat, Nangis Tengok.” Fasha Sandha Kongsi Sebak Kawan Anak Peluk Erat Selepas Selesai Kuarantin!

Fasha Sandha meluahkan rasa sebak dan terharu tatkala melihat betapa eratnya persahabatan antara si anak dengan kawan-kawannya.
Perkongsian isteri kesayangan Aidil Aziz dimuat naik menerusi laman instagramnya yang turut disertakan bersama sekeping video.
Di dalam video tersebut, kelihatan anak Fasha yang bernama Jemyma atau nama sebenarnya Putri Raysha Jemyma dipeluk erat oleh seorang kawannya usai selesai menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari.
“Finally, after ten days of quarantine .Hard times will always reveal true friends 😆 Nangis aku tengok scene ni. Sumpah!
‘”Haih, bila bad times baru kita tau, siapalah kawan yang betul2 kawan, siapa yang langsung tak peduli, siapa yang selalu drop by depan rumah tanya khabar, siapa yang takut dengan kita, suprisingly, yang rapat tu lah yang tak peduli dan takut dgn kita 😉 .
Tanya khabar pun tak 😆 😆
Pelakon Dendam Seorang isteri ini dalam masa yang sama turut menitipkan ucapan terima kasih buat rakan-rakan anaknya.
“Thank you darling chanela and Elsa Erisa, and Nurin.
i love four of you more and more now.
“Setiap hari lalu tanya khabar, tanya bila Diorng boleh keluar main sama, tanya sihat ke tak.. tersentuh hati ibu, 💜
“Kepada yang bertanya, yes anak2 sy quarantine selepas salah sorang budak dari sekolah + covid. Alhamdulillah anak2 saya sihat, negative dan habis quarantine . Syukur Alhamdulillah,”demikian perkongsian Fasha menerusi laman instagramnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata turut berkongsi rasa terharu dan gembira meliphat persahabatan yang terjalin antara Jemyma dan kawan-kawannya.
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Bukan Zakat Fitrah Je, Rupanya Ada Lagi Kena Bayar. Wanita Ni Kongsikan Info!

Mungkin ada yang beranggapan bila sudah membayar zakat fitrah, memadai untuk dirinya.
Namun hakikatnya zakat terbahagi kepada beberapa jenis dan bila cukup kiraannya, ia perlu dibayar oleh setiap antara kita.
Memberi gambaran jelas tentang hal ini, diharapkan dengan perkongsian daripada puan Ija Syariza ini bila menyenaraikan beberapa jenis zakat yang dibayarnya dengan contoh kiraan dapat memberi pencerahan kepada kita semua warga net.
**media[107535]**
Untuk itu, ayuh kita baca perkongsian penuh daripada akun fbnya. Jom semak.
Ada yang tanya saya, rumah kau banyak, bayar zakat tak?
Saya jarang nak menjawab bab ini..
Saya tak tergamak nak jawab.
Bukan bermakna saya tak tahu dan tak bayar.
Saya segan/malu… Allah bagi saya banyak. Saya baru keluarkan zakat sikit dah KEPOH!
Ada beberapa jenis zakat.
Zakat fitrah – suami saya bayar.
Zakat Pendapatan – Saya bayar di Zakat Selangor ikut cukai pendapatan saya (Form BE). Nanti PCB (potongan cukai berjadual), LHDN akan pulangkan semula, transfer ke Account simpanan saya.
Zakat Perniagaan – saya ada 2 perniagaan. Ikut kadar keuntungan yang dilaporkan oleh pihak auditor x Jumlah saham yang saya pegang x 2.5%. Kalau rugi tak perlu bayar zakat.
Zakat simpanan – saya kira semua simpanan tetap yang tidak dikeluarkan dalam tempoh setahun x 2.5%
Zakat pelaburan saham atau rumah – yang ni agak panjang kerja kira-kira. Perlu tolak perbelanjaan yang dibenarkan.(rujuk gambar..)
Zakat KWSP – Saya bayar zakat ikut simpanan pada tahun tersebut. Kalau sebulan simpanan 1,000 x 12 + dividen 6.5% × 2.5% = 319.00 wajib saya bayar.
Zakat emas dan perak – timbang semua emas lebih 85 gram wajib keluarkan zakat. Ada yang berpendapat yang kita pakai tak perlu bayar. Tapi saya ambil jalan tengah. Saya timbang semua, bersihkan harta.
Zakat takaful – Waris saya nanti kena keluarkan zakat kalau saya meninggal.
Lagi banyak pendapatan dan harta lagi banyak zakat yang kita boleh keluarkan.
Contoh zakat simpanan tetap 300k x 2.5% = 7,500 setahun.
Dari jumlah ini, setiap hujung tahun saya akan cari dan bantu anak-anak orang susah, bantu beli keperluan persekolahan mereka.
Bayar yuran sekolah mereka.
Pelajaran sahaja mampu ubah nasib mereka sekeluarga.
Hari ni ada 2 orang kawan FB minta saya sampaikan zakat kepada owner rumah lelong yang susah. Ribuan terima kasih!
sumber : Ija Syariza