
Ramai yang impikan sebuah kediaman yang tenang dan kemas. Mana taknya, suasana kediaman sebegini membuatkan kita rasa damai.
Tak perlu sarat dengan pelbagai hiasan yang banyak, rumah yang menonjolkan dekorasi yang simple pun mampu menjadi tarikan ramai.
Malah trending sekarang ramai yang inginkan sebuah kediaman yang sedap mata memandang tanpa sarat barang aksesori.
Sebagaimana perkongsian puan Ayu Roses ini, tatahiasa rumahnya mendapat pujian warganet. Malah gabungan warna putih dan coklat membuatkan aura rumah ini begitu tenang.
Biarpun rumah hanya kategori rumah flat dengan keluasan terhad iaitu 712sqft, kediamannya tetap menarik pandangan mata.
Apa lagi, jom lihat hasil kreativiti beliau.
__________________________
Deco rumah flat 712sqft, ruang memanjang dari pintu masuk terus ke ruang tamu. Tema asalkan sedap mata memandang.
RUANG TAMU
MEJA MAKAN
DAPUR
SUSUN ATUR BAHAN MASAKAN
Hebat kan! Biarpun ruang sempat tetap mampu hias dengan sempurna.
Sumber: Ayu Roses.
Ayah Rakam Gambar Anak Dengan Lamborghini, Tak Sangka ‘Owner’ Baik Sangat!

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Begitulah sikap seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan anaknya.
Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang yang tanpa rasa malu sanggup melayan kehendak anaknya yang teringin bergambar disamping kereta mewah iaitu Lamborghini!
Namun tanpa mereka sedar gelagat mereka diperhatikan pemilik kenderaan berkenaan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Siapa sangka, rezeki berpihak kepada mereka apabila pemilik berkenaan yang dikenali sebagai Vincent membenarkan kanak-kanak itu untuk bergambar di dalam kenderaannya.
Riak wajah gembira seorang ayah jelas tergambar setelah dapat memenuhi impian anaknya.
Video berkenaan berdurasi 36saat telah meraih 7.4 juta tontonan.
WARGANET KAGUM
Meninjau di ruangan komen, para warganet memuji pemilik kenderaan yang bersikap ‘humble’ . Antara komen adalah seperti berikut.
“Ini baru betul org kaya. Kaya senyuman kaya kongsi apa yg dia ada kaya sesama manusia kaya dengan duit tak payah cakap..terbaik boss tuan kereta.”
“Aku tak tau npe Aku tgk video nie..blh menitis air mata.”
“ Bila si anak melompat happy terkesan smpi ke hati aku wehhhh.”
“ Terima kasih boss..u made the boy n father best day ever.”
“ Wah bertuah anak tu..
pemilik kereta yg prhatin dn baik hati..
Terbaik.”
“ wow.. bagus dik.. tanam cita² tinggi, suatu hari awak akan berjaya macam tuan kereta tu juga.”
“ Bagus tak sombong. Terbaik boss.”
Sumber: TikTok lambobossvincentpoh_cdj
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Tiba-tiba Dia Rebah…”-Ibu Ni Reda Anak Meninggal Selepas Dapat 2 Tawaran Belajar Perubatan.

Kehidupan ini sesingkat subuh. Usia dan ajal juga begitu rapuh. Tak kira di mana dan saat ketikanya Allah mahu mengambilnya, maka kembali ke pangkuan Sang Pencipta dengan tiada siapa mampu menghentikannya walau sesaat. Kenyataan ini sudah begitu lazim kita ketahui, namun bila saat ia benar-benar berlaku dalam keluarga sendiri, terasa kenyataan ini begitu mengejutkan malah berat dan sedih untuk dilalui.
Ini sepertimana memetik laporan daripada Sinar Harian bila mana hasrat seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 11A baru-baru ini untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan tidak kesampaian selepas meninggal dunia secara mengejut pada Sabtu.
Bercerita mengenai Allahyarham, ibunya, Norhaswati Nawawi, 44, berkata, pada Rabu, Nadrah Wajihah mengalami demam yang pada awalnya disyaki denggi namun selepas pemeriksaan kesihatan dibuat hanyalah demam biasa.
Katanya, bagaimanapun pada Sabtu, anak sulung daripada empat orang adik beradik itu tiba-tiba tidak sedarkan diri kira-kira jam 3.50 petang sebelum disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 4.45 petang.
“Pemergian Nadrah sangat mengejutkan buat kami sekeluarga kerana dia memang tak ada sejarah apa-apa penyakit sebelum ini, tiba-tiba sahaja dia rebah dan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
“Kami reda dengan pemergiannya kerana semua ini ketentuan ALLAH. Kami sayangkan Nadrah tetapi ALLAH lebih sayangkan dia dan ALLAH telah pinjamkan dia kepada kami selama 18 tahun,” katanya dengan sebak ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini pada Isnin.
Bahagia Bertukar Duka
Norhaswati berkata, Nadrah Wajihah pada Khamis mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di University of Cyberjaya melalui Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Menurutnya, pada Jumaat pula, Allahyarham mendapat tawaran menyambung pelajaran di peringkat Asasi Perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Norhaswati yang merupakan seorang guru berkata, dua berita gembira itu bagaimanapun berakhir dengan kesedihan apabila Nadrah Wajihah dijemput Ilahi pada Sabtu.
“Memang Nadrah bercita-cita nak jadi doktor hafizah selepas dia berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran pada bulan Ogos tahun lalu. Walaupun tak kesempaian nak menyambung pengajian, saya percaya dia sebenarnya sudah berjaya mencapai cita-citanya.
“Dia anak yang sangat baik dan tak pernah meminta-minta daripada kami. Pemergiannya sangat dirasai bukan sahaja keluarga tetapi rakan-rakan dan guru-guru yang pernah mengajarnya,” katanya.
Pasangan Kembar Reda
Sementara itu, kembar Allahyarham, Sarah Wajihah Hamadi, 18, berkata, pemergian kakaknya itu amat dirasai tetapi dia tetap reda dengan apa yang berlaku.
Menurutnya, sejak dari kecil mereka tidak pernah berpisah malah pemergian Allahyarham pada Sabtu merupakan perpisahan pertama dan terakhir buatnya.
“Allahyarham seorang yang tak lokek ilmu dan selalu beri tunjuk ajar kepada kawan-kawan. Mungkin itu antara rahsia kejayaan dia. Dia juga tak banyak cakap dan bercakap bila perlu sahaja selain sangat disenangi semua orang.
“Allahyarham juga rajin baca Surah As-Sajadah. Kami selalu berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan. Kadang-kadang kami berkongsi minat yang sama,” katanya.
Sarah Wajihah berhasrat menyambung cita-cita kakaknya dalam bidang perubatan walaupun telah menerima tawaran menyambung pengajian dalam bidang Perbankan Islam di sebuah universiti di Jordan.
Sumber : Sinar Harian
Hasilkan Sendiri Pelembut Kain Dengan 4 Bahan Ini. Wow, Idea Yang Superb!

Bagi anda yang suka bau-bauan harum tetapi tidak mahu terlalu banyak bahan kimia digunakan, apa kata buat sendiri pelembut kain. Lebih istimewa lagi, anda boleh memilih haruman yang bagaimana malah ia juga mudah dihasilkan.
Dalam masa yang sama, anda boleh menjimatkan kos memandangkan bahan-bahan yang digunakan ada di dapur anda. Jom cuba!
- Baking soda
Ambil ½ cawan baking soda dan cuci pakaian seperti biasa. Baking soda bukan sahaja menjadikan pakaian lebih bersih malah turut menjadi agen pelembut fabrik. Anda juga boleh tambahkan minyak essential bagi memberi aroma yang lebih harum.
- Cuka
Cuka juga boleh dijadikan pilihan untuk digunakan sebagai pelembut pakaian. Caranya cukup mudah, ambil ½ cawan cuka dan masukkan ke dalam air bilasan. Cara yang sama campurkan juga dengan minyak assential untuk memberi aroma yang lebih wangi.
- Baking soda + cuka
Kombinasi kedua bahan ini juga boleh digunakan dan kesannya kain lebih lembut dan lebih bersih daripada biasa. Ambil ¼ cawan baking soda dan campurkan dengan ¼ cawan cuka. Jangan lupa menambah minyak essential untuk aroama yanglebih harum.
- Perapi Rambut
Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil 6 cawan air panas, 3 cawan cuka dan 2 cawan perapi rambut. Campur rata semua bahan dan ia boleh disimpan. Semasa membilas pakaian campurkan bersama bahan ini.
Antara Pilihan Minyak Esensi Yang Boleh Digunakan :
- Minyak Tea Tree
- Minyak esensi Rosemary
- Minyak esensi mint.
- Minyak esensi lemon
- Minyak esensi lavender
Tip tambahan:
JANGAN gunakan bahan pelembut ini ketika di awal peringkat cucian kerana ia akan bertindak balas dengan bahan pencuci yang digunakan. Sebaiknya bahan pelembut ini dimasukkan ketika waktu bilasan terakhir.