“Tenang Hati Tengok Kuntuman Mekar Macam Ni.” Rumah Dikelilingi Bunga, Warganet Teruja & Beri Pujian.

Share

Konsep rumahku syurgaku bukanlah hanya tertumpu kepada rumah yang besar, perabot yang mewah tetapi juga persekitaran rumah yang tenang dan damai. Dengan itu, ada yang memilih pokok bunga sebagai penenang jiwa.

Amalan menanam pokok bunga ada istimewanya tersendiri . Tidak dinafikan menanam pokok bunga tidak boleh dibuat sayur atau dimakan. Namun, manfaat menanam pokok bunga memang besar sebagai terapi jiwa. Jiwa yang tenang dan ceria lebih penting daripada wang ringgit.

Apa yang pasti, pokok bunga boleh ditanam mengikut minat masing-masing. Ia juga bergantung kepada kawasan laman rumah. Bagi yang tinggal di kawasan rumah tidak berlaman, perlu tanam jenis pokok yang mudah subur apabila tanam dalam pasu

Sebagaimana perkongsian saudara Adha Arffain menerusi facebooknya yang tular setelah berkongsi beberapa gambar sekitar rumahnya yang ‘dibanjiri’ pokok bunga penoh, petunia dan vinca

Ramai warganet teruja, memuji pemilik rumah serta ada yang terpanggil untuk berbuat demikian setelah melihat saujana mata memandang pokok-pokok bunga di kawasan sekitar rumahnya.

Baca  artikel menarik di sini: Niat Menabung Akhirnya Lebur, Hampir RM1000 Duit Rosak & Koyak, Bila Disimpan Dalam Tabung Yang Sama.

 Elak Terus Masuk Gear ‘P’ Untuk Kereta Auto, Ikuti Cara Lelaki Ini Masuk Gear Masa ‘Parking’ Dengan Betul.

“Syukur Tiada Benda Pelik-Pelik Sepanjang Tinggal Di Rumah Ni.” Bekas Pemain Bola Sepak Kedah Beli Rumah Tinggal 30 Tahun Lepas Dapat Restu Ibu Ayah.

Ramai berminat nak beli

Ketika dihubungi Majalah Keluarga, saudara Adha mengakui beliau mempunyai hobi menanam pokok bunga dan tak sangka turut menjadi perhatian ramai sehingga ada yang berminat membeli daripadanya.

“Ada juga yang datang rumah petang-petang nak beli serta kawan-kawan di facebook.”

Nyata pesona pokok bunga ini jadi penyejuk mata yang memandang. Siapa yang melihat pasti terpikat untuk memilikinya.

Pokok bunga penenang jiwa

Dulu masa saya give up dalam kehidupan saya, saya meluah kat adik lelaki saya. Sadam Arffain, seorang petani muda berjaya . Dia pesan, “Tanam lah pokok. Dekatkan diri kita dengan alam. Insyallah diri akan lebih tenang. “

Memang. Kita baja, siram dan jaga pokok pokok. Sebab dia pokok, dia tak boleh ucap terima kasih pada kita.

Mudah-mudahan pokok tu doakan kita dipermudahkan segala urusan dan hidup bahagia.
Alhamdullilah, sekarang hidup saya lebih tenang.

Adha Arffain di halaman rumahnya.

Inspirasi! Apa lagi, lock down ni boleh lah mula tanam pokok bunga. Hilang stress!

Sumber: Adha Arffain

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club