“Tenang, Happy & Ready.” Betty Rahmad Kongsi Momen Camping Lengkap Macam Rumah, Tandas Bergerak

Share

Satu pengalaman yang mengujakan buat pelakon dan usahawan Betty Rahmad sekeluarga yang kini sedang bercuti.

Menerusi perkongsian di Instagram, adik Erma Fatima ini memuat naik video yang menunjukkan peralatan perkhemahan serta perkakasan yang dibawa ketika bercuti.

Menariknya, ia turut dilengkapi ruangan tidur, tempat memasak, tandas dan macam-macam lagi.

“Camping setup. One time investment, lifetime happiness. Ramai yang request nak tengok setup dan list barang apa nak bawa untuk camping. Nak list down pun tak mampu guys dah macam bawa rumah haha!

“Tapi takpe yang penting bersih dan selesa. Nanti ada lah yang comment itu ini, takpelah kitorang yang bawak dan kitorang yang pack kan.

Menurut Betty, dia dan suami tidak kisah berhabis untuk membeli peralatan perkhemahan ini kerana menyifatkan ia sebagai pelaburan yang berbaloi.

“Orang kuat saya tentunya suami saya. Semua dia setup sendiri. Dari pergi sampai balik. Dalam video ni jelah nampak i buat-buat tolong dia pasang khemah sebagai content. Selalu I mampu tolong setup dalam khemah je,” tulisnya di kapsyen.

 

Akuinya, berkhemah cara ini memberi banyak pengalaman selain memberikan ketenangan.

“One thing yang i suka bila camping, rasa macam back to basic life. Tenang. Happy dan ready dalam keadaan apa sekalipun.

“Lain dari bercuti dekat hotel 5 bintang. Syukur dan kagum dengan nikmat Allah.

“Tapi benda paling penting korang kena ada is suami yang pandai pasang khemah dan pandai semua benda. Kalau takde takpe, carilah tempat yang boleh sewa khemah dah siap ok,” ujarnya lagi.

 

Sumber: bettyrahmad


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club