“Tenang Dan Nyaman.” Rumah Dalam Kebun Getah Tepi Sungai Ini, Bikin Netizen Menggamit Memori Zaman Kanak-Kanak.

Share

Sejak penularan wabak Covid 19, ramai tidak dapat pulang ke kampung halaman. Bagi mereka yang tinggal di bandar, sudah pastinya rasa rindu kepada suasana kehijauan kampung.

Kerinduan itu terserlah menerusi sebuah perkongsian puan Ummu Ahmad ,yang memuat naik beberapa keping gambar di facebook miliknya disebuah grup yang memaparkan sebuah rumah persingggahan di dalam kebun getah.

Dia memaklumkan rumah berkenaan adalah untuk keluarganya bersantai pada waktu cuti untuk menikmati suasana alam semula jadi.

Seterusnya ikuti perkongsian beliau.

Rumah persinggahan dalam kebun getah

Rumah persinggahan dalam kebun getah kami. Usia rumah buluh nie dah 4 tahun…setiap 6 bulan sembur ubat anai-anai dan minyak. Buluh ambil dalam kebun, belah dan buat sendiri dinding dan lantai. Tak ada letrik, pakai pelita jer malam-malam.. tepi sungai yang tak ada orang.

Bukan rumah tetap hanya untuk menikmati alam semulajadi 

Saya update balik post nie sebab ramai salah faham. Kami tak tinggal disini. Pondok nie hanya untuk bawa anak-anak time cuti saja merasa pengalaman dengan alam. Sekali sekala berkelah dengan family terdekat.

Dalam pada itu, meninjua diruangan komen rata-rata netizen menggamit memori ketika zaman kanak-kanak. Malah ada yang bercadang berbuat perkara yang sama untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.

Sumber: Ummu Ahmad

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club