Temui Majalah Keluarga & Rasai Pengalaman Penganjuran Virtual Wellness & Healthy Living Fair Secara Maya!

Share

Umumnya bila kita sebut tentang penganjuran sesuatu program, tentunya kita dapat membayangkan sebuah ruangan yang akan ada banyak booth, penuh dengan orang ramai dan ada pelbagai jualan serta aktiviti yang menarik akan disediakan oleh pihak penganjur.

Pun begitu, memberi pengalaman luar biasa buat anda sekeluarga ada baiknya untuk turut serta memeriahkan program Virtual Wellness and Healthy Living Fair yang bakal berlangsung secara alam maya bermula pada 24-26 Julai ini di www.mywellfair.com.

Penganjuran Ekspo Dalam Norma Baharu!

Pengalaman ekspo maya 360 3D berasaskan web sepenuhnya ini dirancang untuk menjadi acara maya yang sangat menarik dengan tiga elemen utama: pameran maya 3D, webinar dan bengkel langsung, e-dagang dengan tawaran eksklusif dan penjualan kilat.

Selain itu, turut diadakan aktiviti tambahan seperti pencarian harta karun dan beberapa sesi cabutan bertuah. Pastinya ini akan menjadi suatu pengalaman yang istimewa dan rugi jika dilepaskan begitu sahaja.

Sebagaimana semua makluman, program ini dianjurkan oleh Engage Media Sdn Bhd dengan kerjasama Alpro Pharmacy (Alpro) sebagai rakan kesihatan rasmi dan Nu Ideaktiv (NI) sebagai rakan media rasmi.

Sehubungan dengan itu, Majalah Keluarga serta beberapa jenama lain di bawah naungan Nu Ideaktiv akan turut serta menjayakan beberapa program dan aktiviti di Wellness & Healty Living Fair secara online, pertamanya di Malaysia.

#mywellfair bekerjasama dengan banyak jenama kesihatan dalam makanan tambahan, makanan dan minuman kesihatan, penjagaan diri seperti Blackmores, Ecolite, Omron, Sensodyne, Pristin dan banyak lagi.

Berkongsi tentang salah satu pengisian program #mywellfair ialah melalui perkongsian daripada penulis buku Mohana Gill, yang telah memenangi pelbagai anugerah untuk buku-buku masakan, makanan dan pemakanan . Bukunya “Hayley’s Fantastic Fruits” telah dipilih untuk dimasukkan dalam Daftar Kehormat IBBY 2020.

Nyata, #mywellfair mengetengahkan orang-orang hebat dengan berkongsi kisah perjalanan hidup mereka dan cara bagaimana mereka menjalani gaya hidup yang sihat dengan harapan agar lebih ramai yang terinspirasi untuk turut membuat perubahan dalam kehidupan.

#mywellfair juga memberi sokongan kepada usahawan tempatan seperti Bathscapes dan juga NGO seperti Free Tree Society. Bahkan turut diadakan siri mini bengkel Heroes At Home yang dijalankan oleh usahawan sosial mengenai pelbagai topik kesejahteraan fizikal dan mental. Sebahagian daripada hasil akan disalurkan untuk menyokong pelbagai misi sosial.

Di platform e-dagang #mywellfair pula, akan terdapat lebih daripada 3000 produk pilihan. Tawaran eksklusif dan penjualan kilat akan diberikan kepada pengunjung yang berdaftar. Tidak dengan itu, turut berpeluang menerima tawaran potongan harga dan rebat tunai hingga 80% untuk produk terpilih berserta hadiah percuma.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai #mywellfair, sila kunjungi https://www.mywellfair.com